Bab : 25

9 1 0
                                    

    Saleha akhirnya tiba di rumah setelah 2 minggu dia tidak pulang kerana sibuk bekerja dan menguruskan keluarganya. Itupun dia pulang hanya untuk melihat keadaan ibu bapanya, yang dia sangka akan terkejut seperti dirinya setelah mengetahui ingatan Wahida dah kembali. 

" Assalamualaikum ". 

    Puan Aminah yang sedang sibuk membaca Quran di ruang tamu pun berhenti apabila mendengar suara seseorang memberi salam. Dia pun bangun dan membuka pintu. 

" Umi ".

  " Masuk dulu sayang ", kata Puan Aminah. Dia menjemput anak sulungnya untuk masuk  ke dalam rumah terlebih dahulu. 

   " Umi, ada benda nak tanya ni. Pasal Ida. Dia dah..". Belum sempat Saleha menghabiskan kata-katanya, Puan Aminah terus memotong. " Umi tahu ingatan dia dah kembali. Alhamdulilah ". Saleha terkejut melihat reaksi ibunya yang tenang. Dia ingat ibunya akan nampak sedih. " Umi.. tak terkejut ke? ". Puan Aminah menggelengkan kepala. " Sekarang umi dah redha. Umi dah terima atas apa yang dah jadi dan sedar semua yang umi ada hanyalah pinjaman. Dan, sepatutnya, dia kena tahu dia anak angkat awal-awal. Tapi sebab masa tu umi terikut emosi umi, umi diam je ". Saleha yang mendengar kata-kata ibunya sedikit sebanyak menenangkan dirinya. 

" Eh kak long dah balik? ", tanya Wahida yang kebetulan baru keluar dari bilik. Wahida pun berjalan ke arah mereka berdua dan duduk di sebelah Puan Aminah. Saleha hanya menunduk, tidak mampu memandang muka Wahida. " Kak long... erm..". Wahida kelihatan janggal ingin memanggil Saleha dengan panggilan itu. " Kak long, Kak long minta maaf kat Ida sebab tak cerita kat awak masa awak call haritu. Tak mampu nak jawab apa-apa ", kata Saleha. Dia juga berasa sedikit janggal membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Long kepada adik angkatnya yang sudah tahu siapa dirinya. 

   " Eh takpe ", balas Wahida. Situasi di antara mereka kelihatan sangat janggal dan Puan Aminah yang perasan hal itu hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. " Awak berdua ni, buat biasa jelah. Macam sebelum ni. Tak perlu nak rasa janggal sangat ", tegur Puan Aminah. Mereka berdua hanya tersengih malu. " Dah, umi nak ke dapur jap buat air ". " Ok umi ", balas mereka berdua serentak. 

   " Umi dah cerita dah semua yang terjadi kat Shafiyah. Ida bersimpati dengan apa yang berlaku kat dia ", kata Wahida. " Terima kasih. Sorry au sebab tak cerita pasal dia time tu ", kata Saleha pula. " Eh takpe, saya yang patut berterima kasih sebab sudi terima Ida sebagai ahli keluarga ni. Dan, maaf atas semua kekurangan Ida sepanjang Ida jadi adik kak long. Kadang, kita gaduh, teruk jugaklah...bentak apa semua. Minta maaf tau ", kata Wahida dengan penuh rasa bersalah. Saleha hanya tersengih. " Kan betul kau tu cuma anak pungut. Dari dulu kak long dah beritahu, kau je tak cayer ", usik Saleha. Entahlah kenapa, tiba-tiba Wahida berasa geram mendengar kata-kata itu. 

   " Pembetulan sikit ya. Anak angkat yang sah, bukan anak pungut ". Saleha tergelak dan mengusik lagi. " Samalah tu. Tak yahlah nak mendefinisikan secara spesifik! ". Wahida pun menyilangkan tangannya dan ketawa dengan hati yang tidak ikhlas. " Woo ahahahah, rasa menyesal pula minta maaf tadi ". " Takpe dik, kak long tahu kau minta maaf dengan hati yang ikhlas tadi. Kak long terima permohonan maaf anda tadi dengan hati yang terbuka. Alhamdulilah, sedar pun diri kau ". Sengaja Saleha memanaskan lagi hati Wahida. Wahida pun mengambil bantal kusyen di sebelahnya dan terus membaling ke arah Saleha. Betul-betul kena tepat pada wajah Saleha!

" Tunggu kau! ". Maka bermulalah peperangan antara mereka berdua. Puan Aminah yang berada di dapur hanya tersenyum mendengar suara mereka berdua bergaduh. ' Akhirnya rumah ni bising semula setelah sekian lama. Ya Allah, sungguh aku rindu momen-momen ini ', bisik hatinya. Dia pun keluar dari dapur dengan membawa dulang berisi cawan dan tiba-tiba sahaja, sebuah bantal singgah pada mukanya menyebabkan dia terkejut lalu terlepas dulang itu. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now