Bab : 31

10 0 0
                                    

     Wahida tergesa-gesa menuruni anak tangga. Dia mahu cepat-cepat menghilang dari pandangan Fakrul. Kalau boleh, mahu buat seperti magik. Suppp, terus hilang. Dia pun terus melarikan diri ke sebuah lorong gelap dalam bangunan itu yang berhubung dengan bangunan lain. Jarang orang lalu di situ sebenarnya atas sebab yang dia sendiri tak tahu. 

    Tiba-tiba, dia terlanggar seorang wanita tanpa sengaja sehingga bukunya terjatuh. " Opps, sorry awak! Saya tak sengaja! ", kata Wahida lalu membantunya mengutip buku-buku yang terjatuh. Wanita itu pula hanya senyap, tak berkata apa-apa melainkan mengutip buku. Selepas selesai membantu wanita itu, Wahida pun tergesa-gesa mahu pergi tapi tangannya sempat diraih oleh Wahida. " Awak tertinggal sesuatu ", katanya lalu memberikan sekeping nota. Wahida pun mengambil nota itu dan menyimpannya di dalam handsock yang dia pakai lalu pergi dari situ. 

" Weh, kau bawak tak apa yang aku suruh bawak!? ". 

    Kelihatan, seorang lelaki berbaju kemeja hijau sedang dibuli oleh rakan-rakan kampusnya di belakang bangunan. Dia hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan bagi soalan orang yang membulinya itu. " Eh budak ni! Kau ni memang nak kena lagi!! ", marah Kim, orang yang mengetuai geng itu dan orang yang membuli lelaki itu. " Pegang dia! ", arah Kim kepada dua orang kawannya. Dua orang kawannya pun memegang lengan kiri dan kanan mangsa buli mereka. Kim pun terus memberi satu tumbukan padu pada wajah mangsanya. Tak cukup dengan itu, dia pun menumbuk di bahagian perut berkali-kali sehingga mangsanya itu jatuh tidak berdaya. 

" Lain kali, kalau aku suruh bawak, kau bawak lah! ", marahnya lalu menendang tubuh lelaki itu. 

    Wahida yang kebetulan lalu di situ dan melihat situasi itu terus menolak tubuh sasa Kim sehingga jatuh. Semua yang ada di situ terkejut melihat Kim jatuh untuk kali pertamanya akibat ditolak oleh seorang perempuan. Kim yang berasa air mukanya jatuh pun cepat-cepat bangun dan terus mendekati Wahida. " Siapa kau yang berani sangat tolak aku? ". 

    Wahida menyilangkan tangannya dan memandang Kim dengan tajam. " Lepaskan dia atau kau yang akan masuk hospital nanti ", ugut Wahida dengan penuh yakin, tanpa ada rasa takut sedikit pun. Kim pun ketawa terbahak-bahak mendengar ugutan gadis kecil yang tiba-tiba muncul. " Nampaknya kau tak kenal aku ye pompuan. Emm...aku rasa aku tak nak lah lepaskan dia ", ejek Kim. " Salah fakta. Kau tu yang tak kenal aku ", kata Wahida dengan selamba. 

" Baik awak pergi je dari sini. Tak perlu nak berlagak hero. Perempuan tak sepatutnya ada kat sini ", kata Idham, mangsa buli kumpulan lelaki sasa itu. Dia tidak mahu ada orang lain campur tangan dalam kesnya ini. 

   " Kau dengar kan apa dia kata? Kau tak sepatutnya ada di sini. Ini hal lelaki, bukan perempuan. So, baik kau pergi sementara aku bagi peluang ni ".

    " Aku akan lawan dengan korang. Kalau aku menang, kau tak boleh buli orang lain lagi. Kalau aku kalah, kau teruskan saja aktiviti kau nih ", kata Wahida sambil menggerakkan lehernya ke kiri dan kanan. Dia nampaknya sudah bersedia untuk menghadapi 3 orang lelaki itu. " Wah, kau nak lawan dengan aku ke budak pendek? ", ejek Kim lagi. " Iyer, sekali dengan kawan-kawan kau ni ", kata Wahida dengan tenang. " Baik, aku terima dan aku takkan pukul kuat ", kata Kim. 

   Kim pun memberi satu tumbukan kepada Wahida tapi Wahida sempat menahan tumbukan itu dengan tenang. Wahida memberikan senyuman sinis kepada Kim sebelum dia mematahkan pergelangan Kim. 

Krakk! 

   Kim berteriak sakit. Tapi dia tak mengalah dan menggunakan sebelah tangannya pula untuk menyerang. Wahida dengan pantas memusingkan badannya, menangkap tangan Kim dan terus menarik tubuh sasa itu sehingga jatuh. Melihat Kim yang mudah dijatuhkan oleh Wahida, terus dua orang kawannya pun datang menyerang Wahida. Namun, nasib mereka sama sahaja dengan Kim. Tewas dalam tangan seorang perempuan yang kelihatan lemah dan tak berdaya. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now