Bab : 35

2 0 0
                                    

     Wahida melihat situasi yang berlaku dalam kelasnya. Bising, hiruk-pikuk, tapi suasana itu membuatnya tersenyum. Entah bila lagi dia boleh melihat situasi seperti ini lagi. Situasi yang pelajar biasa hadapi hari-hari tanpa perlu memikirkan hidup atau mati dan perkara yang jauh lebih besar daripada hal percintaan, belajar, dimarahi oleh pensyarah atas sebab-sebab tertentu dan yang seumpama dengannya. 

" Ehem ". 

    Wahida pun menoleh ke kanan dan mendapati Fakrul sedang berdiri di tepi mejanya. " Jauh mengelamun ", katanya. Wahida hanya diam. Dia malas untuk berbicara dengan lelaki itu. Hatinya juga sudah tidak tertarik dengan Fakrul setelah memimpikan Aniq. " Aku dapat tahu kau dibuang ". Wahida hanya memberi respon dengan menganggukkan kepala. " Dan atas sebab yang tidak munasabah ", sambungnya lagi. Wahida hanya diam. 

   " Pihak diaorang tak boleh buat macam ni! Aku akan tegakkan keadilan ", katanya lagi. " Tak perlu ". Wahida akhirnya bersuara. Dia memandang Fakrul dengan dingin. Lebih dingin dari sebelum ini. " Tempat ni neraka bagi aku. Baguslah kalau aku dibuang ", katanya. " Tak, mana boleh! Kau tetap kena ada kat sini! Lagipun, final exam nak dekat! ", bantah Fakrul. " Aku tak kisah. Lagipun, aku boleh sambung belajar kat mana-mana universiti lain. Bukan universiti ni je yang ada kata Malaysia ", kata Wahida dengan selamba. Dia benar-benar tidak kisah dengan hal itu. 

    Fakrul pula yang stres melihat ketidakpedulian Wahida. Wahida pun bangun dan mengemas barang-barangnya untuk keluar dari kelas. Dia sudah tidak lagi menikmati situasi itu apabila Fakrul muncul. Baginya, Fakrul hanyalah pengganggu. Setelah itu, dia keluar begitu sahaja. 

                                                                                               ***

   Wahida pulang ke asramanya dengan hati yang sedikit sedih. Sedih kerana tidak mampu menghabiskan masa satu tahun lagi sebagai pelajar lepasan ijazah demi menyelesaikan konflik hidupnya. Kadang dia terfikir, kenapa semua ini tidak berlaku semasa dia sudah habis belajar? Dia juga mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa pada umumnya. Namun, bila difikirkan semula, dia juga menikmati dengan kehidupannya yang penuh dengan konflik ini. Yang mana masanya sudah suntuk untuk mengakhiri game ini. Sekiranya dibiarkan terlalu lama, mungkin akan mendatangkan mudarat yang lagi besar. 

   " Elok-elok Shafiyah ", kata Kak Nabila. Wahida hanya tersenyum pahit. " Baik kak. Hurm, nanti saya mesti akan rindukan akak lepas ni ", balas Wahida. Dia pun bersalaman dengan roommatenya dan berpelukan untuk kali terakhir. " Takpe, ada rezeki boleh jumpa lagi ", kata Kak Nabila. " Insha Allah ", balasnya lalu mengangkat barang-barangnya yang harus dibawa pulang. Kak Nabila tidak duduk diam, dia juga membantu Wahida mengangkut barang-barangnya yang banyak itu bagi meringankan beban dan sebagai khidmat terakhir kepada Wahida. 

   Di sebuah padang, kelihatan ada seorang lelaki sedang menembak belon-belon yang dijadikan sebagai target pada batang-batang kayu yang dipacakkan di atas tanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Di sebuah padang, kelihatan ada seorang lelaki sedang menembak belon-belon yang dijadikan sebagai target pada batang-batang kayu yang dipacakkan di atas tanah. Dia kelihatan sedang marah dan menjadikan aktiviti menembak itu sebagai lampias marahnya. Setelah selesai dia menembak semua target itu, Haikal yang memerhati dari jauh pun berjalan mendekatinya dengan perasaan takut. 

   " Aku nak kau periksa siapa dalang yang menghapuskan pelan permainan kita di sana! ", kata King dengan nada tinggi. " Baik ", balas Haikal. " Dan juga, panggil Princess tak guna tu ke sini! Aku nak bagi hukuman dan pelajaran! ", katanya lagi lalu meletakkan hujung pistol pada kepala Haikal. " Dan kau juga akan terima hukuman sebab tak teliti pada pelan game kat sana! ", marah King. Haikal memejamkan mata. Andai dia patut membayar segala kecuaian dia dengan nyawa, dia sanggup. 

" ARGHHH!!! ". 

   King pun melemparkan pistolnya ke atas tanah. Dia berasa sangat stres kerana Wahida sudah keluar dari tempat itu kerana dibuang atas sebab tidak hadir ke kuliah tanpa sebab yang kukuh. " Pergi sekarang! Jumpa malam ni pukul sepuluh! ", katanya kepada Haikal. Haikal membuka matanya dan berasa sedikit lega kerana masih diberikan peluang untuk hidup lagi. Dia hanya menganggukkan kepala sebelum melangkah pergi dari situ. 

                                                                               

   

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now