14| Jiwa

942 71 27
                                    

"Salam kenal." Sapaan tak begitu asing mengetuk halus gegendang.

Niyaz merewang mencari wujud tanpa segan menyapa dia yang sedang keliru. Berhati-hati Niyaz berkeliaran di alam yang begitu asing. Naluri kuat menyatakan ada seseorang sedang memerhatinya.

"Selamat bertemu Niyaz." Alunya ramah, tidak kekok. Seolah mereka sudah kenal lama.

Niyaz memincing. Berjarak beberapa meter darinya ada seorang lelaki berkemeja putih dan berseluar hitam panjang duduk teguh sambil menyilang satu kaki ke kaki yang lain. Asap putih berkepuk-kepuk keluar dari rongga terbuka. Abu rokok sengaja dibiarkan jatuh ke dasar dan takjubnya abu itu lenyap bagai diserap oleh permukaan.

"Kau siapa?" Niyaz menyoal. Masih lagi celiru. Seingatnya tadi dia masih berada di rumah bersama Khafi dan Naail. menjadi media buat abang-abangnya berinteraksi dengan susuk yang Khafi tarik dan masukan dalam raganya sebelum dia kelalap dalam pusaran air yang hening, gelap dan hamis.

Niyaz menganalisis. Ruang putih ditempatinya besar dan panjang, seluas jauh mata memandang.

Tiada langit, tiada matahari, tiada hidupan mahupun bangunan. Kosong. Kecuali mereka berdua dan sebuah bangku kayu yang ditempati oleh seorang lelaki yang Niyaz anggar seumuran dengannya.

Muda. Berkulit sawo matang dan berambut hitam mengilat bersama kening tebal tersusun rapi dan berbulu tipis di atas bibir. Dari raut lelaki itu pula seperti dia ada darah campuran, bukan Melayu Asli.

Dalam masa yang sama juga Niyaz menampar pipinya. Sakit. Bererti bukan mimpi. Bagaimana dia boleh berada di sini dengan insan asing yang tak dikenali? Apa yang dah berlaku?

"Siapa?" Suara hati terkeluar dari celahan bibir.

"Kamu tidak kenal aku, Niyaz?" pertanyaan Niyaz dilontarkan kembali.

Niyaz ligat berfikir. Dia kenal suaranya. Macam pernah dengar dan dia juga pernah lihat lelaki ini. Tapi siapa? Di mana?

Asap dihembus ke atas. "Sedangkan aku sudah bersama kau hampir tujuh siang dan malam. Datang dalam mimpi kau dan berlegar dalam bilik kau. Bahkan kau sudah melihat sebahagian memori gelap aku dan kita juga bertemu di tangga beberapa detik lalu. Kau lupa?" lirih dia.

Kedua kakinya menghentak dasar manakala sebelah tangan menyangga dagu. "Bagaimana kau boleh tak kenal aku?"

"Hantu rumah Kejora?" Niyaz mencuba.

Dia meringis. Balasan Niyaz agak kejam baginya. Dia begitu menawan ini dikatakan hantu? Kejam wahai manusia.

Saki baki rokok daun yang masih terbakar dia campak rambang. Tembakau yang melekat pada kemeja juga ia singkirkan. "Namaku Jiwa, Niyaz. Jiwa Aditya."

***

Khafi berusaha mengawal baran yang terkumpul dengan mengalihkan perhatian pada peranti yang mengalami kerosakan pada lapisan layar pelindung hasil dari bantingan kuatnya. Serpihan kaca di keliling layar dimainkan sambil menunggu kehadiran seseorang yang dapat meneutralkan situasi yang sedikit genting.

"Diam sat boleh tak? Aku taboh satgi kang." Gertak Khafi. Mendadak tangisan kecil membingitkan berhenti.

Tak berselang lama, lampu kalimantang di atasnya pula menyala. Menyinari kegelapan yang menyelubungi.

Seseorang yang Khafi tunggu akhirnya munculkan diri.

"Hmmm pasai pa?" Garau suara menandakan baru bangun dari tidur. Naail dengan persalinan baju tidur biru kotak-kotak melintasi Khafi di ruang tamu dan mendapatkan mesin air Coway di dapur terlebih dahulu, mahu membasah tekak. Cuaca akhir-akhir ini terlalu panas, bangun tidur je mesti tekaknya kering.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now