Hampir 4 jam menanti,namun masih tiada tanda tanda pembedahan akan tamat.Lampu pada zon merah itu masih menyala menandakan pembedahan masih berjalan.
Fariz,Ariq dan Aryanna terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari membeli belah.Kereta yang dipandu Fariz hilang kawalan akibat dirempuh oleh lori balak dari belakang.
Diana memejam erat matanya.Bibirnya tak berhenti mengalun doa buat kedua dua anaknya.
Dia tahu,doa paling mustajab adalah doa seorang ibu.
Empangan air matanya mula pecah apabila membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh si kembar.Aryanna dan Ariq dari kecil jarang jatuh sakit.Memang sangat mudah dijaga.Bila jadi macam ini,memang hati Diana diruntun pilu.
"Shhh...I ada.Kita akan harungi semua benda ni sama sama."tubuh Diana ditarik dalam pelukan Adam.Dia tahu apa yang bermain dalam minda isterinya.
Diana tersedu sedan dalam dakapan suami sendiri.Dari tadi air matanya tak henti mengalir.Dia cuma mengharapkan keajaiban berlaku pada kedua dua anaknya.
Tuan Ziyad merenung sayu menantunya yang menangis itu,kemudian pandangannya dialihkan pada Arsya yang turut menangis pilu sambil mengusap perut sendiri.Tuan Ziyad tertanya,Arsya mengandung ke?Aryan yang berada di sisi Arsya,tampak blur,dia masih belum hadam apa yang terjadi.
Hariz masih dalam perjalanan.Manakala Amir dan Luqman pula telah dihantar oleh Adam untuk menguruskan hal kemalangan dengan polis.Adam tak boleh tinggalkan Diana bersendirian dalam keadaan macam ini.
Seorang doktor wanita menghampiri mereka.Tertera nama doktor itu,Doktor Alisa.
"Boleh saya tahu,siapa waris Encik Fariz Mikhael Saiful?"tanya doktor itu lembut pada keluarga itu.
"Saya."pantas Arsya bangun dan mendekati doktor muda itu.
"Macam mana suami saya?Suami saya selamatkan?"tanya Arsya bersama linangan air mata.Tolong kata yang Fariz masih ada.
"Alhamdulillah,Encik Fariz selamat cumanya keadaan dia masih kurang stabil.Kami perlu lakukan pemantauan secara berkala.Kami perlu tidurkan Encik Fariz kerana tulang rusuk dia patah,jadinya kalau dia sedar,dia akan sakit.Jadi kami buat keputusan untuk tidurkan dia."terang Doktor Alisa panjang lebar.Dia senyum tipis pada isteri pesakitnya.
"Alhamdulillah."Arsya menekup wajahnya.Dia benar benar bersyukur yang suaminya selamat.
"Terima kasih doktor."ucap Arsya.
"Sama sama.Lepas ni apa apa hal berkaitan dengan Encik Fariz,Puan boleh consult dengan saya."kata doktor itu sebelum berlalu pergi.
Diana menyaksikan sebabak kisah Arsya dengan doktor tadi.Fariz dah selamat,tapi nasib anak kembarnya masih belum diketahui.Matanya dah bengkak akibat terlalu banyak menangis.
Tak lama kemudian,lampu bilik pembedahan di hadapan bertukar hijau.Tanda pembedahan kedua dua pesakit telah selesai.Tidak sampai beberapa minit menunggu,muncul seorang lagi doktor lelaki.
Diana segera bangun dan mendekati doktor lelaki itu.Tangkas Adam bangun dan mengekori langkah si isteri.
"Doktor..macam mana dengan anak saya?Dorang baik baik je kan?"soal Diana sebak.Katakan apa sahaja,namun bukan mimpi ngeri yang satu itu.Dia tidak sanggup.
Doktor Khairin terdiam seketika.Dia juga ada anak.Dia mengerti apa yang wanita di hadapannya ini rasa.Rasa takut akan kehilangan anak anak.
"Saya minta maaf.Kedua duanya tidak dapat diselamatkan."hanya gelengan yang mengiringi ucapan Doktor Khairin sebelum meminta izin untuk beredar.
YOU ARE READING
MENDUA
Romance☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipu...