" Ok, seterusnya kita melihat kepada jenis permainan tradisional di Malaysia. Awak semua mesti tak sempat dengan permainan tradisional sebab zaman awak kan era moden. Betul tak?". " Taklah puan. Kitaorang sempat je dulu ", kata seorang lelaki bernama Muaz. " Haah puan. Dulu kitaorang main gasing ", kata pelajar lelaki yang lain pula. Puan Rina berasa terhibur melihat pelajar-pelajarnya yang tidak mahu kalah. " Ouh, jadi awak sempatlah dengan zaman tradisional ni. Yang perempuan sempat tak main? Biasa orang perempuan dia main congkak, main ketinting...betul tak? Ke tak kenal? ".
" Kenal je puan. Pernah laa main time budak sekolah dulu ", kata Anis. " Baguslah awak semua sempat lagi dengan permainan tradisional sebab kalau kita tengok zaman sekarang ni, dia lebih kepada game kat telefon. Betul kan? Umur baru 3 tahun 4 tahun ada yang ibu bapa bagi gajet. Sebenarnya itu semua tak bagus untuk kanak-kanak yang mahu membesar ni...".
Shafiyah yang mendengar celoteh Puan Rina hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Dalam otaknya, dia sedang mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya yang sedang bermain teng-teng dengan beberapa orang kanak-kanak lelaki. Kemudian, bermain batu seremban dan congkak. Dia tergelak kecil kerana terhibur. Nurul yang berada di sebelahnya pun menegur, " Eh, asal gelak? ".
Shafiyah yang seperti baru tersedar dari tidur pun menggelengkan kepala. " Cuma teringat je masa kecik-kecik dulu main ", jawab Shafiyah sambil tersenyum. " Ouh ".
Mereka pun kembali fokus terhadap pengajaran Puan Rina. Tetapi, Shafiyah tidak dapat menumpukan perhatian yang penuh kerana dia sudah mengantuk dan tersengguk. Selalu begitu ketika dia berada dalam kelas. Bukan dia nak tapi memang secara automatik dia akan mengantuk dan tertidur dalam kelas. Dan sedar-sedar, kelasnya sudah habis.
Entahlah kenapa, tubuhnya semakin hari semakin lemah dan semakin penat. Mungkin kerana tidak cukup tidur dan kurang makan. Yalah, kehidupan di universiti bukanlah seindah yang disangka. Banyak yang memerlukan tenaga untuk ke sana ke mari dan tenaga untuk berfikir lagi. Tengok, berfikir pun kena pakai tenaga. Shafiyah pun bangun dengan lemah dan terus keluar.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...