Bab :10

22 1 0
                                    

    Shafiyah memegang perutnya yang sudah berbunyi meminta makanan. Laparnya bukan main-main kerana pagi tadi dia tidak sarapan sehinggalah ke waktu petang ini. Dia ingat mahu meminta tolong kawan-kawannya yang ada kereta untuk membeli makanan. 

   " Eh, nanti jom kita pergi kedai cari barang. Banyak ni nak kena beli ", kata Anis. " Boless jah. Tapi kena buat senarai dulu nak beli apa-apa. Kang nanti duit tak cukup ", balas Ira. " Hoohlah weh. Sebelum pergi kedai, kita gi dulu kat ATM ambik duit. Nurul, jom ikut kitaorang sekali ", ajak Anis. Perbualan mereka bertiga didengari Shafiyah. 

   Shafiyah pun mendekati mereka bertiga di belakang dan bertanya, " Erm, korang nak pergi kedai kan? Boleh tak nak minta tolong belikan makanan? ". Anis bertanya semula. " Kafe tak buka ke? Biasanya kau makan kat kafe je ". Shafiyah menggelengkan kepala. " Tak buka hari ni. Tak tahu kenapa dia tutup. Boleh ke nak...". Belum sempat Shafiyah menghabiskan kata-katanya, Anis terus memotong. 

   " Argh tak boleh! Lagipun kitaorang nak pergi kat kedai yang takde makanan ". Shafiyah terus merayu dan merayu tetapi tak diendahkan langsung oleh Anis. Nurul dan Ira yang melihat hal itu berasa kasihan akan Shafiyah.

   " Anis, kesian sikit kat Shafiyah. Tak baiklah buat camtu kat dia ", tegur Ira. " Dah kita nak gi kedai bukan nak pergi cari makanan. Kita nak pergi cari barang untuk projek kita nanti. Malas nak pergi singgah kat tempat lain. Lagipun kedai makan tak buka sekarang! ", lenting Anis. " Kalau belikan roti saja tak boleh ke? ", tanya Shafiyah lagi. Dia cuba meraih simpati. 

   " Tak! Tak boleh! Kalau nak, minta tolong orang lain! ", kata Anis dengan suara yang tinggi. Shafiyah pun tunduk lalu pergi. 

   Hatinya sangat terguris akan sikap Anis. Kalau dia ada kereta atau motorsikal sendiri, sudah lama dia akan pergi sendiri dan tidak meminta tolong orang macam ni. Dia menggenggam buku lima. ' Menyampah betul! Haih, ya Allah, aku lapar sangat. Dengan siapa lagi aku nak minta tolong? Diaorang je yang ada kereta untuk ke kedai. Orang lain takde pun kereta. Nak minta orang lain punya makanan, segan. Ya Allah, boleh ke kau balas semula perbuatan Anis? Biar dia rasa apa yang aku rasa pada saat ini! Hurm, ya Allah tolonglah aku. Hanya kepada-Mu aku mengadu dan meminta pertolongan ', adu Shafiyah dalam hati. 

   Selepas kelas pada petang itu selesai, Shafiyah pun keluar dengan wajah yang sugul. Dia memandang Anis, Ira dan Nurul dari belakang lalu menggelengkan kepala tanpa sedar yang Nurul sengaja memperlahankan langkah demi mendapatkan Shafiyah. 

   Tangan Shafiyah dipegang oleh Nurul dan membuatkan Shafiyah terkejut. " Kenapa? ". " Shh. Erm, kalau awak nak minta tolong apa-apa, awak minta je dengan saya. Nanti saya akan cuba cari apa-apa makanan. Petang-petang macam ni payah nak cari masakan panas, kalau saya belikan roti je takpe tak? ". Shafiyah berasa terharu dengan Nurul. 

    " Takpe je. Asal boleh alas perut ", balas Shafiyah. " Tapi, tak tahu balik awal ke lewat. Takpe ke? ", tanya Nurul. Shafiyah menganggukkan kepala tanda ok. Nurul pun tersenyum lalu pergi. Shafiyah tersenyum sendiri. Dia berasa sangat gembira kerana doanya dikabulkan Allah. Tak sangka Allah telah hantar orang baik yang sudi membantunya dalam keadaan dia susah macam ni. Perkara ini mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang lain, namun bagi dirinya sangat besar. Dia akan sentiasa ingat tentang kebaikan Nurul terhadapnya. Mulutnya tak henti-henti mengucapkan syukur kepada Allah. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now