Bab : 23

5 0 0
                                    

  Wahida termenung memandang laptopnya. Niat awal dia membuka laptop tadi adalah untuk menyiapkan assigment tapi tiba-tiba, fikirannya melayang pula ke arah lain. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya kala ini. Pendrive merah! Ya, dia mahu tengok lagi isi yang ada dalam pendrive tu. Manalah tahu ada bukti yang melibatkan kematian Shafiyah. Tapi, dia seharusnya menyiapkan assigmentnya kerana Isnin ni dia perlu hantar kepada Encik Ali, yang merupakan pensyarah paling tegas  dia pernah jumpa. 

' Tapi..., haih... '. 

Dia menggelengkan kepala. " Tak boleh macam ni Ida! Kau mesti utamakan pelajaran dulu sebelum perkara lain! ", omelnya. Dia pun menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus nafas perlahan. 

   Dengan lafaz bismillah, dia pun memulakan pencarian yang diperlukan untuk menyiapkan assigmentnya itu sambil-sambil merujuk beberapa buah buku rujukan yang dia pinjam di perpustakaan tempoh hari. Sekurang-kurangnya, dia harus menyiapkan 10 muka surat malam itu sebelum melihat isi pendrive itu. Bagi menenangkan pemikirannya daripada terus mengingati pendrive itu, dia pun membuka Youtube Music untuk mendengar lagu. Dia memilih pun memilih lagu Kun Anta lalu membuat tugasannya dengan penuh kusyuk. 

   Secara tidak sedar, jam sudah pun menunjukkan pukul 12 tengah malam ketika dia telah berjaya menyiapkan 10 muka surat assigmentnya itu. " Alhamdulilah ", ucapnya kerana telah berjaya mencapai target untuk siapkan tugasan yang jauh lebih penting daripada teka-teki yang sedang bermain dalam otak kepalanya tadi. Setelah itu, dia pun membaca surah Al-Mulk terlebih dahulu kerana bimbang dia akan tertidur nanti selepas melihat isi lain dalam pendrive tanpa membaca surah Al-Mulk yang sudah menjadi tabiatnya sejak hilang ingatan. 

   Ya, hidupnya kini menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Hidupnya kini lebih Islamik sekiranya nak dibandingkan dengan dirinya yang dahulu, yang masih lagi jahil tentang ilmu agama. Bila dia teringat semula kehidupan lalunya yang tidak bertudung dan bebas, dia berasa sangat sedih dan terfikir adakah Allah akan menerima amal ibadahnya ini? Separuh hatinya berasa ragu, separuh hatinya pula yakin kerana teringat kisah taubat pembunuh yang membunuh 100 orang yang diterima Allah. Dan akhirnya, dia tersenyum sendiri. Mengingat kisah tersebut membuatnya dia lebih yakin dan selebihnya dia serahkan kepada Allah. 

   Selesai membaca surah Al-Mulk, dia pun mencucuk pendrive pada laptop. Kemudian, dia  menggerakkan anak panah untuk memilih fail yang ada dalam itu. Dia pun mengklik fail yang tertulis Tahun 2015. 

   Dalam fail itu, terdapat banyak lagi fail yang merekodkan beberapa kes yang berlaku pada tahun itu. Dia membuka salah satu fail dan terjumpa keratan akhbar BH mengenai kemalangan yang melibatkan dirinya malam itu. 

15 Jun 2024- Sebuah letupan berlaku di lebuhraya bahagian Jasin malam tadi dianggarkan berlaku pada pukul 2 pagi. Kejadian itu melibatkan sebuah dua buah kereta yang dipercayai berlanggar sebelum salah satu kereta itu meletup. 

Siasatan polis mendapati pemandu kereta Honda berwarna biru gelap mati dalam kejadian tersebut. Begitu juga dengan pemandu kereta Wira berwarna hitam. Siasatan juga mendapati pemandu kereta Wira mengalami kecederaan parah sebelum kemalagan itu berlaku.

  Wahida berasa pelik membaca keratan akhbar itu. Yalah, kalau diingatkan semula, dia juga terlibat dalam kemalangan malam itu. Tapi dalam akhbar ini, langsung tidak menyebut mengenai dirinya bahkan keretanya juga tidak ada. Wah, teka-teki baru lagi. Di manakah dia ketika ini? Ke ada orang yang selamatkan dia? Tapi siapa? Adakah Shafiyah yang menyelamatkannya malam itu dan menghilangkan jejaknya dalam kemalangan itu? Tapi dia langsung tidak profesional dalam menghilangkan jejak. Dia meneruskan dengan membaca muka surat seterusnya yang mempunyai keratan akhbar tapi dari syarikat Sinar Harian. Isinya pun lebih kurang sama sahaja. Dia terus pergi ke muka surat seterusnya sehinggalah ke muka surat 7, dia berhenti. Dia pun membaca dengan lebih teliti kandungan tersebut. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now