Bab : 13

18 1 0
                                    

    Rahman terus memandu laju ke depan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Rahman terus memandu laju ke depan. Dadanya berasa sesak dan air mata mula mengalir dengan deras. Mulutnya tidak habis-habis mengucapkan maaf. Dia benar-benar tidak keruan sekarang. Yalah, siapa je yang tak keruan kan melihat kawan baik sendiri mati depan mata macam tu. 

Bang! Bang! Bang!

   Beberapa das tembakan dilepaskan dari belakang menyebabkan cermin kereta belakang pecah. Rahman melihat cermin dan mendapati beberapa Pemburu sedang mengejarnya. Dia pelik. Bukankah tadi sudah Game Over? Macam mana boleh start balik macam tu? Argh! Tak kisahlah macam mana pun permainan itu boleh dimulakan, yang penting sekarang dia mesti menjalankan misinya untuk menyelamatkan seseorang! Dia pun menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan kereta. 

    Dari depan, dia mendapati beberapa buah motorsikal sedang meluru ke arahnya. " Cerdik betul! ". Dan dia semakin dekat dengan mereka. Dalam keadaan jarak dekat itu, dia menerima beberapa das tembakan dari arah depan. ' Ya Allah, bantu aku menghadapi mereka demi menyelamatkan nyawa seseorang yang boleh batalkan permainan ni! ', doanya dalam hati. 

Imbas kembali...

    Seorang kanak-kanak perempuan datang mendekati Rahman dan Aniq yang cedera akibat dibelasah Pembuli dalam semak. Dia kelihatan tenang dan dingin. Dengan penuh berani, dia berdiri di depan Rahman dan Aniq yang cedera parah. " Ida...jangan ", kata Aniq dengan suara lemah. Di sekeliling mereka kelihatan ramai remaja lelaki dan perempuan yang berumur belasan tahun. " Berani korang sentuh kawan-kawan aku!! ", katanya dengan suara lantang. Tak padan langsung dengan tubuhnya yang kecil seperti berusia 5 tahun. 

   Semua remaja itu memandang kanak-kanak perempuan itu dengan lemah dan ketawa terbahak-bahak. Yalah, mana tidaknya, dengan saiz yang begitu kecil tetapi berani menghadapi mereka semua bersendirian serta dengan terang lagi bersuluh dia akan kalah dengan mereka semua. Namun, tawa mereka bertukar lara. 

    Dalam sekelip mata, semua Pemburu yang muda itu mati dalam tangannya. Aniq dan Rahman terkejut dengan apa yang mereka lihat. ' Macam mana...? ', soalnya. " Aku akan hapuskan mainan ni ", katanya dengan suara mendatar. 

Masa kini...

    Rahman menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mengumpulkan segala keberanian dan kekuatan dalam dirinya disertai harapannya kepada Tuhan. " Bismillah...". Dia pun merempuh semua Pemburu yang berada di depan dan meneruskan perjalanan sehingga permainan itu sendiri tamat. 

   Rahman sudah tidak larat lagi memandu, badannya penuh dengan luka dan darah. Dia pun memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Harapannya satu, ada seseorang yang datang kepada dirinya untuk membantu. ' Ya Allah, kirimlah seseorang kepadaku...aku mahu menyampaikan amanah ini kepadanya supaya sampai kepada dia...Tolong ya Allah... Hanya dia sahaja yang mampu musnahkan game pembunuhan ini... ', doa Rahman dengan sepenuh hati. 

                                                                                                    ******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pin!!Pin, pin!!!!

Langkahnya berhenti dan memandang ke arah cahaya yang sedang menyuluh di jalan. Dalam sekelip mata, tubuhnya yang kecil dilanggar oleh sebuah kereta. Terpelanting dia dibuatnya. 

     Shafiyah terbaring di atas jalan. Kereta yang melanggarnya tadi tidak berhenti, bahkan meninggalkannya begitu sahaja. Dia memandang ke arah seberang jalan dengan pandangan yang samar-samar. Tubuhnya berasa sangat lemah. " Ya Allah, adakah ini pengakhiran aku? ". 

" Jangan lupa diri kau siapa budak ". 

 ' Siapa? '. 

" Engkau harapan kami. Engkau pemusnah game ni ". Kata satu suara yang serak. 

    Kepalanya berasa semakin berat. Pandangannya pula semakin gelap dan pendengarannya juga semakin berdengung. ' Apa yang terjadi? '.

Imbas kembali...

    Kelihatan seorang remaja perempuan sedang berlawan dengan dengan seorang lelaki yang gagah perkasa. Pertarungan itu sangat hebat kerana kedua-duanya sangat setanding dari segi kekuatan. 

   " Aku akan hapuskan game ni! ", katanya. Dia pun menendang tubuh lelaki itu dengan sekuat tenaga sehingga lelaki itu pun akhirnya tercampak ke belakang. Darah pun mengalir keluar dari mulut lelaki itu namun lelaki itu cepat-cepat mengesatnya. Melihat darah yang mengalir sedikit dari tubuh lelaki itu, remaja itu tiba-tiba hilang kawalan. Umpama singa yang kelaparan, remaja itu berlari dengan laju ke arahnya dengan tatapan mata yang penuh ghairah. Tetapi dia berhenti tepat di depan lelaki itu. Anak matanya berubah menjadi warna merah semerah darah. Senyuman penuh makna terukir pada bibirnya. Seram. 

    " Aku akan menyeksa kau ", katanya. Tangan kanannya diangkat perlahan-lahan dan ketika ini tubuh lelaki perkasa itu pun terangkat. 

Krak! Kriuk! 

   Satu persatu tulangnya dipatahkan begitu sahaja. Melihat lelaki itu terseksa, membuatkan remaja itu bahagia. " Engkau hanyalah penakut yang menindas orang lain demi tunjukkan kau hebat. Kau sepatutnya mati ". " Arghhhh!!! ", jeritnya kesakitan. 

Masa kini...

   Shafiyah membuka matanya. Perlahan-lahan dia bangun dan melihat sekelilingnya gelap. Sama seperti tadi. Dia melihat ke seberang jalan dan mendapati kenderaan tadi sudah tiada. Dia pelik. ' Apa yang sedang terjadi? '. Dia melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi. " Ouh, tak. Aku kena pergi balik sekarang ". Dia pun bangun dan berjalan pulang ke kawasan universitinya. Sakitnya yang dirasainya selepas dilanggar tadi tidak berasa lagi. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now