P23 : RAMPASAN

492 13 0
                                    

Semua pelajar sekolah diarahkan berkumpul ketika ini di dataran sekolah atas arahan pengetua,Cikgu Habibah.Pelajar-pelajar yang ketika itu sedang mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas terkejut apabila mendengar arahan tersebut.

Cikgu Junaidi selaku guru disiplin dan Cikgu Amin yang bertindak sebagai ketua warden sedang berdiri di atas pentas.2 susuk tubuh guru yang berwajah bengis ini cukup menakutkan para pelajar yang sedang berhimpun ketika ini.

"Saya beserta beberapa orang guru dan warden akan membuat pemeriksaan pada locker kamu masing-masing pada hari ini.Saya mahu kamu beratur dalam barisan bilik dan serahkan kunci locker kamu pada ketua bilik", Arah Cikgu Junaidi.

Wajah tenang Fazreen tadi kelihatan pucat apabila mendengar arahan daripada guru disiplinnya itu.Apatah lagi pemeriksaan itu dibuat tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Sekolah & Asrama.Selaku ketua pelajar di sini,sekiranya ada pemeriksaan pasti dia akan mengetahuinya terlebih dahulu.

Dia bersama ketua bilik yang lain mengikuti Cikgu Junaidi,Cikgu Amin dan Cikgu Wafi dari belakang.Hatinya berdegup kencang ketika ini.Setibanya di perkarangan asrama,mereka sekali lagi perlu beratur mengikuti kedudukan bilik masing-masing.

"Sementara saya dan Cikgu Wafi membuat pemeriksaan,kamu akan menunggu di sini bersama Cikgu Amin. Jika ada sesiapa di antara kamu cuba mencuri masuk ke dalam bilik,nahas saya kerjakan", Ugut Cikgu Junaidi sambil menambahkan lagi rasa ketakutan pada ketua bilik asrama ketika ini.

Pemeriksaan pada bilik asrama telahpun berakhir.Begitu banyak barang yang dirampas oleh Cikgu Junaidi dan Cikgu Wafi dan di bawa ke pejabat disiplin.Mereka melihat ketiga tiga orang guru mereka itu sedang mengangkat kotak yang berisi barang rampasan.Selesai pemeriksaan, mereka diarahkan kembali ke kelas masing-masing.

Cikgu Junaidi,Cikgu Amin dan Cikgu Wafi masing-masing sedang meniliti barang rampasan terbabit.Nama pelajar yang membawa barang larangan tersebut sedang dicatit oleh Cikgu Wafi ketika ini.Antara barang yang paling berharga yang di rampas adalah iPhone milik Syakir,Pelajar Ting 4.
--------------------------------------------------------------
Aku ketika ini sedang menemui beberapa orang pelajar yang barang milik mereka dirampas tengahari tadi.
Mereka perlu menandatangani borang pengakuan kesalahan.Borang pengakuan bersalah ini akan disimpan dalam rekod disiplin murid.

"Cikgu,takkan komik pun kena rampas?",keluh Tarmizi pelajar Ting 2 kepadaku.

"Aku tak tau ler.Kau ingat aku ada masa ke nak rampas komik kau? Nama kau dalam list,isi je borang ni", Jawabku ringkas.

Bermacam keluhan dan aduan aku dengar daripada para pelajar setiap kali mereka mahu mengisi borang pengakuan kesalahan.Masing-masing merungut apabila barang yang dirampas itu adalah barang yang tidak masuk akal.Bagi pelajar yang membawa handphone dan rokok,mereka tidak banyak bunyi dan mengisi sahaja borang tersebut.
Mungkin mereka sudah pasrah menanti hukuman yang akan diberikan kepada mereka.

Peluh membasahi wajah Fazreen ketika ini.Jantungnya berdegup kencang apabila sampul surat yang mengandungi gambar asmara dirinya dan kekasihnya sudah tiada di dalam lockernya.Berkali kali juga dia menyelongkar lockernya,tetapi dia masih tidak menjumpai sampul surat yang berisi gambar itu.

Apa yang merungsingkannya,namanya tiada dalam senarai barang yang dirampas tengahari tadi.Dia seolah dapat merasakan ada seseorang yang mengambil dan menyimpan gambarnya itu.Dia kemudian menuruni tangga dan ingin bertemu Cikgu Wafi,tetapi cikgunya itu sedang sibuk melayan pelajar lain yang sedang dipanggil untuk mengisi borang kesalahan ketika ini.

GURU 2017Where stories live. Discover now