Bab :16

7 0 0
                                    

     Di sebuah lorong yang gelap, kelihatan seorang gadis berambut pendek sedang melarikan diri daripada seseorang. Wajahnya pucat kerana takut. Nafasnya pula semakin tersekat-sekat  dan sesekali dia terjatuh kerana kakinya terseliuh. " Sial ", katanya. Dia sudah tidak larat lagi untuk teruskan lariannya jadi dia bersembunyi di dalam sebuah tong sampah besar yang ada di situ. Baunya sangat busuk, tapi terpaksa ditahannya demi menyelamatkan diri daripada seseorang. 

    Tidak lama selepas itu, seseorang pun muncul di lorong yang gelap itu dengan sepucuk pistol di tangan. Orang itu ialah Wahida!

   Wahida tersenyum sinis. Dia tahu orang yang dicarinya ada di sini berdasarkan jejak darah yang ditinggalkannya. Dia pun berjalan dengan santai sambil matanya meliar memandang kawasan sekeliling bagi mengelakkan serangan secara mengejut dari arah yang tidak dijangka. " Kelakar bukan kak? Haih...kak, asal kau yang kena jadi musuh aku ek? ", tanya Wahida. Matanya mula berkaca. Hatinya sakit apabila orang yang dianggap keluarga sendiri rupanya musuh dalam selimut. 

   " Hmm...selama ni, aku ingatkan kau orang baik. Rupanya kau sama saja dengan diaorang yang tak guna! Dan kau bodohkan aku macam tu je kak!! Ahahahahhaha.... Tak guna! ", teriak Wahida. 

   Shafiyah yang berada di situ terkejut melihat Wahida yang wajahnya serupa dengannya, tetapi pemakaiannya berbeza. Wahida yang dia lihat tidak bertudung, tetapi dirinya bertudung. Dia cuba untuk mendekati Wahida, namun tak mampu seolah-olah kakinya digam. Dia hanya mampu menonton situasi itu.  

   Wahida pun berhenti di depan tong sampah yang ada di situ. " Patutlah King tahu keberadaan dan rancangan aku untuk hapusan game ni kak. Rupanya, kau yang bocorkan ", kata Wahida lagi dengan nada mendatar namun jelas didengari. Dia pun membuka penutup tong sampah. " Jumpa kau ". 

   Gadis yang berambut pendek itu baru sahaja mahu bangun dan mahu keluar dari tong sampah itu tetapi rambutnya sempat ditarik oleh Wahida lalu dia ditembak secara bertubi-tubi pada bahagian kepala. Shafiyah yang melihat hal itu tergamam. Betulkah apa yang dia lihat? Pembunuhan berlaku di depan mata? Shafiyah menggenggam buku lima. Semua yang dia lihat tadi sangat menguji kesabarannya. 

   Dia pun mengerahkan seluruh kekuatan untuk berjalan mendekati Wahida. 

  Wahida pun mencampakkan pistol ke atas tanah dan mengangkat tangannya sama paras dengan bahu lalu menggenggam. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan berkata, " Maafkan aku kak, kau sendiri yang paksa aku ". Dia pun membuka genggaman tangannya lalu hancurlah tubuh gadis tadi. Serta-merta, darah merecik ke wajah Wahida dan tubuh Shafiyah. Langkah Shafiyah berhenti. Tidak dia sangka tubuh gadis tadi dihancurkan macam tu sahaja oleh Wahida. 

   Wahida pun memandang Shafiyah yang berdiri tidak jauh darinya. Dia tersenyum lebar tetapi matanya berkaca-kaca. " Tolong aku... Aku betul-betul penat dengan game ni ", rayu Wahida. 

   Tiba-tiba, sekelilingnya menjadi gelap. Tidak ada lagi lorong, tong sampah dan darah yang mengalir. Hanya tinggal dia dan Wahida sahaja. Wahida berjalan mendekati Shafiyah. 

   " Aku adalah kau dan kau adalah aku Shafiyah ". 

   Shafiyah masih lagi diam. Bingung dengan apa terjadi sebenarnya. 

" Kita pembunuh. Dan tugas kita membunuh demi melindungi orang yang kita sayang. Mesti kau pelikkan? Tapi itulah satu-satunya jalan untuk hapuskan King yang cipta game ni. Orang tak guna tu selalu buli aku tapi aku tak sangka sampai ke tahap macam ni dia sanggup buat. Dia memaksa kita untuk bunuh orang demi kelangsungan hidup. Dia suka melihat orang saling membunuh antara satu sama lain demi meneruskan kehidupan. Dan satu-satunya jalan untuk musnahkan game ini dari terus berjalan ialah bunuh King ". 

" Game Hide And Seek ", kata Shafiyah. 

    Shafiyah pun terjaga dari tidurnya. Dia berpeluh dan nafasnya mengah. " Awak ok tak? ", tanya Kak Nabila yang juga terjaga dari tidur. " Ok, cuma mimpi buruk ", jawab Shafiyah. " Terkejut saya. Ingat ape lah tadi duk terjerit tadi ". Alamak, dia mengigau ke? " Sorry kak. Akak tidurlah balik ", kata Shafiyah sambil tersengih. Kak Nabila yang masih lagi kantuk pun sambung tidur. 

   Shafiyah bangun dari katil dan mencapai baju cardigan yang tergantung di atas kerusi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. 

  " To..tolong bagi benda ni..kat...Wa..da. Haa..".

   ' Macam ada perkara penting di situ ', fikir Shafiyah tapi dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang nak disampaikan oleh lelaki itu pada masa itu. Dia cuba mengingat lagi ketika tangan lelaki itu tersangkut pada poket baju cardigannya. 

  ' Sejak bila pulak laki ni pegang poket aku? Aduhlaa '. Dia cuba tetap tenang dan mengeluarkan telefon dari poket seluar sukannya bagi meminta bantuan. 

   Shafiyah pun menyeluk poket cardigannya dan terjumpa pendrive berwarna merah. ' Nampaknya, orang itu pun terlibat dengan game itu. Makin ramai yang akan mati kalau tak hapuskan game ni. Tapi apa yang ada kat dalam pendrive ni? '. Shafiyah pun cepat-cepat membuka laptopnya untuk melihat isi pendrive itu. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now