Bab : 39

13 0 0
                                    

     Wahida membuka matanya perlahan-lahan dan mendapati dirinya berada di sebuah bilik. Dia melihat ruang bilik itu kosong. Yang ada hanyalah katil, perabot kecil dan drip air yang berada di sebelahnya dan berhubung dengan tangannya melalui wayar dan jarum. Dia mengeluh kecil. Adakah sekarang dia sudah ditangkap oleh King? Atau ada orang menemuinya lalu menyelamatkannya? Dia pun bangun dari pembaringannya perlahan-lahan. Pening. Kepalanya sangat pening dan dunianya gelap sebentar menyebabkan dia berbaring semula. 

   Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dan kelihatan seorang wanita masuk ke dalam bilik itu. Wajahnya sangat familiar. Wanita itu mengukir senyuman manis dan menanyakan keadaannya. Wahida hanya menganggukkan. Dia ragu untuk memberi sebarang respon yang kelihatan ramah kepada wanita itu. 

   " Baguslah kalau baik-baik sahaja. Nanti Prof. Bad nak jumpa kamu ", kata Sarah sambil memeriksa keadaan Wahida. " Erm, boleh saya tanya? ", soal Wahida. " Boleh je " 

" King ke yang bawa saya ke sini? ", tanya Wahida dengan wajah muram. 

    Sarah tersenyum kecil dan menggelengkan kepalanya. " Tak, kamu berada di tempat yang selamat sekarang. Mujurlah Detektif Ali dan Farah jumpa kamu dulu. Oh ya, macam mana kamu boleh berada di bangunan tu? ". Giliran Sarah pula yang bertanya. Mendengar sahaja nama Ali, terus dia bertanya kembali. " Maksudnya, Tuan Ali ke? ". Sarah hanya tersenyum sahaja lalu keluar dari bilik itu, meninggalkan Wahida yang penuh dengan persoalan dalam kepala.

  Sebaik sahaja Sarah keluar, Prof. Bad pun masuk bersama Detektif Ali dan Detektif Farah. " Tuan Ali! ", panggil Wahida dengan ceria. Dia berasa sangat gembira bertemu dengan Tuan Ali sekali lagi, namun kali ini bukan sebagai pensyarah tetapi detektif. Dia pun bangun dari pembaringannya lalu membetulkan tudungnya yang sedikit senget. " Assalamualaikum 101 ", ucap Prof. Bad sambil tersenyum manis. " Waalaikumussalam Prof ", balas Wahida dengan suara yang sedikit kendur. Dia langsung tidak exited bertemu dengan Prof. Bad.

  " Nampaknya, ingatan anda telah kembali. Dan selamat kembali ke markas rahsia ", ucap Prof. Bad. " Ya, terima kasih ", ucapnya dengan senyuman tawar. " Terima kasih juga kerana telah menyelamatkan saya dan bawa ke sini, Tuan Ali dan Farah ". " Panggil Ali saja, tak perlu panggil tuan", balas Ali dengan ramah. Wahida pun menganggukkan kepalanya. 

  " Boleh ceritakan kejadian yang berlaku sebelum kamu pengsan di bangunan usang itu? Ada orang serang kamu tak? ", tanya Prof. Bad. " Ouh, takde apa-apa pun. Saya pengsan pun sebab saya mencuba adakah saya ingat lagi atau tidak tentang mengawal darah. Tak sangka, perlukan banyak tenaga sampai pengsan ", jawab Wahida dengan selamba. Mendengar hal itu, Prof. Bad mengeluh panjang. Sepertinya dia berat hati untuk memberitahu hal sebenar. 

  " Ada sesuatu yang harus kamu tahu Ida. Tapi, nanti saya akan beritahu selepas kamu makan dan sedikit pulih ", kata prof. Bad. Dia pun keluar dari bilik itu dengan tergesa-gesa. " Teruk sangat ke keadaan saya sampai macam tu sekali reaksi dia? ", tanya Wahida sambil memandang dua orang detektif di hadapannya. " Boleh tahan teruklah ", jawab Farah. " Ouh, mesti ada risiko mati kan? ", tanya Wahida. Detektif Ali hanya menganggukkan kepalanya sahaja sebelum keluar dari bilik itu. Langkahnya itu diikuti oleh Farah di belakang. 

   ' Haih, nampaknya sangat serius aku punya keadaan. Hurm, tunggu jelah diaorang bagitau nanti apa yang jadi kat aku ', bisik hati kecilnya. 

                                                                                                ***

   Wahida tiba-tiba ketawa setelah mendengar maklumat yang diberikan oleh Prof. Bad mengenai dirinya. Dia sangat-sangat sedih selepas mengetahui dia akan kehilangan kemampuannya itu tidak lama lagi. Dan yang paling menyedihkan, waktunya hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk menamatkan riwayat King dan menghapuskan Game Hide And Seek. Dia berasa sangat terlewat dalam menjalankan misinya hanya kerana dirinya yang tiba-tiba hilang dan amnesia buat jangka waktu yang panjang. 

   " Ida...control yourself please ", kata Prof. Bad. " Kenapa prof? Kenapa saya terlambat untuk menamatkan semua ini? Kenapa saya seperti baru sedar yang saya sudah berada di hujung jalan!? Hanya tinggal untuk jatuh saja bila-bila masa! ", marah Wahida. Semua yang berada di situ hanya mendiamkan diri sahaja. " Pastu sekarang, macam mana saya nak cari King!!? Macam mana!? ", jerit Wahida lalu menangis teresak-esak. Sarah yang melihat situasi itu pun cuba menenangkan Wahida dengan cuba untuk memeluknya. Namun, lain pula yang terjadi.

  Belum sempat Sarah memeluknya, tiba-tiba dia tercampak ke belakang sehingga terhantuk pada dinding. Orang lain pula berasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga tak mampu untuk berdiri. 

   Anak matanya sudah bertukar menjadi merah. Emosinya sudah tak mampu untuk dibendung lagi. Semua orang yang berada dalam bilik itu cuba menenangkannya. " Kawal diri kau bodoh! ", marah Farah yang sangat terseksa menahan kesakitan. Tubuhnya berasa sangat panas terutama sekali pada bahagian kepala. Seperti mahu pecah otak rasanya. 

  Selepas beberapa minit, Wahida tiba-tiba batuk berdarah dan terus pengsan. Keadaannya itu pun menyebabkan keadaan menjadi tenang semula. Semua orang yang merasai kesakitan tadi pun terbaring lega di atas lantai. Kalau tak, mungkin nyawa mereka sudah melayang disebabkan pembuluh darah utama pecah.  

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now