P30 : LANGKAH

490 11 0
                                    

Muhaimin dan Raimy sedang membantu  memapah Danish ke dalam biliknya.Sebentar tadi Danish melakukan pendaratan yang salah ketika membuat "Jumping Smash" yang membuatku buku lalinya terseliuh.
"Pulak,kenapa dengan kau ni Danish?", Soal Fazreen kepadanya.

"Aku terjatuh tadi masa main badminton", Jawab Danish sambil menahan kesakitan.

"Haa takpelah nanti aku bagitahu Cikgu Amin kau lepak bilik.Kau rileks lah dulu tak payah pergi sekolah", Jawab Fazreen kepada rakan setingkatannya itu.

Fazreen dan Muhaimin kemudiannya bertemu dengan ketua warden asrama mereka,Cikgu Amin yang ketika itu berada di dalam pejabat warden.
Tambahan pula minggu ini merupakan gilirannya untuk bertugas.Muhaimin yang merupakan Ketua Biro Perubatan Dan Kesihatan menyampaikan hajat kedatangan mereka menemui ketua warden asramanya itu.

"Boleh,tiada masalah.Cuma kena ada sorang pelajar yang teman dia", Jawab Cikgu Amin apabila dimaklumkan keadaan yang menimpa Danish.

Danish hanya berehat di biliknya sahaja ketika ini.Kakinya yang terseliuh itu sudahpun dibalut dengan kemas oleh Muhaimin.Dia berasa kebosanan, apatah lagi hanya dia seorang sahaja di sini pada saat penghuni asrama yang lain sedang berada di sekolah mengikuti sesi pembelajaran.

Loceng sekolah telah pun dibunyikan tanda sesi persekolahan hari ini telah pun tamat.Perutnya sudah mula berbunyi kerana lapar.Dari pagi lagi dia tidak menjamah apa-apa.Dia berharap ada rakan-rakannya yang lain ada membekalkan makanan untuknya dari dewan makan.

"Bang,ni bekal yang abang suruh bungkus", Kata Faruk pelajar Ting 2 kepada Fazreen.

Fazreen mengambil bekal itu dan membawa pulang ke asrama untuk diberikan kepada Danish yang tidak sihat.Sebentar tadi dia ada memaklumkan kepada Muhaimin dan Cikgu Amin yang dia akan menemani Danish di dalam bilik,tambahan pula dia malas untuk mengikuti kelas prep petang.
--------------------------------------------------------------
Pada hari ini aku terpaksa mengambil cuti kerana aku perlu menjemput Shazuan yang akan pulang dan kembali terus ke Malaysia pada hari ini.Hatiku berasa amat gembira dan seronok sekali apatah lagi selepas sekian lama aku berjauhan dengannya.

Bukannya adik angkatku tidak pulang langsung ke sini sebelum ini,ada sahaja dia pulang.Tetapi masa yang ada untuk kami bersama itu terlalu singkat dan padat.Tambahan pula dengan kepulangannya nanti dapat menyelesaikan urusan yang tertangguh di Dusun Sahabat kerana kesibukanku ketika ini dengan kerja hakiki.

Kelibat Shazuan mula kelihatan di lobi ketibaan KLIA.Aku menekan hon kepadanya sebagai insyarat keberadaan ku di sini ketika ini.Aku dapat melihat senyuman lebar Shazuan dari jauh dan dia mula melangkah ke arahku.

"Macam ni baru betul bang,nampak lah elok sikit", Puji Shazuan kepadaku.

Aku sebenarnya baru membeli kereta baru iaitu Toyota Vios yang baru ku ambil 3 hari yang lepas.Setelah agak lama kereta Wiraku berbakti,kini sudah tiba masanya untuk aku menukar kereta baru.

"Hahaha.Takde maknanya aku nak guna kereta ni untuk sumbat barang. Minggu ni ada van sampai,nanti bolehlah guna van tu untuk beli barang kabin dengan chalet", Kataku pula kepada Shazuan.

"Saya ingat abang beli Hilux ke apa untuk Dusun Sahabat", Jawab Shazuan dengan ketawa kecil.

"Lepak dulu Wan,kita beli sikit-sikit. Lagipun roadtax dengan maintenance dia mahal sangat.Van dah okay dah rasanya." Kataku lagi kepadanya.

"Habis kereta lama tu mana? Abang trade in ke jual?", tanya Shazuan kepadaku.

"Ada kat bengkel repair apa yang patut.
Nanti dah keluar kau pakai la kereta tu buat sementara." Balasku ringkas.

GURU 2017Where stories live. Discover now