Bab : 8

19 1 0
                                    


   Shafiyah berjalan-jalan di taman bersama beberapa orang kawan sekelasnya. Sangat membosankan kerana dia tidak ada topik yang menarik untuk berbual dengan orang lain dan tidak ada juga yang mahu berborak kosong dengannya. Jadi dia hanya mampu melihat skrin telefon tanpa membuka apa-apa apps. 

   Shafiyah berasa letih untuk meneruskan perjalanan jadi dia mengambil keputusan untuk duduk di bangku berdekatan. Nurul yang perasan akan hal itu pun bertanya, " Eh Shafiyah! Asal? ". " Aku penatlah weh. Aku rehat sini jap ", jawab Shafiyah. " Ok ", balasnya. 

    Dia pun melemparkan pandangannya ke arah sekumpulan kanak-kanak lelaki. Dalam kumpulan itu, terdapat seorang budak perempuan yang sangat comel. Shafiyah tertarik untuk terus memperhatikan mereka. 

   Mereka semua kelihatan sedang bermain permainan sembunyi-sembunyi di taman itu. Shafiyah hanya tersenyum lebar melihat permainan itu dan tiba-tiba dia pun berkata, " Hide And Seek ". Mendengar dirinya berkata sedemikian tanpa sedar tadi, kepalanya jadi sakit. Kenapa dia rasa Hide And Seek seperti familiar? Dalam masa yang sama, semua memori hitam putih bermain dalam kotak memori tetapi dia tidak nampak dengan jelas semua memori itu. Yang dia ingat hanya suara kanak-kanak bergaduh, menangis dan menjerit. 

   Apa yang terjadi kepada dirinya? Meskipun begitu, dia masih tidak dapat mengingat sesuatu dengan jelas berkait dengan Hide And Seek yang disebutnya tadi. Ada sesuatu ke yang dia langsung tak ingat pada masa lalunya? 

HIDE AND SEEKWhere stories live. Discover now