Shafiyah membetulkan awning tudungnya di depan cermin sebuah kereta. Dia tersenyum melihat tudungnya sudah kemas. " Yeah, ni baru Shafiyah ", katanya lalu pergi meninggalkan kereta itu. Dia pun berlari menuju ke bangunan kuliahnya iaitu Fakulti Pendidikan yang berada dekat di situ.
***
Shafiyah menguap beberapa kali dan mula tersengguk di dalam kelas. ' Haih, selalu jadi macam ni ', bisik hatinya. Walau sekuat mana dia bertahan, akhirnya dia akan tewas juga.
Fakrul yang duduk di depan Shafiyah pun memusingkan badannya untuk melihat keadaan Shafiyah. Dia tersenyum melihat Shafiyah yang sudah tertidur di tempatnya. ' Haih, selalu tidur je budak kecik ni, tapi mujur bijak ', kata hatinya. Dia pun kembali melihat ke depan dan memberi perhatian yang penuh terhadap topik yang dipelajari pada pagi itu.
Dua jam pun berlalu...
Semua pelajar pun mengemas barang masing-masing tetapi ada yang keluar terlebih dahulu dengan tangan kosong setelah kelas habis. Begitu juga Fakrul tetapi dia sengaja melengahkan masa sehingga semua pelajar keluar dari kelas. Dia pun menoleh badannya ke belakang dan tersenyum melihat Shafiyah yang masih lagi lena dibuai mimpi. ' Apalah yang dia buat sehari-hari sampai boleh tertidur dalam semua kelas? ', fikirnya. Fakrul memandang wajah Shafiyah dengan lebih dekat. Comel, pujinya dalam hati.
Tiba-tiba, Shafiyah pun membuka mata dan terkejut melihat muka Fakrul jelas di depan mata. Hal itu juga membuatkan Fakrul sedikit terkejut namun dia hanya tersengih malu. Shafiyah pun memejam matanya semula dan hanya membuka sebelah mata untuk memastikan betul atau tidak apa yang dia lihat tadi. ' Jinjah, ada ape ngan laki ni? '. Momen itu membuatkan Fakrul tergelak kecil. " Eeeii, comellah kau ni. Dah bangun. Kelas lama dah habis kau baru nak bangun ", kata Fakrul. Dia pun mula menjauhi meja Shafiyah. Shafiyah pun bangun dan mengemas barang-barangnya. Dia masih lagi terkejut dengan momen tadi.
" Jom, kita makan bersama kat cafe hari ni ", ajak Fakrul. Mendengar ajakan itu, Shafiyah lagi terkejut. Tetapi dia cuba untuk kelihatan tenang dan tidak gelabah. " Tak perlu. Aku makan sorang ", balasnya dengan dingin. Shafiyah pun cepat-cepat berjalan keluar dari kelas sambil langkahnya diekori oleh Fakrul. " Shafiyah, sekali-kala kita makan sama-sama ", pujuk Fakrul. Shafiyah berhenti dan Fakrul turut berhenti. " Tak boleh, nanti ada fitnah ", kata Shafiyah. Dia benar-benar harus menjaga perkara-perkara sebegitu untuk mengelakkan berlakunya fitnah ke atas dirinya. Fakrul menggaru kepalanya. Baginya, tak salah pun kalau mereka makan berdua di kafe. Dia cuba memujuk sekali lagi. " Takde apalah Shafiyah. Orang lain, ok je makan berdua laki dengan perempuan ".
Shafiyah menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia pun mendongak kepala memandang muka Fakrul. " Itu orang lain. Aku bukan macam tu. Aku tak akan buat apa-apa yang boleh menggadaikan maruah aku dan agama. Maaf ", kata Shafiyah. " Kalau macam tu, kau duduk kat meja lain, aku duduk kat meja lain tapi aku yang belanja kau makan. Macam mana? ". Fakrul mencuba lagi dan tidak berputus asa untuk meraih perhatian gadis itu. Shafiyah pun berfikir sejenak dan bersetuju dengan cadangan itu. Fakrul tersenyum puas kerana dia berjaya mendekati gadis kecil ini.
Setibanya mereka berdua di kafe, mereka pun duduk berasingan dan makan berasingan. Dari jauh, Fakrul makan sambil memerhatikan Shafiyah. Entah kenapa, hari ini dia berani untuk mendekati gadis kecil itu. Siap ajak makan bersama lagi.
Melalui ekor mata Shafiyah, dia perasan Fakrul sedang melihatnya. Hal itu membuatkan dirinya tidak selesa. Kalau boleh, dia mahu cepat-cepat pergi dari situ. Dia pun cepat-cepat menghabiskan makanan tengah harinya dan tergesa-gesa pergi dari situ tapi perkara lain pula yang terjadi.
Dia baru bangun dari tempat duduk dan tiba-tiba tudungnya basah terkena air. Dia melihat siapa yang pelakunya. " Oppss, sorry. Tak sengaja ", kata seorang gadis cantik yang dia pernah jumpa sebelum ini. Julia namanya. Dia tidak seorang di situ, dia bersama dengan kawan-kawan bodohnya yang sering mengikutinya ke mana-mana. Malas bergaduh, Shafiyah lebih memilih diam dan mahu pergi dari situ kerana Fakrul. Tetapi dia dihalang oleh rakan-rakan Julia. " Kau ingat kali ni kau boleh lari dari aku ke budak?", kata Julia sambil tersenyum. Shafiyah menyilangkan tangannya dan tersenyum sinis. Dia menatap Julia dengan pandangan dingin. " Aku malas nak layan kau sekarang, tapi sebab kau yang minta, baik, mari kita selesaikan di tempat lain ", kata Shafiyah. " Kenapa kita tak selesaikan sahaja kat sini? Kau takut? ", tanya Julia sambil mengusap kepala Shafiyah.
Shafiyah memegang tangan Julia. " Tangan yang indah, tapi sayang... ".
Krakkkk!!!
Julia menjerit kesakitan dan menolak Shafiyah sehingga tubuhnya terkena pada meja. " Arghh!! Kau memang gila! Sakit bodoh! ", jerit Julia. Bahagian belakang yang terkena meja membuatkan badan Shafiyah berasa sakit. Tetapi Shafiyah tersenyum dan berpura-pura seolah-olah tidak sakit. Amelia, kawan Julia berasa geram dan cuba untuk memukul Shafiyah tetapi tangannya ditahan oleh Fakrul yang tiba-tiba muncul di depan Shafiyah. " Cukup. Baik korang pergi dari sini ", kata Fakrul. Dia pun melepaskan tangan Amelia dengan kasar.
Melihat Shafiyah yang dilindungi, mereka pun pergi dengan perasaan tidak puas hati.
" Shafiyah ok? ", tanya Fakrul. Belum sempat Shafiyah menjawab soalan Fakrul, darah pun mengalir keluar dari hidungnya. Hal itu membuatkan Fakrul risau dan mencapai tisu untuk mengelap darah. " Takpe, aku boleh buat sendiri ", kata Shafiyah lalu mengambil tisu daripada Fakrul. Dia mengesat darah yang mengalir itu. Tapi, darah yang mengalir itu tidak berkurang bahkan semakin banyak. Ini membuatkan wajah Shafiyah semakin pucat dan merisaukan Fakrul.
" Muka kau makin pucatlah. Betul ke ok ni? ", tanya Fakrul lagi. Shafiyah hanya menganggukkan kepala tanda ok walaupun sebenarnya dia berasa sudah mahu pengsan. ' Ya Allah, hantarlah orang perempuan untuk tolong aku sekarang. Risau aku kalau orang laki ada time aku lemah macam ni ', doanya dalam hati. Yalah, hati lelaki. Risau juga kalau ada berlaku perkara yang bukan-bukan. Dia melihat sekeliling. Pandangannya makin kabur dan sepertinya dia sudah tidak mampu bertahan. Dia akhirnya tumbang di situ.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...