Wahida meletakkan kerja assigmentnya yang telah siap di atas meja pensyarah. Jantungnya berdegup kencang melihat wajah garang Encik Ali, tapi hatinya berasa sangat lega kerana telah menyiapkan kerjanya. Tapi belum sempat dia melangkah pergi, Encik Ali berdehem. Dia pun menoleh memandang pensyarah tegas itu sambil menelan air liur. " Sini ", panggil Encik Ali sambil memberi isyarat kepada Wahida. Wahida pun mendekatkan diri ke meja pensyarah.
" Saya nak awak betulkan balik assigment awak ni! Saya tak puas hati! ", marah Encik Ali lalu membaling kerja assigment itu ke wajah Wahida. " A...apa yang salah? ", tanya Wahida dengan suara ketar sambil membongkokkan badan untuk mengambil kerja assigmentnya yang sudah jatuh ke atas lantai. " Betulkan apa yang saya bulatkan dengan tanda merah. Saya nak kamu hantar kepada saya sebelum jam lima petang ini! ", kata Encik Ali.
Matanya mula berkaca. Dadanya berasa sebak. Sedih rasanya apabila diperlakukan sebegitu di depan khalayak ramai. " Saya dah pesan awal, sebelum hantar assigment, datang check dulu dengan saya! Ni tak datang jumpa saya pun untuk check kerja assigment! ", marahnya lagi. Wahida pun membalas, " Maafkan saya tuan ". Encik Ali hanya menggelengkan kepalanya lalu memberi isyarat kepada Wahida untuk pergi dari situ. Wahida pun berjalan dengan laju ke arah tempat duduknya sambil menahan air matanya daripada jatuh.
Semua yang berada dalam dewan kuliah itu hanya terdiam tidak terkata melihat amarah Encik Ali. Suasana menjadi senyap selepas melihat Encik Ali memarahi Wahida tadi.
Wahida pun melihat kerja assigmentnya. Wah, awal-awal muka surat depan lagi telah dibulat dengan pen merah. Pada bahagian namanya pula. Tapi, apa yang salah dengan namanya? Dia pun cuba menyemak dengan lebih teliti lagi.
NAMA : WAHIDA BINTI ABDULLAH
Wahida pun menepuk dahinya. ' Ya Allah, salah tulis nama sendiri! ', jeritnya dalam hati. Tapi, macam mana Encik Ali tahu? Dia pun memandang wajah garang pensyarahnya. Mereka bertentang mata sebentar. Kemudian, Wahida cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke kerja assigmentnya. Dia menyelak muka surat belakang bahagian pengenalan dan mendapati ada tulisan tangan pensyarahnya di situ.
Jangan membongkar identiti sebenar kamu di sini! Gunakan identiti palsu kamu itu. Di sini sarang PEMBULI!!!
Wahida terkejut membaca nota itu. Dia pun memandang semula Encik Ali, tapi nampaknya Encik Ali sibuk memarahi pelajar yang lain pula. ' Wah, macam mana Encik Ali tahu pasal aku? Takkan dia pun terlibat dalam game tu? ', bisik hati kecilnya.
" Shafiyah, kau salah bahagian mana sampai kena marah teruk dengan Tuan Ali tadi? ", tanya Nurul yang tiba-tiba muncul. Wahida pun menterbalikkan kerja assigmentnya. Harap, Nurul tidak nampak nota tadi. " Ah, tu, ada banyak perkataan yang salah ejaan je dengan tertinggal muka surat ", jawab Wahida. Dia yang daripada rasa nak nangis tadi tiba-tiba tak menjadi selepas membaca nota pensyarahnya itu. " Boleh aku tengok tak kerja assigment kau? ", tanya Nurul lalu memegang kerja assigment milik Wahida. " Eh, tak boleh! ", kata Wahida dengan tegas. " Ala.. tengok kejap je ", kata Nurul pula. " Sorry, tak boleh! Kali ni, tak boleh! ". Wahida cuba menghalang kawannya ini daripada melihat assigmentnya. Kalau dia tengok, habislah identiti Wahida!
" Apa yang kecoh sangat tu kat belakang!? Sampai sini saya boleh dengar suara awak berdua! Kalau nak buat kecoh ke atau bergaduh, sila keluar dari kelas ni! Kelas ni bukan tempat untuk orang yang bergaduh, ni tempat untuk orang yang nak belajar! ", tegur Encik Ali dengan nada tinggi. Serta-merta, Nurul pun kembali ke tempat duduknya dengan perasaan yang sedikit kecewa manakala Wahida pula berasa sangat lega kerana telah diselamatkan oleh Encik Ali. Tapi, dia ada juga rasa simpati terhadap Nurul.
***
Di dalam bilik...
" Shafiyah, bangun. Shafiyah, bangun! Solat Asar tak lagi ni!? ", kejut Kak Nabila. Shafiyah terpisat-pisat bangun dari tidurnya yang lena. Dia pun menggeliat dan membetulkan lehernya yang sedikit lenguh kerana tidur dalam posisi duduk di atas kerusi. Ya, nampaknya dia tertidur ketika sedang menyiapkan assigmentnya. Dia yang masih mamai pun melihat jam pada telefon pintarnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Terus dia berlari keluar dari bilik untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat asar sebelum bersiap untuk keluar menemui Encik Ali.
Sementara itu, kelihatan di dalam bilik pensyarah, kelihatan Encik Ali sedang menikmati pisang goreng dan teh halia panas sebagai minum petangnya. Suasana di situ sangat tenang sehinggalah dia terdengar bunyi ketukan pintu bilik yang disertai dengan suara orang memberi salam.
" Masuk ", kata Encik Ali.
" Tuan, saya sempat lagi ke nak hantar assigment saya? ", tanya Wahida dengan nafas yang tercungap-cungap. " Sangat sempat. Meh saya tengok ", kata Encik Ali dengan lembut. Wahida pun menyerahkan tugasannya kepada Encik Ali. " Excellent ", puji Encik Ali. " Alhamdulilah ", ucap Wahida dengan perasaan gembira. Dia sangat bersyukur kerana tidak dimarahi lagi seperti siang tadi dan mood pensyarahnya ini sangat ok sekarang. Tak sebengis semasa dalam dewan kuliah tadi. Berbaloi jugaklah rasa penatnya sekarang ini.
" Tolong tutup dan kunci pintu ", kata Encik Ali. Tanpa berfikir panjang, Wahida pun menuruti arahan Encik Ali.
" Hai Ida, maaf sebab garang sangat tadi dalam dewan kuliah. Panik saya bila tengok nama sebenar kamu tadi ", kata Encik Ali dengan suara lembut. Mendengar kata-kata pensyarahnya ini, dia teringatkan nota pada assigmentnya. Terus dia bertanya, " Macam mana tuan boleh kenal saya? Lama dah ke tuan perhatikan saya? ". Encik Ali tidak menjawab soalan Wahida, sebaliknya dia menghirup teh halia yang masih hangat sehingga habis.
" Mulai hari ini, berhati-hatilah. Kedudukan kamu, identiti kamu, sudah mereka tahu. Sekarang, apa yang kamu perlu buat hanyalah kawal emosi kamu, jaga identiti kamu dan bersikaplah seperti kamu tidak tahu apa-apa sebelum keadaan menjadi buruk. Sekarang, bukan masanya untuk kamu menunjukkan siapa diri kamu kepada musuh, tapi harus berjaga-jaga dan melihat sekeliling ", kata Encik Ali lalu mengambil tisu dan mengelap tangannya yang sedikit berminyak. " Erm, boleh saya duduk? ", tanya Wahida yang sedikit kepenatan. Encik Ali pun menganggukkan kepalanya.
" Dah dapat pendrive warna merah? ", tanya Encik Ali. Terbeliak Wahida mendengar soalan itu. " Jawab ya atau tidak. Tak perlu berikan eksperesi begitu ". " Ya, sudah ". Encik Ali pun tersenyum. " Baguslah, semoga kamu berjaya. Satu penghargaan saya dapat jumpa kamu secara depan-depan begini ", kata Encik Ali lalu bangun dan bersiap-sedia untuk keluar dari bilik itu. " Tunggu, siapa tuan sebenarnya? ", tanya Wahida.
" Bersikap seperti biasa bila di depan umum nanti. Terlalu banyak menunjukkan reaksi, akan membuatkan orang lain curiga dan senang menyerang kamu. Saya keluar dulu ", kata Encik Ali lalu keluar begitu sahaja. Wahida pula ditinggalkan dalam keadaan otaknya penuh dengan seribu persoalan mengenai Encik Ali.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
HororHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...