Part 2

4.5K 187 3
                                    

Afaf rasa nak tercabut jantung. Macam buat larian marathon, padahal larikan diri dalam pasaraya saja. Memang tidaklah dia nak tengok wajah lelaki itu.

Kalau Puan Hajar tahu ni memang kena ketuk kepala Afaf dengan kuali legend Puan Hajar.

Afaf anaknya tidak pernah nakal tahu! Dengan lelaki pula.

Affan... Afaf. Nama dah sama. Adakah lelaki itu jodoh Afaf?

Mulalah otak Afaf berangan. Afaf dengan berangan berpisah tiada.

Astagfirullah, baik kau lupakan. Tak elok fikir macam itu. 

"Puas saya cari puan, alhamdullilah lega hati saya dah jumpa puan. Puan nak bawa troli saya ke mana tu?" Afaf baru nak tarik nafas lega, tiba-tiba suara garau menegur dari tepi.

'Puan lagi..' Afaf mula rasa bebal, nak marah.

'Eh, troli...' Afaf tepuk dahi. Di hadapan dia ada dua troli. Satu dipenuhi dengan barangan yang tersusun cantik, satu lagi dipenuhi dengan barangan bersepah seolah-olah macam menyembunyikan sesuatu.

"Maaf, saya usik barang puan. Saya cuma nak pastikan itu barang saya atau bukan. Nampaknya itu memang troli puan." Memerah wajah Afaf, ayat 'itu memang troli puan' cukup menjelaskan segalanya.

Wajah Affan tanpa sedar juga memerah. Tak sengaja semasa dia menyusun barangan tadi terselit juga pakaian wanita di dalam troli itu. Niatnya hanya ingin menyusun supaya terlihat lebih kemas. Lebih senang nak buat bayaran nanti.

Ada sotong kering warna hitam milik Afaf.

Afaf cepat-cepat tutup pakaian wanita itu dengan barangan yang lain. Sebab itu Afaf tidak suka membeli pakaian wanita di tempat terbuka begini.

"Puan..." tak sempat Afaf nak larikan diri sebab malu, troli dia ditahan.

Afaf rasa nak cekik pula lelaki ini. Tidak nampakkah seorang Afaf ni sedang menahan diri dari meletup. Malu satu hal, annoying satu hal. Tidak pernah seumur hidup dia bersembang santai macam ini. Hanya sebab sebotol sos.

"Cantik puan pakai macam ni. Sejuk hati suami dapat isteri macam puan." Eh, apasal Affan memuji isteri orang? Affan pula rasa nak larikan diri. Ada putus wayar dekat mana wahai Affan Adry. Kalau diketahui dek Puan Aida, mahu kena gayang sebab berani mengorat isteri orang.

'Ibu, Afaf nak balik!'

'Umi, Along dah jumpa calon menantu untuk umi. Along dah berkenan umi, macam mana ni? Dia isteri orang. Aci dak kalau along caras?'

"Err...encik....boleh tak lepaskan troli saya sekarang?" Afaf rasa nak menangis pun ada. Tengok wajah lelaki itu yang tiba-tiba tarik senyum senget. Apa agaknya dia fikir? Entah-entah nak culik Afaf? Huraghh.. tak mahulah Afaf walaupun lelaki itu menarik di mata dia. Sudahlah dipanggil dengan gelaran puan. Afaf single dan available, okay!

"Opss, sorry puan. Tak sengaja." Affan angkat tangan melepaskan troli milik Afaf.

Kening Affan ternaik sedikit bilamana troli dan gadis itu berpatah balik dan melepasi tubuh tegap Affan.

"Saya memang cantik tapi hati suami sejuk ke tidak saya tak tahu sebab saya tak ada suami, faham?" Afaf kembang juga bilamana dipuji cantik. Pertama kali seumur hidup dia dipuji cantik bilamana berpakaian begini. Serupa makcik-makcik dianggap cantik, celah mana lelaki ini pandang pun dia tidak tahu.

Afaf angkat wajah pandang sisi lelaki itu. Dia hanya separas bahu lelaki itu saja. Sedar diri Afaf, engko itu memang pendek, bukan lelaki ini yang terlebih tinggi.

Berkulit hitam manis memang sangat memenuhi kriteria bakal suami Afaf. Orang lain mahukan suami hensem berkulit putih. Tapi, tidak pada Afaf. Orang kata lelaki berkulit hitam manis ni senyuman mereka manis dan menawan. Namun, cukup senyum senget lelaki itu tadi, mampu buat dada Afaf rasa sesak. Kalau lelaki ini senyum versi lain macam mana pula agaknya. Pengsan terus Afaf agaknya.

"Affan." Mata tidak sengaja terarah pada dada bidang lelaki itu di mana nama "Affan" juga tertulis di situ.

Otak Afaf dah hilang agaknya. Baru tadi dia cop lelaki ini nak culik Afaf. Eh, kali ini dipuji pula Affan.

Affan hanya tegak berdiri, langsung tak pandang Afaf yang separa bahu dia saja. Afaf sedang menganalisis badan dia mungkin. Tak padan pendek, kecik, ada hati nak scan Affan atas bawah. Affan sempat berdecit. Bukan engko pun sama Affan scan ada dara orang tadi.

"Untuk pengetahuan encik, nama saya Afaf. Nak saya eja A.F.A.F..." Afaf pun tak faham kenapa dia perlu bagitahu nama sendiri tapi biarlah. Dah terlajak kata.

'Saya tak ada suami' dan 'nama saya Afaf'.  Yes, dah dapat nama. Affan sengih dalam diam.

'Umi, along boleh caras'

"Nak saya tarik bibir encik ke dari tadi panggil puan?" Cukup sebaris ayat dengan jelingan tajam dan rengusan kasar dari Afaf.

"Benci!" Senak perut Affan ketawa lagi-lagi troli gadis itu sengaja ditolak mengenai punggungnya. Melepas geram mungkin! Tak padan dengan pendek!

 Melepas geram mungkin! Tak padan dengan pendek!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuh diboloskan di dalam kereta audi miliknya. Disandarkan badan dan keluhan berat dilepaskan. Kedua-dua telinga memerah, terasa membahang pipi. Tangan naik mengusap leher. Tidak cukup dengan itu, dada disentuh. Dalam sana ada satu rasa yang sukar untuk dia jelaskan. Perasaan apakah ini?

"Astagfirullah". Affan beristigfar dalam hati. Terlalu larut pun tidak baik juga. Ini semua mainan syaitan nak sesatkan anak adam.  Tidak mahu berlama, enjin dihidupkan. Brek tangan diturunkan. Baru gaya hendak keluar dari parking, spontan dia brek mengejut. Hampir nak berlanggar dengan manusia yang lalu di hadapan kereta dia. 

Serta-merta matanya terpandang seorang gadis yang sedang menolak troli melepasi keretanya. Mungkin gadis itu tidak perasan kereta dia. Tanpa sedar bibir mengoyak senyuman tipis melihat kelakuan gadis itu. Nampak jelas di matanya figura gadis itu yang sedang mengomel sesuatu sambil kedua tangan sedang berusaha menstabilkan roda troli yang terisi barangan dapur itu.

"Ya Allah. Yang kau ni menyenget tidak tentu pasal kenapa? Nak cari gaduh ke dengan aku? Sudahlah plastik pun kena beli jugak." Ngomel Afaf geram. Dia geram. Dari tadi troli tu cari masalah. dia tolak ke kiri, troli tu ke kanan. Mahunya tak hangin!

Kalau ikut dia, memang dia nak bawa pakai tangan. Tidak pun menjinjing dalam beg plastik. Tapi beg plastik pula kena bayaran. 0.50 sen, mahal tu. Afaf nak bawa dari rumah, dia lupa pula.

Sempat Afaf kerling kereta Audi berwarna hitam berkilat yang di parking sebelah kereta kancil miliknya. Seorang Afaf kalau datang mood peqak memang dia akan usya. Kebetulan atau takdir? Tadi dia jumpa calon suami tak tahu jadi ke tidak. Ini dia jumpa kereta idaman pula. Afaf cuma berkenaan dekat logo dia saja, cantik. Lagipun kereta begini jarang Afaf jumpa. Siapalah agaknya pemilik kereta mahal begini? Nak usya lebih-lebih pun Afaf tak nampak.

'Apalah yang comel sangat budak pendek ni? Aku culik juga sat lagi.'

'Astagfirullah, Affan. Anak orang tu!'

Affan menggelang laju. Tidak tunggu lama kereta Affan meluncur keluar dari parking. 

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now