Bab : 7

18 1 0
                                    

     Rahman mengambil sepaket gula dari dalam kotak dan meletakkan ia ke dalam bakul. Kemudian dia terus berjalan untuk mencari barang yang lain. 

Tit...tit...tit...

    Telefonnya tiba-tiba berbunyi. Dia pun segera mengeluarkan telefon dari poket seluar dan terkejut. Terpampang dua patah perkataan pada skrin telefonnya iaitu Game Start. Dia pun melihat peta kedudukan titik berwarna merah. 

   " Apa!? ". Lagi lah dia terkejut kerana titik-tik merah pada peta itu berdekatan dengan dirinya. ' Mampus aku! '. Belum sempat apa-apa, elektrik di supermarket itu terus terpadam menyebabkan suasana di sekelilingnya menjadi gelap. 

    Rahman menarik nafas panjang. Dia tidak sangka selepas 5 tahun, dirinya diburu dan berjaya dijumpai oleh Pembuli. Memandangkan dia tidak dapat melihat dalam gelap, dia pun menggunakan deria pendengarannya untuk mengesan kehadiran mereka. Ya, dia perlu berhati-hati agar tidak ada saksi yang melihat kejadian itu. Sekiranya ada, payah untuk dia bergerak menyelamatkan diri. 

Swoosh...

   Telinganya menangkap bunyi sesuatu yang dibaling dari arah belakang. Rahman segera bergerak ke tepi untuk mengelak dan matanya menangkap kilauan jarum perak. Dia pun segera menendang orang yang berada di belakangnya tadi. Tetapi tak sangka, selepas dia menendang orang itu, terdapat lagi orang lain yang datang menyerang. Maka berlakulah pergaduhan antara Rahman dan Pembuli tetapi dalam suasana yang sangat senyap kerana tidak mahu menarik perhatian orang awam yang berada di sekitar itu. 

    Dalam pergaduhan itu, tiba-tiba ada seorang lelaki yang datang membantu. Pergerakannya sangat lincah menyebabkan Pembuli tidak memiliki peluang untuk menyerang. Lelaki itu pun melepaskan bom asap lalu hilang bersama Rahman.

                                                                                                         

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now