Shafiyah membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya yang menyilaukan matanya membuatkan dia menutup matanya kembali.
" Mujur dia hidup lagi doktor ", kata satu suara lembut milik seorang wanita.
" Hurm, tak sangka dia boleh bertahan sampai sekarang selepas kejadian itu ".
" Tapi doktor, dia ada kecederaan dalaman. Nampak macam baru lagi kena ni ".
Shafiyah cuba membuka matanya semula untuk melihat dia berada di mana dan ingin tahu apa yang terjadi pada dirinya. Usai membuka mata, dia mendapati tubuhnya penuh dengan wayar. ' Apa benda ni? '.
Seorang wanita bersanggul, memakai kot berwarna putih dan memegang fail kelihatan sibuk sedang melihat telefon pintar miliknya. Shafiyah pun bertanya, " Erm, kak, saya kat mana ni? ". Wanita itu pun menoleh ke arah Shafiyah dan tersenyum lebar. " Akhirnya awak dah sedar. Saya akan maklumkan kepada prof ". Dia pun keluar dari situ tanpa menjawab soalan Shafiyah.
Shafiyah memegang kepalanya yang tiba-tiba sakit. Tapi rasa sakitnya hanya sekejap dan sepertinya dia tahu dia berada di mana.
Tak lama selepas itu, seorang lelaki tua dan wanita tadi datang menjenguk Shafiyah. " Baguslah kamu dah sedar. Ada beberapa soalan yang kami mahu tanyakan ", kata lelaki itu. Shafiyah hanya menganggukkan kepala. " Ida pergi mana selama ni? Macam mana boleh hidup lagi? Dan apa yang berlaku lepas insiden tu? ". Bertubi-tubi soalan yang dia terima dan lagi pelik dia dipanggil dengan nama ' Ida '.
" Doktor, salah nama. Saya Shafiyah, bukan Ida. Erm, insiden apa? Apa maksud boleh hidup lagi? Saya tak faham dengan soalan-soalan doktor ". Shafiyah pula yang bertanya. Mereka berdua pelik. Shafiyah juga pelik melihat situasi itu. Sepertinya, ada yang salah.
" Awak tak ingat apa-apa tentang kami berdua ke? ", tanya wanita itu pula. Shafiyah menggelengkan kepala. Dia bingung. Apa yang berlaku? " Saya Profesor Bad, ini pembantu saya, Sarah ", beritahu Profesor Bad. " Dan kamu adalah Wahida, bukan Shafiyah. Mana kamu dapat nama tu? ". Shafiyah terkejut. " Kita kena bagi dia masa untuk dia ingat semuanya. Sebelum tu, kamu pernah kena langgar ke baru-baru ni? ", tanya Profesor Bad.
" Erm, haah. Pernah. Pagi tadi, pukul 5 pagi di jalan besar ", jawab Shafiyah. " Ouh patutlah. Nanti kami akan sediakan ubat untuk luka dalaman kamu ", kata Sarah. " Siapa yang bawa saya kat sini? ". Dia tiba-tiba teringat akan kejadian sebelum dia pengsan tadi. " Ouh, kawan-kawan kamu tadi. Seorang lelaki dan seorang perempuan ", jawab Sarah. Mendengar perkataan ' perempuan ' membuatkan hatinya berasa lega. Terima kasih ya Allah, ucapnya dalam hati.
" Nampaknya, kamu hilang ingatan. Hurm, untuk hari ini, kami akan bagi beberapa ubat untuk kecederaan kamu, dan hari seterusnya kamu akan dipanggil untuk datang ke sini untuk saya beritahu beberapa informasi tentang siapa diri kamu ", kata Profesor Bad. " Dalam tempoh sejam, kamu boleh pulang ", kata Sarah. Shafiyah hanya menganggukkan kepala.
YOU ARE READING
HIDE AND SEEK
TerrorHide and Seek merupakan sebuah permainan kanak-kanak namun telah diaplikasikan sebagai game pembunuhan yang dimainkan oleh remaja-remaja yang terlibat. Dalam game ini terdapat beberapa kategori yang terbahagi kepada King, Pembuli, Mangsa dan Saksi...