Ali dan Farah rebah di atas tanah setelah teruk dibantai oleh para Pembuli. Mereka benar-benar sudah tak berdaya lagi untuk melawan. " Aku tak sangka detektif yang terlibat dengan kes ini gagal menjalankan misinya. Kau ingat, game ini mudah ke untuk dihapuskan? Aku rasa, better korang mati je sekarang...tapi, korang takkan mati dengan mudah macam tu ", kata Haikal lalu memijak kepala Ali. " Terutama sekali laki tak guna ni ", sambungnya lagi.
Haikal pun memberi isyarat kepada lelaki-lelaki yang berada di depan untuk mengambil mereka berdua dan dimasukkan ke dalam lori. Ya, mereka berdua akan dibawa untuk berjumpa dengan King sendiri di markas persembunyian mereka.
Sedang beberapa orang lelaki cuba untuk mengangkat mereka berdua, tiba-tiba datang seorang gadis menghalang mereka. Anak matanya yang berwarna merah itu sangat bersinar dengan terang dalam kegelapan malam dan menimbulkan rasa takut dalam diri Pembuli. Gadis itu pun mengangkat tangannya dan membuka telapak tangannya perlahan-lahan. Beberapa titis darah miliknya pun masuk ke dalam tubuh Pembuli yang ada di situ tanpa mereka tahu dan tidak terlepas seorang pun.
Farah cuba mengamati gadis kecil itu dalam kesamaran dan tersenyum selepas mendapati gadis itu adalah Wahida. " Kau datang juga akhirnya ",katanya dengan lemah sambil mengalirkan air mata kerana terharu.
Dalam sekelip mata, seorang demi seorang tiba-tiba mati akibat pembuluh darah mereka pecah. Melihat hal itu, Haikal pun tersenyum dan memejamkan matanya. Dia sudah bersiap-sedia untuk mati. Tetapi, lama dia menunggu tetap tidak terjadi apa-apa padanya.
" Nampaknya kau memang mengharapkan kematian menjemput ya? ", tanya Wahida. Haikal pun membuka matanya perlahan dan terkejut melihat Wahida sedang berdiri di depannya. " Kau ingat, kau boleh mati dengan mudah ke!? ", katanya dengan nada tinggi. Haikal hanya mendiamkan dirinya melihat Wahida. Berbeza dari sebelum ini. Belum pernah lagi dia melihat Wahida bertudung ketika game ini sedang berlangsung. Dia seakan-akan terpukau melihat Wahida dalam penampilan bertutup macam tu.
Bulat mata Wahida melihat wajah Haikal. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang. Tetapi dia cuba mengawal reaksinya. " Wah, tak sangka kau rupanya Fakrul ", katanya sambil memberikan senyuman tawar. Hatinya sakit, sakit sangat setelah melihat Fakrul terlibat juga dalam game ini.
Entahlah mengapa, Haikal tidak mampu untuk bergerak. Dia hanya mampu mengalirkan air mata mendengar ayat yang keluar dari mulut Wahida. Hatinya juga sakit setelah Wahida dapat mengecam siapa dirinya. " Apa maksud semua ni? Kau menyamar sebagai Fakrul selama ini hanya untuk memerhatikan aku ya? ", tanya Wahida lagi. Hatinya benar-benar patah setelah mengetahui hakikat sebenar yang disembunyikan oleh orang yang dia anggap kawan selama ini adalah musuh dalam selimut. Tapi yang sakitnya, kenapa dirinya tak mampu untuk membunuh Haikal?
1 jam setengah sebelum itu.......
Selepas Wahida diseksa teruk oleh King, dia cuba menggunakan kelebihannya sebagai satu-satunya jalan untuk melepaskan diri. Dia pun menggerakkan tangannya dan cuba mengawal tubuh King. Kemudian, dia menggerakkan tangannya seperti mencampakkan sesuatu. King pun kemudian terpelanting jauh ke belakang sehingga tersembam pada lantai atap itu. Wahida pun mengambil peluang untuk melarikan diri daripada lelaki gila itu dan cepat-cepat mendapatkan kereta hitam miliknya.
Dia menghidupkan keretanya dan melihat paparan yang disiarkan pada skrin tv yang ada dalam kereta. Dalam skrin itu terpapar peta kedudukan Pembuli dan Mangsa. Dia pun mengikut arah peta itu untuk mencari Farah dan juga Ali.
Selepas 1 jam setengah...
Melihat Haikal yang masih lagi berdiam diri, dia pun membantu Farah dan Ali untuk bangun. " Bunuh dia Ida ", kata Ali dengan tegas. " Bunuh? Biarkan dia, aku masih lagi nak bermain-main dengan dia ", balas Wahida. " Bunuh dia! ", ulang Ali. Tetapi Wahida hanya mengabaikan sahaja arahan itu dan memapah Farah. " Kita balik ", kata Wahida dan berjalan menuju ke arah keretanya. Ali yang tidak berpuas hati melihat situasi itu pun terus menyerang Haikal yang masih lagi berdiri di situ. Dia sendiri yang menikam dada Haikal sebelum berjalan mengikuti langkah Wahida dan Farah.
Dalam kereta, masing-masing hanya mendiamkan diri kerana lelah. Hanya musik dari radio sahaja yang memecahkan suasana sunyi itu. Setelah itu, mereka akhirnya sampai di markas persembunyian mereka.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...