"Ehh ada Encik Niyaz la." Teruja Airen. Dia bersama sekotak donut yang baru diambil dari abang foodpanda melenggang ke pantri.
Airen ambil tempat di sebelah Niyaz yang sedang fokus dengan kerjanya. Sengaja hendak menyibuk. Bukan tak ada tempat lain tetapi dia mahu mengacau lelaki itu. Alik-alik ini mereka jarang bertemu. Niyaz jarang di pejabat manakala dia pula perlu siapkan kerja yang diberikan oleh supervisor hingga tiada masa ingin menganggu Niyaz seperti kebiasaan.
Airen buka kotak donut. Donut bersalut kekacang dan coklat putih itu menjadi pembuka selera. Tak tunggu lama terus dia ngap separuh bahagian. Meliuk-liuk Airen saat lidah merasai kenikmatan pencuci mulut itu. Manis dan sedap.
Kotak donut itu Airen dorong ke Niyaz. "Encik nak? Ambil lah." Pelawa Airen. Tak sedap pula makan tanpa mengajak orang lain.
Niyaz yang sedang fokus mencoret sesuatu di kertas A4 itu menoktahkan cacatannya. "Terima kasih tapi aku puasa."
Ek. Alamak. Lumatan donut tersekat. Serba salah terus jadinya. "Tak apa ke saya makan depan encik ni?"
"Aku bukan budak-budak Airen. Makan je la."
Muncung Airen. Dia angguk sambil tarik semula kotak donutnya. Dah Encik Niyaz bagi lampu hijau, Airen apa lagi dia terus sumbat donut yang kedua dalam mulut.
"Emmm... en...cik."
"Telan dulu Airen." Niyaz menegur. Airen dengan pipi kembung itu dia jeling. Tak senonoh.
Cepat-cepat Airen telan. Dia layang sengih ke Niyaz biarpun lelaki itu langsung tidak melihatnya. "Encik Niyaz nak tahu tak. Kakak marah encik." Airen membuka cerita, semangat.
Niyaz yang pada mulanya mahu mengabaikan Airen kini memberi tumpuan kepada gadis itu. "Kenapa marah saya?"
"Dia kata Encik Niyaz gila. Psychopath. Mental." Beritahu Airen.
"Lagi?" Niyaz menindih kaki kiri ke atas kaki kanan. Dia bersandar dan tatap Airen tanpa lepas. Gosip Airen terdengar begitu menarik.
"Dia kata Encik Niyaz ni kena bawa pergi berubat. Mungkin dah kena rasuk sampai buat perjanjian gila." Airen menyampai lagi lalu meninggalkan Niyaz sebentar dan kembali bersama sebotol air mineral dari peti.
Botol dihulurkan kepada Niyaz. Tanpa banyak soal, Niyaz buka penutup air kepada Airen.
"Thanks." Airen meneguk air sejuk itu sebanyak dua kali sebelum kembali bercerita. "Pagi kemarin kakak mengadu dekat ma dan papa pasal encik tapi ma dan papa ketawa je kata mungkin Encik Niyaz tu jodoh kakak. Apa lagi singa betina tu mengamuk la. Dia kata ma dan pa pun kena rawat sekali."
"Tapi saya pelik ah." Airen tepuk meja. Dia naikkan kaki ke kerusi.
"Apa yang encik buat dekat kakak sebenarnya? Perjanjian apa yang korang buat sampai kakak jadi macam tu sekali? Bukan kakak minta tolong encik untuk bantu dia siapkan manuskrip ke? Kenapa nak ada perjanjian bagai?" Airen ingin tahu. Penat dia tanya Alanna tapi Alanna langsung tak mahu beritahu. Kata Alanna, Airen lah punca dia menderita. Jadi kesempatan ni Airen nak korek cerita dari Niyaz.
"Aku ajak kakak kau kahwin."
"What!"
Terbatuk-batuk Airen. Hampir sahaja tersembur.
Airen yang sedang menepuk dada itu Niyaz suakan air bersama tisu.
"Oh my god... patutlah kakak cakap macam tu." Airen kesat bibir. Dia tutup kotak donut dan liarkan mata ke Niyaz yang tidak terjejas langsung air muka. Santai betul.
"Encik yakin ke encik sihat? Ke memang nak kena bawak pergi ruqyah?" Ragu-ragu Airen. Puas dibelek Niyaz, cari perubahan pelik pada lelaki itu. Tapi rasanya tiada. Patutlah kakak marah besar.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...