Pagi ahad seperti yang dijanjikan. Bersama secangkir air madu lemon yang semakin dingin dan hidangan sarapan pagi yang tidak Alanna sentuh sama sekali. Dia menanti kata putus daripada Jiwa dengan penuh debaran manakala Niyaz pula hanyut dalam alunan muzik jazz yang diputarkan dari corong pembesar suara.
Lama.
Cukup lama mereka membisu sebelum salah seorang daripada mereka mula bersuara. "Aku boleh bantu kau siapkan novel seram kau tu."
Beban di bahu bagai terangkat sedikit setelah mendengar sebuah jawapan yang menyenangkan daripada Jiwa.
"Terima kasih Jiwa." Tulus Alanna. Dia serasa mahu sujud syukur.
Setelah bermati-matian berperang dengan andaian minda yang melelahkan dan merunsingkan selama tiga hari kebelakangan. Akhirnya, doa-doa yang dipanjat sepertiga malam dijawab dari Sang Ilahi. Memakbulkan permintaan hamba. Membawa sirna yang Alanna cari selama ini.
"Tapi dengan dua syarat." Niyaz naikkan jari telunjuk dan jari hantu bersamaan.
"Ok sure." Alanna betulkan duduknya kepada lebih bersedia. Sesuai dengan janjinya tempoh lalu, dia akan tunaikan apa sahaja permintaan lelaki itu.
Pinggan makanan Niyaz pinggirkan. Sehelai sampul surat berukuran A4, berwarna coklat yang Niyaz sengaja sembunyikan di bawah meja dia pamerkan. Kemudian, helaikan kertas putih yang bercetak dengan dakwat hitam Niyaz keluarkan dari sampul.
"Untuk pastikan kau dan aku tak khianat perjanjian kita, aku rasa kita perlukan perjanjian hitam putih. Our consideration lebih selamat dan tiada siapa yang boleh mengelat dan ingkar janji?" Dan helaian kertas yang telah dikapit dengan besi tipis itu Niyaz letak di tengah-tengah permukaan meja.
"Mana kau dapat nama dan ic aku ni?" Itu yang bermain di minda Alanna sebaik sahaja dia memandang muka hadapan sebuah perjanjian yang tercetak nama panjang berserta nombor kad pengenalan miliknya begitu juga dengan nama dan nombor kad pengenalan seorang lelaki yang Alanna syak iaitu Jiwa.
Tak semena-mena Alanna gosok lengan atasnya. Naik seram dia dengan Jiwa yang dapat maklumat sulitnya dengan begitu mudah.
"Dari Airen," beritahu Niyaz.
Ahhh Alanna lupa. Airen dan Jiwa itu berkenalan.
Tak guna punya adik tak jaga privasi kakak. Apa yang dihasut lelaki itu sampai Airen sanggup membocorkan privasinya dengan mudah. Siap kau Airen. Balik nanti Alanna nak cili-cilikan mulut Airen sampai bengkak!"Cik Izz Alanna binti Shamsul."
Alanna kembalikan tumpuan kepada Niyaz. Tak berkedip dia. Aura yang merembas dari lelaki itu lain benar. Bukan lagi lelaki miang tempoh hari, kali ini lebih berkarisma dan tegas sekali.
Benar seperti yang diperkatakan oleh Airen, Jiwa itu lelaki yang mempunyai banyak personaliti. Dia boleh menjadi selembut kapas, semanis gula, segarang harimau dan setegas komando.
"Hey kenapa pandang aku macam tu?" Niyaz petik jari. Menyedarkan wanita itu dari lamunan. Tidak selesa Niyaz dengan renungan Alanna.
"Sorry." Alanna berdehem. "Aku terkagum," katanya jujur.
Alanna masih tak percaya dengan permainan Jiwa. Dia pikir Jiwa hanya lelaki biasa yang akan meminta sesuatu dengan sebatas omongan dan bukanlah terperinci dan melibatkan perjanjian hitam putih sebegini. Nampaknya dia telah salah menilai Jiwa tempoh hari. Jiwa lebih licik daripada yang ia sangka.
"Boleh aku sambung Cik Alanna?" Soal Niyaz. Dia mula menyebak helaian muka hadapan dan memperlihatkan halaman kedua dan ketiga.
"Boleh," Sahut Alanna. Ketimbang menelah tulisan yang memenuhi dada kertas dia lebih memilih untuk fokus kepada lelaki segak berkemeja hitam di hadapannya. Menanti irit bicara Jiwa.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...