Bab : 26

3 0 0
                                    

    Di sebuah makmal rahsia, kelihatan Profesor Bad dan Farah sibuk berbual di meja sambil minum kopi.Topik perbualan mereka kelihatan sangat hangat. " Tapi profesor, kita kena buat DNA dulu untuk tahu sama ada dia ni Ida atau bukan ". Prof. Bad menghirup kopinya yang masih panas dengan penuh nikmat. Kemudian, dia memberi isyarat kepada pembantunya untuk membawakan sebuah fail. Pembantunya, Sarah pun mengeluarkan sebuah fail putih dari laci meja lalu memberikannya kepada profesor itu. 

   " Kamu boleh semak semua maklumatnya di sini ", kata Profesor Bad. Farah pun membuka fail itu. Dalam fail itu, tertera beberapa lampiran dokumen mengenai Wahida. " Hurm, lajunya keje. Macam mana boleh dapat DNA dia nih? ", soalnya lagi. " Kebetulan ada orang hantar Ida ke hospital.  Dan kebetulan, saya kena rawat dia ". Farah mengerutkan dahi apabila mendengar perkataan ' rawat '. " Maksudnya, dia sakit ke? ". Prof. Bad meletakkan cawan ke atas piring dengan cermat sebelum menjawab soalan Farah. 

   " Ya, dia insiden dan ada kecedaraan dalaman. Time dia masih tak sedar, kami mengambil sedikit sampel darah dan cop jari untuk check DNA dia. Lepas dia sedar, dia memang tak ingat kami. Kami ada buat appoiment dengan dia, tapi dia tak datang-datang ". " Jadi, nak suruh aku cari dia ke? ", tanya Farah. Prof. Bad menggelengkan kepalanya dan menjawab, " Perhatikan gerak-geri dia dan pastikan jauh daripada Pembuli ". Farah mencebik. 

   " Asal kamu ni? ", tanya Prof. Bad. " Padahal sepatutnya dia yang cari aku ", kata Farah. Ada nada yang tidak puas hati di situ. " Takpelah, nak buat macam mana. Keadaan dah jadi lain. Bukan seperti yang dijangka ", kata Prof. Bad. Farah pun bangun dan menuju ke bilik Ruangan Rehat. " Aku nak tido dulu. Aku tak tido lagi ni. Penat ", kata Farah sebelum melangkah masuk ke bilik itu. Prof. Bad hanya menganggukkan kepalanya sahaja sebelum menghirup kembali air kopi yang masih hangat. 


   " Kita kena jaga-jaga sekarang. Pastikan Farah bertemu dulu dengan Ida sebelum Haikal. Kalau tak, habislah kita ", kata Prof. Bad kepada Sarah. " Tapi dekat situ, Ida memang dikelilingi oleh Pembuli sekarang tanpa dia sedar. Peluang untuk kita pergi secara dekat, sangat tipis. Terutama sekali bila saya dengar tempat tu kawasan Geng Princess ", balas Sarah. " Saya akan cari cara ". 

                                                                                       ***

Imbas Kembali...

   " Geng, kita dapat kes baru! ", kata seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Hazim. " Wah, dah lama dah kita bercuti, akhirnya dapat jugak keje! ", respon kawannya, Ali dengan gembira. Setelah sekian lama mereka bercuti, akhirnya mereka akan disibukkan dengan kerja yang mencabar lagi. Farah yang mendengar hal itu pun mengeluh panjang. Manakan tidak, dia baru sahaja menyelesaikan kes pada seminggu yang lalu dan baru sahaja berharap ingin bercuti panjang seperti rakan-rakannya yang lain tetapi nampaknya tidak kesampaian. " Kita dapat kes apa? ", tanya Lisa. 

   Hazim pun membuka fail kes yang baru diterimanya. " Nampaknya, ni seperti kes pembunuhan ", kata Hazim. " Wow, interesting! Sangat mencabar! ", sorak Ali. " Happy sangat kau ", perli Farah lalu membaling pen marker tepat ke dahi Ali sehingga membuatkan Ali mengaduh sakit. " Sangat mencabar... ", kata Hazim dengan nada rendah. Riak mukanya jelas berubah setelah membaca isi fail dengan lebih lanjut. Hal itu membuatkan semuanya tertanya-tanya. 

" Kenapa? ", tanya Farah. 

    " Lain macam kes ni. Kes ni... kita kena berusaha cari target yang digelar sebagai King ", kata Hazim. " Ok, cari orang. Pastu apa citernya? ", tanya Farah. " Untuk pengetahuan semua, kita ditugaskan untuk mencari King yang telah mencipta sebuah game pembunuhan. Game ini ditubuhkan pada tujuh tahun yang lalu oleh seorang kanak-kanak lelaki dari Rumah Sinar, rumah anak-anak yatim ". Semua yang mendengar kes itu terkesima. Wah, masih kanak-kanak tapi sudah memiliki keperibadian yang buruk. " Dalam game ni, ada peringkat masing-masing. King, Pembuli, Mangsa dan Saksi. Pada awalnya, ia bukanlah bersifat sebagai pembunuhan tetapi hanyalah bersifat kes buli yang sentiasa berlaku pada kanak-kanak. Tapi, lama-kelamaan, kanak-kanak itu menjadi agresif sehingga melakukan pembunuhan. Pihak Rumah Sinar pun menghantar kanak-kanak itu ke Henry Gurney, tapi kanak-kanak itu berjaya melarikan diri dan sampai sekarang dia tidak dapat ditangkap oleh pihak polis. Game itu dinamakan sebagai Hide And Seek. Nanti korang bacalah sendiri maklumat kes ni ", kata Hazim. 

   " Aku rasa aku pernah dengar tentang Hide And Seek. Apa kata kalau kita biarkan sahaja kes ni? ", celah Lisa. " Hish, mana boleh! Kes ni mencabar kot! ", bantah Ali. Farah hanya diam sahaja melihat situasi itu dan bangun lalu pergi ke meja Hazim untuk membaca maklumat mengenai kes itu dengan lebih lanjut. 

   Tiba-tiba, Lisa mengacukan pistol ke arah Ali. " Pilih. Abaikan atau teruskan? ", tanya Lisa. Semua yang ada di situ terkejut. Apa yang membuatkan Lisa tiba-tiba menjadi agresif sehingga sanggup bertindak di luar kawalan?  " Lisa, turunkan senjata kau. A..aku cuma bersemangat je, kau dah kenapa tiba-tiba ni? ". Ali cuba menenangkan Lisa. 

Bang! Bang! 

   Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah Ali tapi dalam masa yang sama Lisa juga ditembak. " Rupanya ada musuh dalam selimut! ", kata Hazim. Lisa cuba bangun tetapi dirinya ditembak sekali lagi oleh Hazim. " Tidur di sini selamanya! ", kata Hazim dan mengajak Ali dan Farah keluar dari pejabat kecil itu sebelum tempat itu dibom. 

   Nampaknya, kes itu telah pun diketahui awal oleh Hazim sebelum dia menerimanya dan dia juga  mengetahui identiti sebenar Lisa. Bukan Hazim sahaja, Farah juga tahu. Hanya Ali seorang sahaja yang tidak tahu tentang hal itu. 

" Kita kena pergi dari sini! ", kata Hazim. 

   Ali masih terpinga-pinga dengan kejadian tadi. Dia masih tidak sangka, rakan sekerjanya sendiri merupakan musuh. 

   Sebuah kereta berwarna hitam tiba di tempat kejadian. Tingkap kereta diturunkan dan kelihatan ada seorang remaja yang kelihatan berusia belasan tahun di tempat pemandu. " Semua orang, masuk!! ", jeritnya. Tanpa melengahkan masa, mereka bertiga pun masuk ke dalam kereta itu lalu pergi dari situ. 

  Sejak itu, mereka akhirnya menjadi mangsa perburuan King dan terlibat dalam game itu secara tidak sengaja. Namun, daripada mereka bertiga, kini tinggal Farah seorang sahaja yang masih lagi bertahan sebagai Saksi dalam permainan itu. Hazim dan Ali pula sudah tewas di tangan Pembuli. 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now