Wahida berasa sangat sakit selepas tubuhnya dilemparkan di atas tanah dan dalam keadaan dirinya dibungkus dengan guni. " Lepaskan aku! ", jerit Wahida sambil cuba membuka ikatan guni dari dalam. Tetapi, usahanya hanya sia-sia sahaja. Mana mampu dia melepaskan diri dari dalam guni tanpa apa-apa senjata.
" Kalau berani cari pasal lagi dengan kitaorang, siap kau! ", ugut Julia sebelum pergi meninggalkan Wahida yang berada dalam guni. " Eh, kau yang cari pasal dengan aku tak guna! ", marah Wahida. Serta-merta, sabarnya sudah hilang sekarang. Matanya automatik berubah menjadi semerah darah. Dia hilang kawalan. Perlahan-lahan, dia pun menggerakkan jari-jemarinya. Tapi belum sempat dia berbuat apa-apa, tubuhnya berasa sakit kerana dipukul dengan sesuatu yang keras berulang kali.
Oh, rupanya Jenny, salah seorang geng Princess tidak pergi lagi. Dia memukul guni itu dengan kayu besbol dengan kuat. " Haih, aku harap kau mengalah je dengan kitaorang budak kecik! ", katanya lalu pergi meninggalkannya di dalam semak. Wahida yang berada dalam guni itu berasa pening dan lemas. Dia berasa sangat lemah sekarang selepas badannya dipukul dengan kayu besbol tadi. Pandangannya mula kabur. ' Ya Allah, adakah aku akan mati dalam keadaan macam ni? ', tanya batinnya. Dia pun memejamkan matanya. Nafasnya pula semakin lama semakin sesak. Tak cukup oksigen.
" Shafiyah! Shafiyah! Bangun! ", panggil satu suara.
Wahida pun membuka matanya dan mendapati dirinya berada di sebuah padang rumput. Kelihatan, di sampingnya ada seorang lelaki kacak berbaju putih di sedang duduk berlutut di tepinya. Dia pun bangun daripada pembaringannya dan duduk menghadap lelaki itu. Dia keliru.
" Aku kat mana ni? Aku dah mati ke? ", tanya Wahida.
Lelaki itu tidak menjawab tetapi hanya memandangnya dengan pandangan yang cukup sayu. Matanya berkaca-kaca melihat Wahida. " Erm, aku tanya ni ".
Tiba-tiba, suasana pun berubah menjadi gelap. Wahida terkejut dan terus terbangun. Dia mendapati dirinya sudah keluar dari guni dan berada di tepi tasik. " Argh... sss sakitnya ", katanya perlahan sambil menggosok tubuhnya. " Alhamdulilah sedar pun kau ", kata satu suara dari tepi. Alangkah terkejutnya dia melihat Fakrul di situ. " Kau...selamatkan aku? ", tanya Wahida. Fakrul hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia sudah tidak mampu berkata apa-apa selepas mengalami situasi panik tadi.
***
" Lepaskan aku! ", kata satu suara.
Fakrul pun cepat-cepat bersembunyi di sebalik pokok yang ada di situ untuk melihat apa yang berlaku. Dia melihat Princess berada dalam semak itu dan mula berasa curiga.
" Kalau berani lagi cari pasal dengan kitaorang, siap kau! ", ugut Julia sebelum pergi dari situ. Selepas Julia pergi, kelihatan ada seorang lagi iaitu Jenny yang belum berganjak dari situ. Dia pun memukul guni itu dengan kayu besbol yang dipegangnya dari tadi berulang kali sebelum dia pergi dari situ. Selepas mereka pergi, Fakrul pun cepat-cepat mendekati guni itu. Dia mengheret keluar guni tersebut dari kawasan semak dan membuka ikatan guni itu. Selepas berjaya dibuka, dia terkejut melihat Shafiyah yang berada dalam guni tersebut.
Mana tidak paniknya dia apabila dia memanggil nama Shafiyah, Shafiyah langsung tidak memberikan apa-apa respon. Dia pun cepat-cepat memeriksa nadi Shafiyah dan berasa sangat sedih kerana langsung tidak merasakan denyutan nadi Shafiyah. Dia pun meletakkan jarinya di hujung hidung Shafiyah untuk cek sama ada Shafiyah masih bernafas atau tidak dan mendapati SHafiyah sudah tidak bernafas tadi. Terus dia menangis teresak-esak di tepi Shafiyah kerana menyangka Shafiyah sudah tidak ada.
Tidak lama selepas itu, dia mendengar suara orang bernafas. Terus dia melihat ke arah Shafiyah dan tersenyum bahagia.
***
" Terima kasih ", ucap Wahida lalu bangun. Dia mahu pergi dari situ. Bahaya menanti seandainya dia berlama-lama di situ dengan Fakrul. " Nak ke mana? ", tanya Fakrul sambil mengesat air matanya. " Nak balik ", jawab Wahida dengan ringkas. Dia pun berjalan pergi meninggalkan Fakrul di belakang. Fakrul pun cepat-cepat mengekori Wahida dari belakang, bimbang sekiranya sesuatu yang buruk terjadi lagi kepada Wahida.
Selepas keluar dari kawasan itu, Wahida baru perasan dia berada dalam kawasan asrama lelaki. ' Tak guna betul korang! ', teriak batinnya. Dia berasa sangat geram, malu dan lain-lain. " Kau ok? Perlukan apa-apa bantuan? ", tanya Fakrul dari belakang. Wahida menoleh ke belakang dan memandang Fakrul lama. Entahlah kenapa, momen ini dirasakannya sangatlah lambat dan romantis. Ditambah pula dengan eksperesi wajah sayu Fakrul yang dihiasi dengan senyuman manis. " Shafiyah? ".
Wahida tersedar dari lamunannya dan menggelengkan kepala tanda tidak memerlukan apa-apa bantuan. " Aku tahu kau boleh buat semua sendiri, tapi biarkan aku untuk tolong kau apa yang mampu. Kejadian macam ni, kalau berlaku sekali lagi, kita tak boleh biarkan! Jadi biarkan aku untuk lindungi kau daripada diaorang! ", kata Fakrul dengan nada tegas. Sungguh, dia sudah tidak mampu menahan dirinya daripada melihat sahaja perbuatan Princess kepada orang lain tanpa berbuat apa-apa. " Kau boleh mati! Macam tadi...aku jadi panik bila tengok kau tak gerak macam orang mati tadi! ", luah Fakrul sambil menahan sebak.
Wahida menundukkan kepalanya. ' Ni baru sikit. Nanti kalau kau tahu pasal game Hide And Seek ni, mampu ke kau lindungi aku? Atau kau pun akan mati macam kawan-kawan aku yang lain? ', tanya hatinya. Wahida pun memandang wajah Fakrul sekali lagi dan memberikan senyuman sinis. " Aku akan pastikan kejadian macam tadi tak berlaku lagi. Insha Allah. Kau tak perlu risau selagi Allah ada bersama aku ", kata Wahida. Keyakinannya kepada Allah sungguh kuat melebihi segala-galanya sekarang kerana dia tahu, Allah itu bersifat Abadi. Dia perlu membuatkan Fakrul jauh daripadanya supaya tidak terlibat dengan game itu tanpa sengaja. Dia tidak mahu ada orang yang tak bersalah terlibat dalam hal ini lagi. Cukuplah kawan-kawan dulunya yang meninggal, bukan kawan-kawan yang dia miliki sekarang.
" Kau memang tak kisah kan perasaan orang? ", tanya Fakrul dengan geram.
" Kalau macam tu, jauhilah aku ", jawab Wahida lalu pergi.
***
Wahida berasa sebak dan terharu akan sifat prihatin Fakrul tadi. Dah hal itu membuatkan dia teringat akan kawan-kawannya yang selalu melindunginya daripada bahaya. ' Aku rindu korang. Maafkan aku ', kata hati kecilnya. Dia pun meletakkan basikalnya di tempat parking dan cepat-cepat masuk ke tandas lalu menangis teresak-esak. Hatinya sakit apabila terkenangkan kawan-kawannya yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi dirinya bagi membuka peluang kepada dirinya untuk hapuskan game itu.
Sementara itu, kelihatan Fakrul sedang duduk di atas bangku yang disediakan di kawasan bangunan asramanya. Hatinya sakit apabila teringatkan kata-kata Wahida sebentar tadi. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu menyerah. Dia perlu berusaha melindungi Wahida daripada Princess supaya hal yang lebih buruk tidak terjadi lagi.
' Harap masih ada harapan untuk selamatkan kau dan lindungi kau ', bisik hati kecilnya.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...