Bab : 36

2 0 0
                                    


    Di sebuah ruangan bangunan yang terbiar dan hanya dibekalkan dengan lampu yang malap, kelihatan Princess, Julia, Amelia, Jenny dan Liana berlutut di depan King dengan penuh ketakutan. Tapi apakah daya, mereka berempat tak mampu berbuat apa-apa kerana tangan dan kaki mereka diikat serta telah dibelasah teruk oleh King tadi. Penuh lebam dan luka pada wajah mereka. 

    Keadaan mereka sekarang ini dipertontonkan di depan kumpulan Pembuli yang lain untuk dijadikan sebagai pengajaran. " Aku serahkan tugas yang penting untuk kalian berempat sebab Wahida ada di situ tapi apa yang kalian buat!? Korang gagal! Gagal melaksanakan misi! ", marah King. 

" Tolong berikan kami kesempatan lagi King ", rayu Julia. Dia tahu rayuannya itu hanya sia-sia, tetapi dia berharap rayuannya itu juga dapat membantunya. King tersenyum di sebalik topeng yang menutup wajahnya lalu mengacukan pistol pada kepala Julia. " Pembuli, tak sepatutnya merayu. Yang harus merayu adalah Mangsa! Engkau Mangsa ke Pembuli!? ", tanya King dengan suara lantang. Julia diam ketakutan. " Kau terlalu lemah. Aku salah memilih engkau rupanya ", kata King lalu menembak kepala Julia tanpa rasa bersalah. Kemudian, dia menembak tiga rakannya yang lain. 

   Semua kumpulan Pembuli yang melihat situasi itu hanya mampu melihat dan diam. Mereka tak mampu menghalang perbuatan kejam itu kerana itulah yang sepatutnya diterima oleh orang yang gagal dalam misinya. Sudah kebiasaannya begitu, menyaksikan orang yang gagal dibunuh oleh King sebagai pengajaran agar kesilapan tidak berulang lagi di antara mereka atau sebagai motivasi untuk melakukan misi yang diterima oleh King nanti dengan lebih baik lagi. Selepas itu, tugas mereka ialah menghilangkan kesan dan jejak serta bukti yang berkaitan dengan mayat-mayat tadi. Tidak boleh tersisa walaupun satu, sekiranya ada, nyawa mereka pula menjadi gadaian. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now