P19 : KEDAI BUKU

482 15 0
                                    

"Cikgu memang student sekolah ni ke?", tanya Syafiq selepas kami menikmati makan malam di sebuah kedai yang terletak di pinggir kampung.

"Haah,cikgu memang student sini.Tak lama pun 3 tahun je." Jawabku sambil menghembuskan asap rokok ke udara.

"Cikgu memang kenal lah dengan Cikgu Amin dari dulu? Sama tak dia dulu dengan sekarang?", Soal Syafiq lagi.

"Haah memang kenal.Cikgu Azman dulu pun cikgu aku gak.Sama je diorang tu cuma sekarang macam slow sikit. Maksud aku dah tak berapa garang, maybe sebab faktor usia kot." Jawabku lagi.

"Kau asal dari mana?", tanyaku pula kepada Syafiq.

"Saya duduk Nilai je cikgu.Cuma kali ni turn saya balik rumah ayah kat Muar", jawab Syafiq.

"Aik pelik.Kau ada 2 rumah ke apa?", Soalku kepadanya.

Barulah aku mengerti sebenarnya ibubapa Syafiq baru bercerai pada tahun lepas.Aku tidak mahu bertanya punca penceraian kedua orang tuanya kerana itu adalah hal peribadi keluarga.Cuma yang aku tahu dia juga menpunyai 2 orang lagi adik beradik dan kesemuanya adalah lelaki.

Syafiq juga memberitahuku dia dan adik beradiknya melalui keadaan yang cukup sukar selepas ibubapa mereka bercerai.Dia memberitahuku perbelanjaannya ketika di asrama terpaksa dikurangkan kerana adik adiknya yang lain juga masih bersekolah.Jelas Syafiq lagi buku latihan untuk latihan tekan tubi untuk PMR pun dia tidak mampu untuk beli.

Timbul rasa simpatiku kepada pelajarku ini.Patutlah aku ada mendengar rungutan dari guru lain yang mengatakan Syafiq tidak mahu memberi kerjasama untuk membeli buku latihan bagi subjek mereka.Aku tidak sangka di sebalik wajah yang tampan dan penampilan yang kemas pelajar Ting 3 ini tersembunyi beberapa kisah yang menekan dirinya.

Aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam.Selepas selesai membayar di kaunter aku terus menuju ke Pekan Tampin.Syafiq memandang wajahku dengan pandangan yang pelik apabila destinasi tujuanku berubah.
"Dah jom turun,cari buku untuk kau", arahku kepada Syafiq.

"Takpelah Cikgu.Saya memang takde duit ni untuk beli buku." Kata Syafiq dengan jujur.

"Pasal duit kau tak payah risau lah,aku ada.Sekarang pergi masuk dalam cari buku kau untuk PMR ni",jelasku lagi.
--------------------------------------------------------------
Syafiq kini dalam perjalanan pulang ke asrama selepas membeli buku di Pekan Tampin.Dia berasa terhutang budi kepada Cikgu Wafi kerana dia yang membayar buku tersebut.Dia sebenarnya sendiri tidak menjangka bahawa dia telah meluahkan segala masalah yang terpikul di bahunya sekian lama.Masalah berkaitan keluarga dan hal peribadinya.

Dia juga tidak menyangka cikgunya itu begitu mengambil berat tentang masalah para pelajar seperti dirinya. Di sebalik penampilan cikgunya yang bersahaja itu terselit hati yang baik di dalam dirinya.Pandangannya pada cikgunya sebelum ini juga berubah 360°.Berkali juga dia mengucapkan terima kasih,Cikgu Wafi hanya tersenyum sahaja.

Kenderaan yang dipandu oleh cikgunya itu telah tiba di perkarangan asrama.
"Buku kau jangan tinggal dalam kete aku pulak.Takut esok dah tumbuh pokok kat dalam kete aku ni.Simpan dalam locker kau dulu.Kejap aku amik kunci", Kata Cikgu Wafi.

"Kalau letak dalam bilik cikgu dulu tak boleh ke?", tanya Syafiq.

"Letak je la dalam locker kau terus.Kau takut naik atas sorang ke apa?", Soal cikgunya lagi.Syafiq hanya mengangguk sambil tersenyum sahaja.

"Aduhh,ingatkan berani sangat.Haa takpe aku teman", jawab Cikgu Wafi.

Syafiq kemudian naik ke biliknya dengan ditemani Cikgu Wafi.Jika dia seorang sahaja naik ke bilik itu memang dia tidak berani.Lainlah jika masih ada penghuni asrama di sini. Dia kemudian membuka lockernya untuk menyimpan buku yang dibelikan Cikgu Wafi untuknya.

GURU 2017Where stories live. Discover now