Part 51

2.6K 110 1
                                    

"King's happiness is when he can fulfill every things that his queen need." 

"Affan.." Seru Afaf sebaik saja Affan keluar dari bilik air. Lelaki itu sudah siap berganti baju pagoda putih dengan kain pelikat bewarna hitam bercorak keemasan. Baju harian Affan sebelum mereka berdua tidur. Afaf tunduk memandang tubuh sendiri. Berbaju kurung kedah dan berkain batik. Dia yang minta dengan Nek Minah hari itu.

Tidak jadi Affan hendak mengambil bahan bacaan yang terletak di rak sebelah almari baju. Rak itu kecil saja tetapi sejak ada Afaf, rak itu  kini dipenuhi dengan pelbagai genre buku. Dari cerita kanak-kanak, buku berkaitan sejarah Islam, buku self healing, buku keagamaan sehingga beberapa buah novel yang Afaf angkut dari bilik bacaannya. Sebelum tidur, memang rutin harian dia membaca apa-apa buku dan Afaf di sebelah akan setia mendengar sehingga isterinya itu tertidur di pangkuannya. Atas permintaan Afaf juga, dia akan baca buku cerita kanak-kanak. Sebut saja cerita apa, semua dia hafal jalan cerita. Kata Afaf, dia suka mendengar Affan bercerita. Sebab lelaki itu kalau bercerita sekali dengan memek muka mengikut situasi cerita. 

"Kenapa ayang?" Afaf terdiam untuk seketika. Dia tunduk bermain dengan jari sendiri. Jemari yang selama ini kosong dihiasi dengan sebentuk cincin. Cincin di jari manis dipusing-pusing. Hadiah dari Affan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Air mata yang hampir menitis di tahan supaya tidak jatuh. Dada terasa sesak dengan bermacam perkara. 

Ya tuhan, dia lelaki yang pernah menjadi idamanku. Aku pernah berimpian yang aku rasakan mustahil untuk aku gapai. Aku mengimpikan susuk seorang lelaki seperti ayahku. Yang melayani aku dengan penuh kasih sayang dan memenuhi segala kemahuanku. Yang tinggi kesabarannya dalam melayani setiap kerenahku. Yang tidak mengeluh dalam melayani sikap keanakkanku. Tetapi aku sebaliknya melayani dia dengan tidak baik. Aku selalu merosakkan masa-masa indah kami bersama disebabkan aku tidak yakin dengan diriku sendiri.

Kerana seawal perkahwinan kami sering kali aku menolak untuk mempercayai bahawa lelaki di depanku ini menerima diriku seadanya. Tenyata, aku silap menilai. Lelaki ini melayanku seperti ratu. Bahkan, cintanya makin mekar buat diriku. Semakin tumbuh dan menggebu hingga aku tiada sebab untuk menolaknya lagi.

Aku pernah berjanji untuk memenuhi tuntutan aku sebagai seorang isteri yang sebenar-benarnya. Aku tahu dia tidak menuntut lebih, tetapi aku sering lupa untuk menjalankan tanggungjawabku yang satu itu.

Ya tuhan, betapa berdosanya aku sebagai seorang isteri. Sedangkan suami aku ini berusaha memberi yang terbaik buat diriku. Dia berusaha untuk membuatkan aku bahagia setiap hari tanpa gagal. Sedangkan aku, hanya menerima tanpa membalas setiap kebaikkan suamiku.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now