17| Novel

774 62 9
                                    

Kejora
Keratan Bab 8

      "Kejora." Teriakan daripada seorang laki-laki yang berkemaja abu-abu dan berseluar slack hitam itu menggemparkan teratak bahagia mereka.

Dia yang baru pulang dari kerja bergegas masuk. Kot yang tergantung pada lengan ia lempar ke meja yang dihiasi dengan pot bunga palsu.

Dia mencari susuk sang isteri yang dicintai. Merata tempat dia kunjungi tetapi sang pengarang hati gagal ditemui.

Sudahnya dia memilih untuk berehat di bangku bertilam empuk yang memuatkan satu manusia sahaja. "Kejora where are you?"

"I miss you so bad." Lirih dia sambil merehatkan leher di tempat bersandar dan lengan direhatkan di alas lengan di kedua-dua belah.

Sedih. Cinta hati gagal ditemui. Entah kemana Kejora si pujaan hati ini pergi. Selalunya Kejora sudah menunggu kepulangannya di kerusi ini sambil membaca buku tetapi hari ini Kejora hilang. Hanya buku kesayangan isterinya sahaja di atas meja.

"Abang sudah pulang?"

Haruman bunga mencium hidungnya dan seorang wanita ramping mengenakan gaun putih separas betis muncul dari luar rumah. Rambut yang didandan dan diselit dengan sekuntum bunga melur beralun-alun mengikuti lenggok tubuh.

Mata yang sempat terpejam terbuka luas. Dia menoleh ke kiri, menghadap pintu utama yang terbuka luas.

Di sana berdirinya si pengarang hati yang sedang menjijit bakul rotan.

Tanpa menunggu lebih lama. Dia bangun. Langkah diatur cermat ke Kejora. "Kejora, abang."

"Aren." Kejora menolak tubuh sasa lelaki itu. Tangan yang melingkar di pinggang juga diuraikan.

"Why?" Sedih nada Aren bertanya.

Dari tubuh mereka rapat, Kejora cipta satu jarak antara mereka.

Kecewa Aren apabila si buah hati menolaknya terang-terangan.

"Janganlah Aren. Tak manis kalau mereka nampak." Kejora menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan lalu ditunding ke halaman mereka. "Ada tukang kebun di luar. Kejora malu kalau mereka nampak aksi mesra kita."

"Biarlah. Biar mereka tahu Kejora kepunyaan Aren. milik Aren." Aren tak puas hati. Dia menyilang tangan ke dada bersama bibir yang muncung seakan kanak-kanak sedang merajuk.

Dia hanya mahu mendapatkan pelukan hangat dari sanh isteri sahaja.

Salahkah?

Bukannya mereka buat aksi tak senonoh depan orang ramai. Lagipun tukang kebun semuanya sedang leka dengan tanaman, tiada masa untuk mengintai mereka.

"Janganlah merajuk Aren." Kejora cuba memujuk.

"Sudahlah aku mahu ke bilik sahaja. Tak mahu cakap dengan kejora lagi." Aren berbalik. Terburu-buru dia mengambil kot yang tersadai di meja.

Tergaru-garu Kejora dengan lagak suaminya.

"Sudahlah balik penat-penat dari kerja. Isteri tak sambut pula. Mahu bermanja kena marah sebab ada tukang kebun di luar. Apa lah nasib ku ini," rintih Aren.

"Lebih baik aku tidur sahaja la. Mimpikan bidada..." Omongan lelaki itu terhenti.

Aren terpaku di bawah chandelier.

Kepala Aren menunduk seiring dengan mata yang bergerak ke bawah dan terpaku pada sepasang lengan putih tidak tercela dengan sebarang parut yang mengunci pinggangnya kemas hingga Aren sulit untuk bergerak.

"Abang Aren..."

Lemah lutut Aren. Tidak kuat dia ingin menampung tubuh sasanya tika suara gemersik itu membelai halwa.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now