Shafiyah membuka salah satu folder yang ada dalam pendrive itu. Dalam satu folder itu terdapat 10 video. Dia pun menekan klik pada video pertama.
" Hai guys. Ok, hari ni kami nak buat satu aktiviti dekat tepi sungai ni. Kitaorang nak mandi-manda kat sini ", kata seorang budak lelaki dalam video tu.
Shafiyah menekan pause sekejap video tersebut dan memakai earphone supaya tidak mengganggu Kak Nabila yang sedang tidur. Kemudian dia pun menekan play semula.
Budak lelaki itu pun meletakkan kamera di satu tempat dan berlari masuk ke dalam air sungai bersama kawan-kawannya yang sudah berendam dalam air.
Shafiyah terhibur melihat video itu. ' Haih, macam takde ape pun. Terhibur adalah '.
" Oooo...kat sini rupanya korang! Tak ajak aku pun!! ", kata seorang budak perempuan yang tiba-tiba datang. " Eh Ida!! Ni geng orang laki je! Kau takyahlah! ", jerit salah seorang budak lelaki. " Eh biarlah!! Asal aku tak boleh join!? ".
" Sebab kau perempuan bongok! ".
" Ingat orang perempuan takleh main jugak ke hah!? ".
" Kalau kau lemas camne? Kitaorang lak kena selamatkan kau! ".
Tiba-tiba, datang beberapa remaja lelaki di sungai dan mengelilingi budak-budak lelaki yang sedang berendam dalam sungai. Suasana menjadi semakin tegang apabila seorang budak lelaki yang berdiri di depan kamera muncul. Wajahnya tidak kelihatan kerana membelakangi kamera. "Lemaskan diaorang ", katanya.
Shafiyah tidak dapat melihat situasi tersebut kerana kamera itu dihalang oleh kaki budak itu. Dia hanya mampu mendengar suara ketawa dan bersilih ganti dengan suara marah-marah.
Kepala Shafiyah tiba-tiba sakit dan muncul satu memori.
Imbas kembali...
Wahida mengekori kawan-kawannya yang sedang merancang untuk ke sungai dari belakang. " Nahas korang eh ", omel Wahida dengan suara perlahan. Dia berasa geram kerana tidak diajak oleh mereka. Setelah sampai, dia pun bersembunyi di sebalik pokok besar yang ada di situ.
" Wah, akhirnya kita bebas main sama-sama tanpa Ida! ", jerit salah seorang budak lelaki. " Kan? Yeayy!! ". " Korang tunggu apa lagi, jom masuk dalam air!! ". Semua budak lelaki itu pun masuk ke dalam air kecuali sorang. Dia sibuk mencari tempat untuk meletakkan kamera mininya bagi merakam momen indah itu. Setelah jumpa tempat yang sesuai untuk meletakkan kamera, barulah dia masuk ke dalam air untuk mandi-manda bersama kawan-kawannya yang lain.
Wahida pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata, " Oooo...kat sini rupanya korang! Tak ajak aku pun!! ". " Eh Ida!! Ni geng orang laki je! Kau takyahlah! ", jerit salah seorang budak lelaki. " Eh biarlah!! Asal aku tak boleh join!? ".
" Sebab kau perempuan bongok! ".
" Ingat orang perempuan takleh main jugak ke hah!? ".
" Kalau kau lemas camne? Kitaorang lak kena selamatkan kau! ".
Ketika mereka sibuk bergaduh, tiba-tiba datang beberapa remaja lelaki mengelilingi mereka yang berada dalam air. Suasana menjadi senyap sebentar.
' Eh, kenapa? Apa yang terjadi? ', fikir Wahida.
Seorang budak lelaki yang sebaya dengannya pun muncul di sebelahnya. " Lemaskan diaorang ". Wahida yang mendengar kata-kata itu pun terkejut. Dalam sekelip mata, kawan-kawannya yang lain pun dilemaskan ke dalam air. Wahida berasa geram melihat situasi itu lalu menampar pipi budak lelaki itu. Lalu, pergaduhan antara mereka berdua pun bermula sampai tahap Wahida mengheret budak lelaki itu ke dalam air sungai dan melemaskannya.
" Lepaskan kawan-kawan aku kalau tak, aku lemaskan si Iz ni!! ", jerit Wahida dengan sekuat hati. Suasana yang bising dengan suara meminta tolong dan menangis tadi pun berhenti. Semuanya tertumpu kepada Wahida.
Masa kini....
" Kawan-kawan aku...geng aku..Rahman, Aniq, Zubair, Zikri, sape lagi ek? Budak tak guna tu, Iz yang pemula game ni! ", omel Shafiyah. Nampaknya dia sudah ingat sedikit memori kecilnya yang hilang. Dia juga teringat mimpi sama yang dialaminya sebelum ini. Rupanya itu adalah memori masa kecilnya. Tidak dia sangka dia merupakan mangsa buli dahulu. Tapi kenapa dia dibuli? Kenapa dia dengan kawan-kawannya dibuli?
Dia cuba mengingat tapi gagal. Nampaknya, dia kena melihat video seterusnya pula.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
УжасыHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...