Bab : 24

9 0 0
                                    

    Pagi itu, Wahida menyediakan sarapan untuk ibu bapa angkatnya. Dia berniat untuk memulakan kehidupan baru bersama ibu bapa angkatnya. Puan Aminah yang baru keluar dari biliknya tersenyum melihat Wahida yang menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. " Sayang buat breakfast apa pagi ni? ", tanya Puan Aminah. " Ouh, ni roti telur je umi. Air kopi ", jawab Wahida sambil tersenyum. Dia pun menuangkan air kopi ke dalam cawan, khas untuk ibu bapa angkatnya. 

   Tidak lama selepas itu, Encik Amin pula keluar dari bilik. Melihat suaminya yang baru keluar dari bilik, Puan Aminah pun memanggilnya untuk duduk di meja makan bersama. Encik Amin hanya menurut sahaja kemahuan isteri tercintanya itu. " Lama dah tak makan sama-sama sejak anak-anak kita dah besar ni ", kata Encik Amin. " Dah sebelum ni? ". Sengaja Wahida bertanya. " Sebelum ni kami berdua je. Ahahahahahah...romantis bersama isteri tercinta ". Seloroh Encik Amin. Puan Aminah dan Wahida pun tergelak. 

  " Ouh haah. Kak Saleha..jadi ke balik rumah hari ni? ", tanya Wahida. " Insha Allah balik. Macam pelik je kalau Ida panggil dengan nama panggilan macam tu. Panggil macam biasa je ", kata Puan Aminah. Wahida hanya tersengih malu. Entahlah kenapa, dia berasa segan dengan mereka berdua selepas ingatannya kembali. " Jemput makan umi, abah ", kata Wahida. Mereka berdua tersenyum bahagia dan mula menjamah roti telur itu. 

                                                                               ***

    Wahida masuk ke biliknya dan membuka laptop untuk menyiapkan kerja assigmentnya. Dia harus menggunakan hari Sabtu dengan baik bagi menyiapkan tugasan assigmentnya. No apa-apa gangguan walaupun teka-teki yang sedang bermain dalam fikirannya. Dia pun membuka salah satu buku rujukannya dan mendapati ada sekeping nota kecil di situ. 

- TOLONG - 

   Dia mengerutkan dahi. ' Apa ni? '. Dia pun membelek helaian yang lain tapi tiada apa-apa nota yang lain selain daripada itu. Dia pun menyimpan nota itu di dalam buku notanya. ' Haih, time aku semangat nak fokus buat kerja yang lagi penting macam ni lah ada je yang kacau ', rungut hatinya. Dia pun mengabaikan nota kecil itu dan menyiapkan assigmentnya yang tinggal setengah je lagi untuk siap. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Di sebuah bangku di taman, kelihatan sepasang suami isteri sedang bergurau-senda di situ. Tapi, itu bukanlah suami isteri yang sebenar, yang mana sedang dating dan membuat perkara-perkara yang kelihatan romantis. Itu hanyalah penyamaran bagi menjaga identiti Farah dan Profesor Bad. Dan dalam penyamaran itu, Farah terpaksa menjadi isteri solehah yang mengenakan jubah, jilbab dan purdah berwarna hitam manakala profesor pula menjadi suami yang matang dan kelihatan berdedikasi, sesuai dengan penampilannya pada pagi itu. 

" Maklumat apa yang profesor nak beritahu masa tu? ", tanya Farah sambil membuat aksi yang comel. " Ahahahahahah, sayang ni comellah ", puji Profesor Bad sambil mengusap kepala Farah. " Ida dah kembali ", katanya dengan suara perlahan. " Dia hidup lagi? ", tanya Farah. Profesor Bad pun menjentik dahi Farah dan menganggukkan kepala sedikit. Geram dengan tidakan itu, Farah pun bangun lalu menendang kaki profesor berumur itu. " Aduh, sakit. Janganlah marah sayang. Gurau je ". Profesor Bad cuba memujuk. 

   " Bodohlah kau! Sakit tahu tak!? ", marah Farah tapi suaranya diperlahankan. Profesor Bad pun menggosok dahi Farah dan memegang bahu Farah. " Masalahnya kamu yang bodoh! Time game ni start laa baru kau nak jumpa aku ", balas profesor dengan suara perlahan. Bimbang Pembuli yang sedang memerhatikan mereka sekarang mendengar perbualan mereka. Farah pun memaut lengan ' suaminya ' dan mencubit dengan kuat sambil berjalan bersama. Profesor mahu menjerit kerana sakit tapi cepat-cepat tangan Farah menekup mulutnya. " Shh..". " Sakit tahu tak!? ".  " Dengar sini profesor. Aku kerja masa hari tu. Malam tadi pun busy. Pagi ni je free sebab takde terima kes baru lagi. Sebab tu tak boleh jumpa kau ", beritahu Farah. 

  Profesor Bad hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Penat dia melayan tingkah Farah. " Sekarang dia kat mana? ", tanya Farah. " Maklumat yang saya jumpa ialah dia merupakan pelajar UPM. Dia juga hilang ingatan dan dia ingat dirinya adalah Shafiyah ". " I see...Shafiyah yang level Saksi, yang pernah meninggal sepuluh tahun yang lalu? ", soalnya lagi. Profesor pun menganggukkan kepala. Mereka berdua pun terus berjalan sehingga sampai ke tempat parking kereta. Profesor membuka kunci keretanya dan mereka pun masuk ke dalam kereta tersebut. 

   " Bukak aircond, panas ni ", kata Farah. " Sabarlah, aircond baru bukak, awak nak dia cepat-cepat sejukkan kereta ni ". Farah hanya diam sahaja. " Jadi sekarang ni, awak mesti cari dia sebelum King dapat dia ", kata Profesor Bad. " Faham. Ouh ya, lagi berapa minit game ni nak habis? Saya betul-betul ngantuk ni ". Profesor Bad melihat jam tangannya. " Lagi sepuluh minit lagi habislah ". " Sepuluh minit ni rasa macam sepuluh jam je ", rungut Farah. Profesor Bad tergelak kecil mendengar rungutan itu. Kadang, Farah boleh jadi orang yang menyebalkan baginya, kadang, dia terhibur mendengar rungutan Farah. ' Perangai budak zaman sekarang.. ', bisik hatinya sambil menggelengkan kepala. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now