BAB : 1

21 1 0
                                    


    " Nah rasakan! ", kata seorang budak lelaki lalu menumbuk perut seorang budak perempuan yang baru berusia 7 tahun. Namun budak perempuan itu diam menahan sakit. Tidak menangis dan tidak bersuara meminta tolong. " Dah lah pendek, ada lak nak cari pasal dengan kitaorang! Kau kalau beritahu cikgu lagi siap kau eh! ", kata budak lelaki yang menumbuknya tadi. 

   " Penakut ", kata budak perempuan itu. Iz, budak lelaki yang menumbuk tadi berasa sangat marah mendengar panggilan itu. Dia menyuruh rakan-rakannya memegang lengan budak perempuan itu. " Kau pendek! ", ejek Iz. " Penakut ".  Iz berasa geram lalu menumbuk perut budak perempuan itu berkali-kali sehingga...

   " Woi! Kau buat apa kat kawan aku hah!? ", jerit seorang budak lelaki yang tiba-tiba muncul di situ. Iz dan kawan-kawannya pun melepaskan budak perempuan itu dan melarikan diri kerana perbuatan mereka telah dilihat orang lain. " Ida, kau ok? ". 

   Shafiyah terus terjaga daripada tidur. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini dia sering mengalami mimpi tersebut menyebabkan dia sendiri tertanya siapa budak perempuan yang dibelasah teruk oleh sekumpulan budak lelaki. Kadang, selepas dia terbangun, badannya berasa sakit dan sengal. ' Teruknya...', bisik hatinya dan melihat jam pada telefon yang sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi. ' Bangunlah pastu solat tahajjud. Alang-alang boleh siapkan assigment ', niatnya. 

   Dia pun bangun dan masuk ke tandas. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now