Pagi itu, ketika sedang bersiap untuk ke kuliah, Kak Nabila menegur Wahida. " Eh Shafiyah, asal muka tu nampak lebam sikit? ". Wahida pun terus melihat cermin dan mendapati pipinya lebam. " Oh ni, cerita malam tadi. Saya kena pukul dengan Princess masa bertembung kat cafe ", jawabnya sambil menggosok pipinya yang lebam itu. Sakit. Kak Nabila terkejut mendengar jawapan Wahida. " Nantilah saya citer kak. Saya nak ke kelas dulu ", kata Wahida dan terus keluar dari bilik. Kak Nabila pula hanya diam sahaja setelah melihat Wahida yang tergesa-gesa keluar.
Di dalam kelas...
Wahida meletakkan kepalanya di atas meja. Dia berasa sangat mengantuk dalam kelas seolah-olah waktu kelas merupakan ubat tidur untuknya. Dia sempat memandang Fakrul yang duduk di depannya. ' Hurm, lebih baik kau tak terlibat dengan game ini, walaupun sengaja atau tak ', kata hatinya. Dia pun teringat momen malam tadi apabila dia memandang Fakrul dengan lama dan tersenyum. ' Hensem jugak rupanya dia. Patutlah ramai peminat ', pujinya dalam hati. Nampaknya, hatinya sudah mula menyukai Fakrul. Hatinya yang sedingin ais itu sedang mencair perlahan-lahan.
Fakrul pun menoleh ke belakang dan perasan Wahida sedang melihatnya. Wahida yang sudah terkantoi dengan Fakrul pun cepat-cepat berpura-pura tidur.
" Baiklah, sekarang saya nak semua berbincang dengan partner masing-masing mengikut tajuk yang telah dipilih kalian tadi ", kata pensyarah.
Mendengar arahan itu, Fakrul pun terus menggerakkan kerusinya mendekati meja Wahida. Dia pun terus memukul dahi Wahida dengan pen yang dipegangnya dari tadi.
" Aduh! ".
Wahida pun perlahan-lahan mengangkat kepalanya dan menggosok dahinya. " Apa masalah kau? ", tanya Wahida. " Tajuk kita sama, jom kita bincang ", kata Fakrul dengan wajah yang dingin. Untuk pertama kalinya, dia melihat Fakrul dingin terhadapnya. " Tapi, aku bukan partner dengan kau ", kata Wahida. " Aku tukar tajuk dengan Nurul tadi ", bidas Fakrul dengan selamba.
' Aduh, masalah besar betullah laki nih! ', bebel hatinya.
" Kau perhatikan aku tadi kan? ", tanya Fakrul tanpa berselindung. Wahida hanya diam dan menundukkan kepala. Tak sanggup dia melihat eksperesi wajah lelaki itu sekarang. Menakutkan. Tak ramah seperti biasa. " Apapun yang terjadi, aku dah buat keputusan. Aku tetap akan lindungi kau walaupun kau selalu menjauhkan diri daripada aku ", kata Fakrul lagi. Terkejut Wahida mendengar kata-kata itu. Tak sangka Fakrul akan kata begitu selepas dia berkata sedemikian malam tadi. Tapi, dia langsung tidak memandang wajah Fakrul sekarang. Dia cuba untuk tidak berikan apa-apa reaksi.
" Aku suka kau ".
Bulat mata Wahida mendengar luahan hati Fakrul. Dia pun memandang Fakrul yang berada di depannya sekarang. " Maaf, ditolak ". Laju sahaja mulutnya membalas. Fakrul kelihatan sedikit kecewa, tapi nampaknya dia tidak berputus asa. " Suka type yang macam mana? ", tanya Fakrul lagi. " Bukan urusan kau ", kata Wahida. ' Gila betul lelaki ni ', bisiknya dalam hati. " Aku gilakan kau. Aku akan jadi type lelaki yang kau suka ", kata Fakrul yang seolah-olah dapat membaca isi hati Wahida.
' Hurm, menarik betul. Apakah ia satu cabaran? Patut ke aku bermain hati dengannya? ', fikir Wahida. Namun, dia segera menggelengkan kepalanya tanda tidak patut apa yang difikirkan sebentar tadi. Mana boleh bermain dengan hati! Mulutnya laju beristighfar. Rasanya tidak patut sekiranya dia berniat seperti tadi.
" Kenapa? ", tanya Fakrul.
" Takde apa. Sekarang kan waktu kita bahaskan tajuk yang kita pilih ni, kenapa cakap pasal perkara yang tak penting dan rumit? ". Wahida tidak mahu terus membahaskan soal hati dan perasaan. Dia tidak mahu memberikan harapan kepada lelaki itu dan tidak mahu hatinya menyimpan perasaan dengan lebih mendalam. Cukup sekadar rasa suka yang sekadar singgah sahaja, bukan sampai ke tahap yang lebih serius. Kali ini, dia pula membuat suasana di antara mereka lebih dingin.
" Kau dah letak ubat ke belum? ", tanya Fakrul apabila melihat lebam di pipi Wahida. Wahida yang mendengar soalan itu pun memberikan senyuman sinis. " Tak perlu nak ambik berat sangat. Ni bukannya penting. Yang penting sekarang adalah kita patut bagi fokus pada tajuk yang kita perlu bincangkan, bukan lebam kat muka aku ". " Kau tak patut ubah topik ", balas Fakrul. Dia tidak mahu mengalah dengan Wahida yang cuba mengelak daripada dirinya.
Wahida tidak menghiraukan Fakrul lalu dia pun membuka buku rujukannya dan membuka halaman yang membincangkan topik yang mereka dapat iaitu ' Tamadun Islam Di Tanah Melayu '. " Aku tak ubah topik. Kau yang sengaja tukar tajuk untuk jadi partner aku bagi membahaskan topik ni. Sekarang, kita patut bagi fokus kepada topik ni ", kata Wahida sambil menunjukkan tulisan ' Tamadun Islam DI Tanah Melayu ' dalam buku rujukan kepada Fakrul. " Bukannya mengambil kesempatan untuk membahaskan soal hati dan perasaan. Itu semua bersifat peribadi ", tambah Wahida lagi. Dia perlu bersikap lebih profesional di depan lelaki ini. " Waktu belajar, fokus belajar. Bukan fokus kepada perkara lain ". Dia sengaja menambahkan lagi supaya Fakrul tidak berasa mudah untuk mendapatkan hatinya.
Sekali lagi, dahinya dipukul oleh Fakrul menggunakan pen. " Betullah tu, time belajar kena belajar. Bukan tidur je memanjang ". Sengaja dia memerli Wahida yang bersikap dingin dengannya sekarang. " Itu memang salah aku, tapi tak bermakna aku takde usaha untuk hilangkan rasa kantuk tu ", balas Wahida. Oh no! Dia takkan sesekali akan mengalah dengan Fakrul. Fakrul pun menggigit bibirnya menahan sabar. Dia benar-benar berasa mahu mencekik leher gadis kecil di depannya sekarang. " Ok, sorry. Jom kita bincang tajuk ni ". Akhirnya Fakrul mengalah. Wahida pun tersenyum bangga kerana telah memenangi perdebatan mereka berdua.
Huh? Perempuan mana pernah salah. Women always RIGHT!
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...