Sebaik sahaja mendarat di Malaysia,Amyra baru tersedar yang ubatnya ditinggalkan dalam laci di pejabatnya.
Dia mengeluh perlahan.Telefonnya dibuka.Hanya tinggal 2 peratus baterinya.Amyra lupa cas telefonnya.Telefon lagi satu dalam bagasi.
Dilangkah penuh cermat ke arah teksi yang bersedia menerima penumpang.Dia cuma berharap pada alamat yang ditulis pada sekeping kertas yang digenggam kemas.
Beberapa kali dia cuma mendail nombor seseorang yang dikenali.Tak dapat.Dicuba pula nombor yang satu lagi,juga tak angkat.Alih alih bateri telefon dia habis.Dia cuma harap pada alamat di tangannya.
Dari dalam teksi,dia melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang bersinar indah pada waktu malam.Kota ini tak pernah tidur walaupun jam sudahpun menginjak pukul 2 pagi.
Amyra melihat langit.Merah.Gelap.Tanda tanda nak hujan.Dahlah sampai waktu pagi pagi buta begini.Ini semua gara gara flight delay sewaktu transit di Dubai tadi.
"Ini tempat yang ada pada alamat ni cik."teksi tadi berhenti tepat pada sebuah rumah teres dua tingkat.
Amyra mengangguk perlahan sebelum dia menghulurkan beberapa keping not 50.
"Eh banyak sangat ni cik.."pakcik tadi menoleh ke arah Amyra yang sedang ralit memandang rumah teres tadi.
"Tak apa.Pakcik ambil je.Terima kasih."diukir senyuman tipis buat pakcik tadi.Pakcik tadi hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.
Amyra menekan beberapa kali loceng rumah tersebut.Dia berharap penghuninya akan keluar.
"Siapa tu?"soal seorang perempuan yang berambut panjang.Terkial kial dia membuka gril.
Amyra menarik nafas lega.Mimi masih tinggal di sini.Tak adalah dia perlu susah payah untuk menjelajah KL cari Mimi.
"Sofea?"hampir terperanjat Mimi dibuatnya.Pukul 2 pagi Amyra tercacak depan pintu pagar rumah dia.
Amyra hanya senyum.Bila dia pandang Mimi,dia rasa lidahnya kelu.Dadanya kembali rasa bergumpal.Rasa nak menangis.Kerana Mimi yang selalu menjadi tempat dia bercerita selama ini.
Mimi yang seakan faham terus menarik tangan Amyra masuk.Dia taknak biarkan Amyra dibasahi hujan lama lama.Wanita itu mudah panik kalau lama lama dalam hujan.
"Nah air.Minum dulu buat hilang dahaga."segelas jus oren dihulurkan buat Amyra yang duduk di sofa.
Mimi mengambil tempat di sisi Amyra.Kali terakhir dia berhubung dengan Amyra adalah ketika dia mencadangkan supaya Amyra mengandung lagi.Selepas itu Amyra senyap.Dia tak tahu apa jadi dalam masa lebih kurang 4 bulan ini.
Amyra meneguk rakus jus oren tadi.Tekaknya haus.Dia lelah.
"You okey?"tanya Mimi lembut.Rasanya lama dia tak bersua muka dengan Amyra.Akhir sekali di London lebih kurang 2 tahun yang lepas ketika menghantar adik angkatnya belajar di sana.Amyra menunjukkan perubahan.Makin kurus dan cantik,takyah cerita.Masih sama.
Amyra memintal tudungnya sendiri.Dia menggigit bawah bibir bagi menahan tubir mata yang kian panas.
"Im not.I'm not okay Mimi....It hurts me so bad."luahan itu bertukar tangisan akhirnya.Tersedu sedan Amyra dibuatnya.Dia rasa dia terlalu lama memendam.
Mimi perlahan lahan menarik Amyra dalam dakapannya.Digosok gosok belakang wanita itu dengan lembut.Amyra menangis semahu mahunya dalam dakapan Mimi.Dia tiada tempat untuk meluah.Kalau dia meluah pada ahli keluarga di sana,tiada guna.Kerana Hariz juga ada di situ.
"He choose her rather than me.."luah Amyra cukup perlahan.Semakin lama pandangannya kian kelam dengan air mata.Sakit hatinya tak mampu diluah dengan kata kata.Hanya air mata yang mengalir menjadi bukti yang dia cukup terluka.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...