⋆˚⋆˚࿔ Bab 15𝜗𝜚˚⋆

586 28 1
                                    

               "Dari tadi pandang,kau nak cakap apa sebenarnya?"soal Hadi pada Amyra yang tak berkelip memandangnya.Suasana riuh rendah tak menghalang Amyra dari mendengar pertanyaan Hadi.

Mereka berada di sebuah gerai bakso di Jakarta.Balik balik dari London,terus Hadi menemani Amyra ke Jakarta pula.Dia sendiri dah berjanji untuk tolong Amyra.

"I boleh buat semua sendiri.Bukan bermaksud I tolak pertolongan you.Tapi you sendiri ada kerja,I taknak susahkan you kena fly ulang alik."jujur Amyra.Dia mengacau ngacau air sirap di hadapannya.

"Sofea,aku tak suka kau cakap macam ni.Aku taknak kau seorang diri.Faham?"begitu tegas sekali Hadi menutur kata.Sehingga Amyra pun tak mahu membantah.

Hadi kembali menyambung makan mi bakso tadi.Amyra pula dah habis makan memandangkan bila dia lapar,dia jadi pelahap.Kedua belah tangannya berteleku di atas meja,memerhatikan segenap wajah kacak Hadi.

Beku dan dingin.Tak tahu kenapa,tapi bila dengan Amyra,mesti Hadi masuk mood dingin dia tu.Padahal bila dengan orang lain,Hadi sejenis yang gila gila.Mungkin mereka tak rapat lagi?Mungkin.

Hadi kalau bercakap dengan dia,memang susah nak kalah.Aura peguam si Hadi ini sangat kuat.Kadangkala Amyra tertanya,Hadi tak ada teman wanita ke?Pernah sekali Amyra terfikir yang Hadi ni gay.Cepat cepat Amyra mengucap.

Ya lah,dah hensem,kaya pula tu,takkan tak ada siapa yang berminat.Wajah Hadi yang bagaikan anak cina itu memang hensem habis.Ala ala pelakon drama China.

Selesai sahaja makan,Amyra mengajak Hadi ke rumahnya.Nasib sahaja rumah banglo dua tingkat ini sudah lama dibeli.Rumah yang terletak di kawasan berbukit itu turut mempunyai kandang kuda di belakangnya.

Bila terpandangkan 2 ekor kudanya yang dijaga rapi oleh pembantu rumahnya,mesti dia akan teringatkan Hariz.Hariz yang membeli kuda kuda itu.

"Bagi satu sebab kenapa you hadiahkan I kuda,biasanya kalau annivesarry,orang akan bagi bunga."diusap usap kepala kuda di hadapannya dengan penuh kasih sayang namun matanya masih pada Hariz.

"Cause you are my woman.Isteri I tak akan sama dengan perempuan lain."

"I benci you."Amyra mencebik bibir bagi menahan tangisan.Puas dia menasihati diri sendiri agar tidak menangis lagi,tapi janji itu sangat sukar untuk dilakukan.Setiap kali teringatkan Hariz,hatinya akan kembali terluka dan air matanya bagaikan dipam.

Puas dibina tembok kebencian untuk Hariz,tapi bila teringatkan rasa cintanya buat lelaki itu,serta merta tembok itu ranap.Cinta yang disemai hampir 15 tahun takkan layu begitu sahaja.

"Selamat pulang Puan Muda."pembantu rumah itu menundukkan badan tanda hormat pada Amyra.

"You akan duduk sini juga.Tapi jangan risau.Pembantu I ada."Amyra memandang Hadi yang asyik memerhatikan dekorasi banglo dua tingkatnya.

Dia tak sampai hati nak suruh Hadi duduk di hotel,lagipun lelaki itu dah baik hati ingin menemaninya ke sini,apa salahnya kalau dia tumpangkan Hadi.

Hadi mengangguk perlahan.Dia tidak kisah asalkan mereka bukan berdua duaan.Status Amyra sebagai isteri orang itu seharusnya dihormati.

"Kau rehatla dulu.Esok ada meeting kan."

Amyra mengangguk lalu membawa bagasinya ke tingkat atas.Pandangan Hadi menghantar Amyra ke tingkat atas dan memboloskan diri di dalam bilik.

Hadi pandang persekitarannya.Rumah banglo ini dihiasi dengan kaca.Malah dinding juga berkaca,membolehkan orang di dalam melihat luar dengan jelas.Dia kenal Amyra sebagai seorang Ketua Pemasaran di sebuah syarikat di London,dan untuk membeli banglo semewah ini,tidak menjadi masalah bagi Amyra.

MENDUAWhere stories live. Discover now