Shafiyah masuk ke dalam bilik dengan muka yang masam. Kak Nabila yang sedang berbaring di atas katil sambil melihat telefon perasan akan air muka Shafiyah terus bertanya, " Kenapa ni? Macam ada masalah ". Shafiyah pun terus menghempas beg di hujung katil dan terus baring di atas katil. Dia melepaskan keluhan yang sangat panjang.
" Kak...penat ah macam ni. Kenapa manusia ni pelik? ", tanya Shafiyah. Kak Nabila menjadi semakin ingin tahu apa yang terjadi kepada Shafiyah. " Kenapa? ". " Siang tadi, time rehat saya pergi ke kafe nak beli makanan sebab lapar. Sies lapar. Pastu lepas beli makanan tiba-tiba ada geng perempuan cantik langgar plastik makanan saya sampai jatuh atas lantai ". Kak Nabila memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap cerita Shafiyah. " Pastu saya nak ambiklah plastik makanan tu tapi eh masalah lah. Boleh dia pijak makanan yang saya beli sampai hancur!? Eeeii, geram betul! ".
" Allah, heh apa masalah perempuan tu!? Sedihnya dahlah lapar tetiba ada orang buat camtu", respon Kak Nabila. " Pastu dia suruh saya ambik makanan yang dah kena pijak ". " Pastu awak ikut ke ? ". Shafiyah tergelak. " Ni Shafiyah laa. Mana boleh orang buat macam tu! Saya pun bangun dan suruh dia je yang makan. Saya pun pergi macam tu je ". Semangat Shafiyah meluahkan apa yang telah terjadi kepada dirinya hari ini. " Sape diaorang yang kurang ajar sangat tu? ", tanya Kak Nabila.
" Ntah. Pastu kan...". Shafiyah menyambung luahannya.
***
Shafiyah naik tangga sambil memegang perutnya yang sudah berbunyi kerana lapar. ' Ya Allah, boleh ke tak nak masuk kelas? Laparlaa...', rintih hatinya. Dalam perjalanan ke bilik kuliah, dia bertembung dengan Fakrul. " Shafiyah ok tak? ". ' Lapar ', bisik hatinya namun mulutnya memberikan jawapan yang lain. " Ok je. Pensyarah tak masuk lagi ke? ". " Tak lagi. Eh, Shafiyah lapar tak? Kalau lapar, ni ada roti vanila untuk kau. Aku tak makan pun yang ni, ni pun ada orang bagi tadi ". Shafiyah pun ambil roti yang diberikan Fakrul dengan gembira. Isi hatinya seolah-olah dibaca oleh Fakrul. " Terima kasih ".
" Woi perempuan! Kau nak ke mana tu!? Aku tak selesai lagi dengan kau! ", teriak Julia dari belakang. Entah sejak bila pula perempuan itu boleh berada di situ. ' Tak boleh tengok orang tenanglah perempuan ni. Aku dah lah lapar, kang aku makan sekali ngan dia baru tahu! ', omelnya dalam hati. " Aih princess ni. Shafiyah kau pergilah masuk dulu. Aku nak selesaikan masalah dia jap ", kata Fakrul.
Belum sempat Shafiyah masuk ke bilik kuliah, tangannya terus ditarik oleh seseorang. " Heh! Nak pergi mana kau!? ". " Julia, lepaskan dia ", kata Fakrul. " Tak nak! Dia biadap dengan aku tadi! ", marah Julia. Shafiyah menggigit tangan Julia untuk melepaskan diri. " Auch! Sakit bodoh! ". Shafiyah menyilangkan tangannya dan menatap Julia dengan sinis. " Biadap? Bukan kau yang biadap? Pijak makanan dan suruh orang kutip balik bukan biadap ke!? ", kata Shafiyah dengan suara yang tinggi menyebabkan pelajar-pelajar yang berada di situ tertarik melihat apa yang berlaku.
" Kau memang...".
" Kau cuma buang masa aku je ", kata Shafiyah lalu pergi ke bilik kuliahnya.
***
Kak Nabila ketawa terbahak-bahak bersama Shafiyah. " Ngeklah dia ni. Tapi baguslah awak berani lawan balik. Kalau saya pun mungkin macam tu juga tapi taklah macam awak kot. Saya mungkin tak layan. Malas layan perempuan jenis gitu ". " AHAHHAHAHAH. Dah dia yang cari pasal dulu ". " Tapi saya rasa saya kenallah yang awak kata Fakrul sebut nama Julia tu. Dia Princess kat universiti ni ", kata Kak Nabila.
Shafiyah memandang Kak Nabila dengan muka yang tak faham menyebabkan Kak Nabila tergelak lagi. " Aduh, Princess kat u ni. Dengar orang cerita dia macam orang paling kuat kat u ni. Siapa yang tak dengar cakap dia, kenalah orang tu. Bunyinya macam membuli haa gitu. Tapi setakat ni saya tak pernah lagi bertembung dengan dia ", jelas Kak Nabila. Shafiyah mencebik. " Kenapa bertembung dengan saya? Adeh...".
" Dah nak buat macam mana? Allah yang mengatur ". Jawapan yang sangat deep daripada Kak Nabila. " Kan? Terima jelah apa yang nak jadi ", balas Shafiyah.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...