Bab : 20

6 0 0
                                    

    Shafiyah termenung melihat permandangan di luar jendela. Otaknya ligat mencari memori-memori yang telah hilang. Dia cuba mengingati awal perkenalannya bersama keluarga. 

10 tahun yang lalu...

    Shafiyah membuka matanya perlahan-lahan dan melihat sekeliling. Dia tidak tahu dia berada di mana sebenarnya. Dia juga melihat keadaan dirinya yang penuh dengan wayar. ' Apa benda ni? Kat mana ni? Apa yang dah jadi ni? '. Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Dia cuba bangun dari pembaringannya namun gagal kerana tidak larat. Sepertinya dia sudah lama terbaring di situ. 

   Seorang jururawat menyelak langsir dan masuk ke ruangannya bagi melakukan pemeriksaan ke atas dirinya. Alangkah terkejutnya jururawat itu apabila melihat dia tersedar dan berasa sangat gembira sehingga memanggil doktor. 

  " Alhamdulilah, kuasa Allah. Tak sangka kamu sedar juga selepas enam bulan koma ", kata doktor perempuan yang merawat dirinya selama ini. " Saya kat mana? Siapa saya? Apa yang dah jadi? ", tanya Shafiyah yang masih lagi bingung. Doktor itu pun senyap sebentar dan menjawab, " Semua persoalan kamu akan terjawab apabila keluarga kamu datang nanti. Sebelum itu, saya harus melakukan pemeriksaan ke atas diri kamu ". " Kenapa saya tak boleh nak bangun doktor? ". " Oh, tu sebab kamu dah lama terbaring kat atas katil ni tanpa melakukan apa-apa pergerakan. Sebab itulah tak larat nak bangun ". 

      Shafiyah pun diam setelah itu dan hanya mampu melihat dirinya diperiksa oleh doktor dan jururawat tersebut. 

                                                                                              ***

    Seorang wanita pun masuk ke dalam ruangannya selepas beberapa jam kemudian. Dia kemudian menangis lalu memeluk erat Shafiyah. " Akhirnya awak dah sedar sayang. Awak dah sedar ", kata wanita itu. " Ni siapa? Keluarga saya ke? ". 

   " Doktor maklum, awak tak ingat apa-apa yang dah jadi kat awak. Betul ke?", tanya wanita itu. Shafiyah pun menganggukkan kepalanya. " Mulai hari ni, awak ialah Shafiyah. Saya adalah umi awak sayang. Umi awak ", kata wanita itu sambil menangis. " U..umi? ". Mendengar Shafiyah memanggilnya buat kali pertama selepas koma selama 6 bulan membuatkannya terharu lantas memeluknya dengan begitu erat sekali. 

Masa kini...

   Shafiyah terkedu. Wanita yang menjadi ibunya sekarang bukanlah ibu kandungnya. ' Apa yang dah jadi? ', fikirnya. Keluarga yang dia miliki sekarang juga bukanlah keluarga kandungnya tetapi milik seseorang yang dia kenali. Ya, benar. Orang itu bernama Shafiyah dan merupakan sahabatnya. ' Sekarang, mana Shafiyah? '. Itulah persoalan yang bermain di fikirannya sekarang. Dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan tetapi firasat hatinya kuat mengatakan Shafiyah sudah tidak ada lagi. Tanpa sedar, air matanya mengalir di pipi tembamnya. Dia pun memeluk erat lututnya lalu menangis teresak-esak. 

Apa yang terjadi kepada Shafiyah sebenar? 

   Kak Nabila masuk ke dalam bilik dan bersiap-siap untuk tidur. Dia memandang Wahida yang sedang menangis teresak-esak di atas katil sambil memandang tingkap. " Eh, kenapa ni? ", tanya Kak Nabila. Risau dia sekiranya ada apa-apa serius berlaku kepada Shafiyah. Shafiyah tidak menjawab dan hanya menangis. 

   " Kenapa dengan awak ni? Ada something ke yang buat awak macam ni? Ada orang buat apa-apa kat awak ke? ", tanya Kak Nabila. Dia semakin risau. 

   Wahida akhirnya memandang Kak Nabila lalu bangun dari katil dan memeluk Kak Nabila. " Saya sedih kak. Saya sedih tapi saya tak mampu nak bercerita ", kata Wahida. Kak Nabila pun membiarkan Wahida memeluknya sehingga tangisannya berhenti. Dia tidak mampu nak menghiburkan teman sebiliknya, tapi dia cuba memberikan pelukan yang membuat gadis kecil itu tenang. 

10 tahun yang lalu....

   ' Shafiyah ' menjejakkan kakinya ke rumah buat kali pertama. Entahlah mengapa, dia rasa dia pernah datang ke rumah tersebut. " Masuklah sayang. Ramai dah menunggu ", kata wanita yang mengaku sebagai ibunya. Shafiyah pun masuk ke dalam rumah dan melihat ramai yang sedang menantikan kepulangannya. " Selamat pulang Shafiyah ", ucap seorang gadis yang kelihatan lebih matang sedikit daripada dirinya. Gadis itu pun memeluknya dengan erat sambil menahan sebak. 

" Selamat pulang Shafiyah ", ucap seorang lelaki. Wajahnya kelihatan sedih dan tidak gembira akan kepulangan Shafiyah. " Sayang, itu Kak long, dan yang itu Abah. Pergilah salam dengan diaorang kecuali Abah. Awak tak boleh salam dengan Abah awak tau ". 

Masa kini...

   Perasaan bersalah menghantui dirinya apabila teringatkan keluarga Shafiyah sebenar. Hatinya sangat sakit apabila mengetahui keluarga yang dia miliki sekarang bukanlah keluarganya. ' Aku minta maaf Shafiyah, aku minta maaf sangat sebab ambil keluarga kau. Tapi apa yang jadi kat kau sekarang ni sampai aku kena ambil tempat kau? Kau kat mana Shafiyah? Kau jangan cakap kau mati...Tolonglah! ', teriak hatinya. Dia benar-benar mahu menjerit sekarang kerana sakit yang dirasakan tapi apakah daya, dia tak mampu kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar. 

   Dia melepaskan pelukannya dan sepertinya sudah tenang sedikit. " Ok dah ke sikit? ", tanya Kak Nabila. Wahida menganggukkan kepala. Dia pun memakai tudung sarungnya dan memakai hoodie. " Saya nak keluar jap kak, nak call ", kata Wahida lalu keluar dari bilik dengan membawa telefon. Kak Nabila yang melihat keadaan itu hanya diam dan bingung, dalam masa yang sama cuba untuk membiarkan Wahida bersendirian. 

    Sementara itu, Saleha, kakak kepada Shafiyah sedang sibuk menjahit pakaian yang ditempah. Ketika sedang kusyuk melakukan pekerjaannya itu, dia menerima panggilan daripada adiknya. 

" Haa ye, nak apa call Kak Long nih? ".

" Kak...ke, kenapa..? ".

" Weh, ok tak ni? Apa yang dah jadi kat Su ni? ", tanya Saleha. Risau mendengar suara ' adiknya ' teresak-esak di hujung panggilan. 

" Saya...saya bukan Shafiyah kan kak? Saya Wa..Wahida... Betul kan? ". 

  Saleha tergamam. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu perkara sebenar kepada ' adiknya '. 

" Kalau  macam tu, kat mana Shafiyah kak? Kat mana dia...? ". 

  Saleha mula berasa sebak. Rahsia yang sudah keluarganya simpan selama 10 tahun akhirnya akan terbongkar begitu sahaja. Dia cuba untuk bertenang dalam situasi ni. 

" Tahu dari mana? ", soalnya. 

" Saya dah ingat kak...saya dah ingat...Kenapa kak? Kenapa akak tak beritahu saya perkara sebenar!!? Apa yang terjadi sebenarnya!? Mana Shafiyah!? ". Bertubi-tubi soalan yang diberikan Wahida. 

   Saleha yang mendengar soalan-soalan yang dilontarkan oleh Wahida pun mula menangis. Dia pun menutup panggilan itu. 

" Ini adalah rahsia. Biarkan dia ingat dirinya Shafiyah, bukan Wahida. Biarkan begitu, sehingga dia ingat sendiri dan pecahkan segala teka-teki hidupnya ".

  Pesanan ibunya pada 10 tahun yang lalu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Mengingat hal itu membuatkan hatinya sakit. Kalau dia sebak macam ni setelah mendapat tahu ingatan Wahida telah kembali, bagaimana pula dengan ibunya? Adakah ibunya mampu menghadapi situasi ini? 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now