Dalam kegelapan malam dan saat semua orang tertidur lena, Wahida berdiri di atas bangunan menatap langit dengan tatapan kosong. Hari ini sudah hari ketiga selepas dia diberitahu mengenai keadaannya sekarang. Dia benar-benar pasrah dan seperti sudah tidak sanggup lagi untuk hidup. Selangkah demi selangkah dia berjalan dan kini sudah berada di hujung atap bangunan tersebut.
" Apa nak jadi, jadilah... Aku lelah ", katanya dan bersiap-sedia untuk terjun.
Belum sempat dia terjun, tangannya sempat ditarik oleh seseorang dari belakang. Dia pun melihat orang yang menyelamatkannya dan terus menepis setelah mendapati orang itu lelaki. " Cuba bunuh diri ya? ", soalnya. " Jangan masuk campur ", kata Wahida dengan suara mendatar. Dia malas mahu berkomunikasi dengan orang sekarang.
" Kalau macam tu, hidup ni tak akan menyeronokkan tanpa kau ", katanya. Wahida memandang sinis lelaki itu lalu memandang ke langit yang gelap. Lelaki itu pun membalas dengan senyuman sinis juga dan cuba mendekati Wahida. Tetapi sayang, Wahida lebih pantas bertindak. Dia menendang lelaki itu sehingga terjatuh.
" Kalau kau fikir untuk apa-apakan aku, kau salah ", kata Wahida dengan tegas. Lelaki itu pun bangun perlahan-lahan sambil ketawa berdekah-dekah. " Ya, betul. Aku salah, maaf, tapi aku berbangga dapat berjumpa kau sekali lagi ", katanya. Wahida menyilangkan tangannya dan memandang lelaki itu dengan tajam. Ada yang aneh tentang lelaki misteri itu.
" Siapa kau? ", tanya Wahida. " Hei, bukankah kau dah masuk dalam senarai game itu? Kau lupa ke? ", tanya lelaki misteri itu semula. Bulat mata Wahida mendengarnya. Tak mungkin semudah itu Pembuli menemuinya! Kali ini, lelaki itu sangat berlagak di depan Wahida. " Kalau aku tekan tanda start ni, game kita akan bermula ", katanya lagi sambil menunjukkan handphone miliknya.
Mendengar kata-kata itu, Wahida terus bersiap-sedia. " King... ", katanya perlahan. " Santai kawan, baru je tadi kau cakap kau tak boleh diapa-apakan, jadi sekarang kenapa kau mesti resah sekarang? ", kata King dengan santai. Lelaki itu pun menekan perkataan Start pada telefonnya dan menyimpan semula ke dalam poket seluar. Kemudian, dia mengeluarkan sebilah pisau tajam dari jaketnya. Suka benar dia melihat keadaan Wahida yang sekarang.
Lelaki itu pun terus menyerang Wahida. Wahida dengan pantas mengelak daripada serangannya. Dan, bermulalah pertarungan sengit antara mereka berdua.
Sementara itu, kelihatan Ali dan Farah sedang bertarung dengan Pembuli yang tiba-tiba sahaja mengepung mereka berdua yang berada dalam perjalanan untuk mencari Wahida. " Haish, tak guna! Time ni jugaklah diaorang nak kejar! ", marah Ali. Ali pun menekan pedal minyak dan melanggar semua motorsikal yang menghalang laluan mereka di depan. Ya, ini adalah aksi ngeri tetapi dia terpaksa melakukannya untuk selamatkan diri mereka berdua.
Ali membawanya dengan kelajuan penuh. Farah terpaksa memakai tali pinggang demi menjaga keselamatannya. Tak rilex mereka punya perjalanan kali ini. Tiba-tiba, ada sebuah lori muncul dari persimpangan. " Ali!! ", jerit Farah. Ali pun cepat-cepat memusingkan stereng kereta untuk mengelak daripada lori yang tiba-tiba muncul itu dan kereta yang dinaiki mereka pun melanggar bahu jalan sebelum terbalik. Namun, keadaan mereka baik-baik sahaja, hanya kereta sahaja yang rosak sekarang.
" Cepat keluar dari sini ", kata Ali. Dia cuba membantu Farah membuka tali pinggang. " Kau keluar dulu Ali pastu cuba buka kereta dari luar ", kata Farah. Ali pun menurut kata-kata Farah lalu keluar dari kereta terlebih dahulu. " Eh, kau cuba keluar ikut pintu aku ni. Cepat! ", gesa Ali. Farah pun menurut tanpa sebarang kata. Akhirnya, mereka berdua berjaya keluar dari kereta tapi malangnya, mereka sekarang telah dikepung oleh lori tadi yang merupakan milik Pembuli dan di belakang mereka adalah Pembuli yang menunggang motorsikal.
" Wah, ramai ni. Kita berdua. Macam mana ni? ", bisik Farah. Ali hanya mendiamkan diri kerana dia juga buntu sekarang bagaimana mahu menghadapi mereka semua.
Dalam keramaian itu, datang seorang lelaki yang sangat tampan mendekati mereka berdua. Lelaki itu adalah Haikal yang pernah berjumpa dengan Farah. " Wah, permainan akan menjadi seru kalau macam ni ", katanya sambil tersenyum sinis.
***
Wahida ditendang sehingga bersandar pada dinding dan cuba menahan pisau yang diacukan oleh King kepadanya. " Kalau nak aku mati, kenapa halang aku bunuh diri!? ", tanya Wahida. " Sebab permainan ini jadi kurang menyeronokkan kalau kau mati macam tu saja. Bukan ke lagi baik mati dalam tangan aku sahaja? ", balas King. Wahida pun menendang lutut King dan merampas pisau itu daripada tangannnya. Dia pun tersenyum sinis.
" Haih, nampaknya kau yang akan mati dalam tangan aku malam ni ", kata Wahida. Dia pun cuba menikam dada King tetapi King sempat menahan serangan itu. " Wah, Ida. Kau betul-betul dah tak sehebat dulu. Kau lambat ", ejek King. Mendengar ejekan itu, Wahida hanya tersenyum lebar. " Bukan kau yang lemah ke? ", balas Wahida. King pun menendang perut Wahida sehingga Wahida jatuh tergolek.
" Aku? Lemah? Kau salah! Kau tu yang lemah! Kau lupa ke siapa yang bunuh kawan-kawan kau!? Engkau yang gagal selamatkan kawan-kawan kau!! Bukan macam tu? ". Sengaja King melemahkan hati Wahida dengan kata-katanya agar dia goyah. Wahida terbatuk-batuk sambil memegang perutnya yang baru ditendang oleh lelaki gila itu dan cuba untuk bangun. Kuat tendangan lelaki itu kali ini.
' Tak boleh jadi ni! ', bisik hati Wahida.
" Oh ya, macam mana kau nak selamatkan dua detektif yang terlibat dalam game kita ni ek? Di saat kau sedang bersenang-lenang di sini, mereka berdua sedang disusahkan oleh Pembuli ", kata King lalu ketawa berdekah-dekah. Wahida yang mendengar hal itu pun berasa sangat marah tetapi dia cuba mengawal dirinya. " Apa kau cakap? Game kita? Bukan game kau ke bodoh!? ", kata Wahida. Lelaki itu pun menendang kepala Wahida sehingga tersembam di atas lantai atap itu. Gelap sekejap pandangan Wahida akibat serangan itu. Melihat keadaan itu, King terus mengambil peluang menikam perut dan dada Wahida.
Darah pun memancut-mancut keluar dari tubuh kecil milik Wahida. ' Sakitnya ya Allah ', bisik hati kecilnya selepas ditikam oleh King. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak mampu. Dia benar-benar sudah kehilangan tenaganya. " Macam mana? Sakit kan? Wah, nampaknya kau memang takkan mampu halang aku. Kau betul-betul dah patahkan harapan mereka yang mengharapkan kau untuk bunuh aku ", kata King dengan angkuh.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...