" Cari Farah ".
Wahida mengerutkan dahi. " Kenapa? ", soalnya. " Bukankah yang itu pesanan yang ditinggalkan Aniq? ", tanya Encik Ali. Wahida pun baru teringat pesanan itu. " Masa semakin suntuk Ida. Kamu kena cari dengan cepat sebelum dia ditangkap oleh King ". Wahida menundukkan kepala dan berfikir sejenak.
" Tapi macam mana nak cari? Saya tak kenal dia ", kata Wahida.
" Senang sangat nak cari dia. Rasanya kalian pernah bertemu, tapi kamu sahaja tak perasan ".
Wahida mengeluh panjang. Beratnya hati dia nak selesaikan teka-teki ini sambil memikul tanggungjawab sebagai pelajar. " Dan semua maklumat ada dalam pendrive merah yang ditinggalkan Aniq sebelum dia mati. Kamu tak tengok sampai habis ke? ", tanya Encik Ali. Wahida menggelengkan kepala sambil tersengih. " Haih, ubahlah sikap kamu ni. Masih lagi tak cakna ". " Baik tuan. Apa yang berlaku kepada Aniq? ", tanya Wahida. " Yang kamu boleh jangka, dia mati dalam tangan Pemburu ketika nak sampaikan pendrive merah ke dalam tangan kamu ". Wahida teringat ketika dia terjumpa dengan sebuah kereta yang dalamnya ada seorang lelaki yang sedang nazak.
" Saya pernah jumpa Aniq sebelum ni. Dia mati dalam kereta, depan mata saya. Masa tu, saya baru nak tolong ", kata Wahida. " Yang kamu jumpa itu bukan Aniq, tapi Rahman. Aniq mati dalam sebuah letupan untuk menyelamatkan Rahman sekaligus menyelesaikan misi mereka ". Wahida mengerutkan dahinya. " Tuan tahu? ", tanya Wahida. " Setiap kejadian pembunuhan yang berlaku antara Pembuli dan Mangsa akan sentiasa dirakam sebagai laporan kepada King ". Wahida pun menganggukkan kepalanya. " Dan laporan itu sebenarnya sangat mudah untuk saya dapatkan. Oh ya, saya patut beri kamu amaran. Tolong berhati-hati dengan orang di sekeliling kamu, terutama dengan orang yang memperlakukan kamu dengan baik. Bimbang kamu akan masuk ke dalam perangkap yang telah mereka sediakan ", pesan Encik Ali.
" Baik tuan ". " Dan bersiap-sedia untuk setiap yang akan berlaku pada masa akan datang ".
***
Wahida memasukkan pakaian kotornya ke dalam mesin basuh. Sebelum memasukkan pakaiannya, dia lebih gemar menterbalikkan pakaian supaya warna baju tidak luntur dan akan memeriksa poket supaya tidak ada tisu atau barang-barang lain. Ketika sedang menterbalikkan handsocknya, dia terjumpa sekeping nota. Cepat-cepat dia membuka nota itu.
" Saya Farah ".
Wahida terkejut membaca nota itu. Dia pun teringat momen yang dia pernah terlanggar seorang perempuan ketika sedang melarikan diri daripada Fakrul. " Haishh!! ". Dia terlambat membaca nota itu! Betul kata Encik Ali siang tadi, mereka sudah pernah bertembung, hanya saja dia yang tidak perasan. Dia cuba mengingati wajah perempuan itu. Ya, dia akhirnya cam juga siapa Farah. Hanya tinggal untuk mencarinya sahaja.
Di makmal...
" Apa tujuan dia? Pasti ada sebab di sebaliknya ", kata Prof. Bad. " Aku pun rasa macam tu ", balas Farah. Sungguh dia tidak puas hati dengan apa yang terjadi hari ni. Dia benar-benar cuai! " Yang lagi pelik, bila dia lepaskan kamu ", celah Sarah.
" Haihhh... Sepanjang saya perhatikan Ida, saya perasan Ida dikelilingi oleh Pemburu sambil dipantau oleh Haikal ", cerita Farah. " Adakah mereka sudah tahu tentang Wahida? ", tanya Prof. Bad. Farah menganggukkan kepala. " Tapi mereka nampak macam tengah tunggu masa Ida untuk tunjukkan dirinya yang sebenar sebelum menyerangnya. Terutama sekali Geng Princess. Aku ada ternampak Geng Princess culik Ida satu malam tu. Tapi aku tak sempat nak selamatkan Ida sebab ada seseorang pukul aku dari belakang sampai pengsan. Sedar-sedar, kereta tu dah takde dan aku hilang jejak Ida ", ceritanya lagi.
" Takpe, at least kita dah tahu yang mereka dah sedar itu adalah Ida. Sekarang kita harus mencari jalan untuk keluarkan Ida dari situ ", kata Prof. Bad. Farah hanya diam sahaja. Sungguh, dia telah cuai dan telah membahayakan mereka semua sekarang. Sangat mengecewakan! " Untuk sementara ni, kau jangan ke sana lagi untuk beberapa hari. Haikal dah jumpa kamu sekarang dan pasti akan menjebak kamu dalam perangkap dalam tempoh terdekat ini. Kita mesti lebih berhati-hati ".
" Kalau macam tu, biar saya yang turun padang ", celah Sarah.
Farah dan Prof. Bad terus memandang Sarah dengan terkejut. Yalah, sebelum ini, mana pernah Sarah membahayakan dirinya. " Lagipun saya tidak lagi bertembung dengan mana-mana pemain dalam game ini. Jadi ia lebih mudah untuk saya menyelinap sekaligus boleh menyelamatkan Ida ", kata Sarah. " Risikonya besar ", kata Farah. " Saya sanggup menanggung risikonya Farah. Lagipun, sekiranya kita lambat bertindak, bukankah itu akan merugikan kita dan menyebabkan lebih banyak kematian? ", kata Sarah lagi dengan penuh keyakinan.
Prof. Bad bangun dan pergi dari ruang makmal tanpa berkata apa-apa pun. Kelihatan, hatinya berat untuk membiarkan pembantunya yang sudah dia anggap sebagai anaknya itu pergi. Farah dan Sarah yang melihat situasi itu hanya mampu diam sahaja. Tidak mampu untuk berkata apa-apa, hanya menunggu keputusannya nanti.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HorrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...