Bab : 11

19 1 0
                                    



    Di sebuah bilik yang dipenuhi oleh alat-alat elektronik, kelihatan Rahman dan Aniq sedang mencipta sesuatu. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh mencipta benda itu berdasarkan lukisan yang ada pada sekeping kertas A4 dan maklumat dalam komputer riba yang ada di situ. " Betul ke apa yang kita buat ni tak akan tertangkap? ", tanya Rahman dengan ragu. " Insha Allah tak. Kalau tertangkap pun, usaha kita tidak akan sia-sia. Ingat kita kena bertahan demi dia ", kata Aniq lalu menyudahkan penciptaannya. 

   Rahman hanya diam. Dia masih lagi ragu, namun melihat Aniq yang tidak ragu dan yakin, dia jadi sedikit yakin dan tidak terlalu ragu. " Nah, cuba tes dia ni, berfungsi ke tak ", kata Aniq lalu menyerahkan alat kawalan kepada Rahman. Rahman hanya menurut, dia pun mula menekan butang on dan menggerakkan butang kanan dan kiri. Aniq yang melihat hasil ciptaannya pun tersenyum puas. " Hurm, tapi macam mana kalau ada orang terpijak lipas kau ni? ", tanya Rahman.  Aniq diam tidak menjawab. 

   Rupanya, robot lipas adalah ciptaan mereka berdua yang diberikan nama PAS001. Ia bertujuan untuk mengintip di kubu Pemburu bagi mencari maklumat mengenai ahli Mangsa yang hilang selama bertahun-tahun. 

    " Bila kita start? ", tanya Rahman lagi. " Tiga hari kemudian. Kita mesti buat ujian atas robot ni supaya tak mudah disyaki ", jawab Aniq. Rahman hanya menganggukkan kepala. 

    Tiba-tiba, telefon mereka berbunyi menandakan sesuatu dan terpapar perkataan Game Start pada skrin.  " Jom pergi ", kata Aniq dan mereka pun keluar dari situ lalu mula menghidupkan enjin motorsikal. 

                                                                                                       *


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     " Pastikan mereka berdua malam ini mati! Atau aku turunkan pangkat korang! ", kata King dengan tegas. Kelihatan beberapa orang lelaki yang merupakan Pemburu sedikit gelisah. Yalah, mana tidak gelisahnya kerana mereka telah pun melepaskan peluang membunuh Rahman di sebuah pasaraya pada hari itu. Dan seandainya mereka diturunkan pangkat kepada Mangsa, hidup mereka akan lebih merana. " Pergi! Lagipun permainan itu telah dimulakan ", kata King lalu duduk di atas sofa hitam. Gayanya benar-benar seperti raja yang menguasai dunia membuatkan orang lain tunduk kepadanya. 

   Sementara itu, di atas jalan raya kelihatan sebuah motorsikal jenis sportbike, BMW435 sedang memecut laju dan di belakangnya terdapat beberapa buah kereta yang sedang mengejar. " Aniq, matilah kita!! Ramai betul hari ni!! ", kata Rahman dengan suara yang kuat. Namun Aniq hanya diam, tidak membalas. Dia kekal tenang membawa motor sekalipun dikejar oleh berpuluh kereta. 

    Tiba-tiba, muncul sebuah kereta Perodua di depan secara mengejut. Aniq terkejut dan terus membrek motorsikal miliknya. Selepas itu, beberapa buah kereta yang mengejarnya dari belakang mereka tadi terus mengepung mereka dari semua arah. Rahman dan Aniq pun turun dari motorsikal. Mereka bersiap-sedia dengan senjata masing-masing. Dalam masa yang sama, kelihatan beberapa orang lelaki pun keluar dari kereta bersama pistol masing-masing. " Mampu ke kita? ", bisik Rahman. " Jangan menyerah walau apa jua keadaan sekalipun! ", kata Aniq lalu perlawanan antara mereka pun bermula. 

                                                                                                  *


   Selepas lama bertarung, keadaan mereka berdua semakin parah. Darah terus membasahi seluruh tubuh mereka. Tenaga pula semakin habis. Manakala pihak Pemburu pula semakin bertambah. Aniq cuba mencari jalan bagaimana mahu menyelamatkan salah seorang daripada mereka. 

   " Man, kau pergi masuk dalam kereta sana. Nanti aku menyusul ", bisik Aniq. " Kau macam mana? ", tanya Rahman. Dia bimbang sekiranya hanya dia sahaja yang terselamat dan kehilangan Aniq. " Jangan risaukan aku. Nanti aku menyusul ", kata Aniq lalu memberi sesuatu kepada Rahman. " Pastikan benda ni sampai kat dia ", pesannya. Rahman hanya menganggukkan kepala sambil menahan sebak. Dia pun berlari keluar dari perlawanan itu sambil dibantu oleh Aniq.  

    Ketika melihat Rahman berjaya masuk ke dalam sebuah kereta, Aniq tersenyum bahagia. Dan akhirnya, dia sendiri mengebom kawasan itu bagi menyelamatkan Rahman. Rahman yang melihat situasi itu diam tidak terkata. Tidak sangka kawannya akan mengebom dirinya sendiri bersama pihak musuh. Namun dia menguatkan dirinya untuk terus memandu kereta yang dinaikinya itu sambil menangis teresak-esak. Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi dan terpapar Game Over pada skrin telefon. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now