Part 29

3.2K 141 5
                                    

"Terima kasih Affan." Afaf bertepuk tangan suka sebaik saja Affan meletakkan sepinggan nasi goreng di hadapannya. Terpejam matanya saat semerbak bau nasi goreng tersebut.

"Nasi goreng campak-campak tak ada sayur khas untuk isteri Affan." Affan tarik kerusi dan duduk berhadapan Afaf.

"Mana Affan tahu Adra tak makan sayur?" Satu suapan dimasukkan ke dalam mulut. Tubuh digoyang kiri ke kanan.

"Masa kenduri rumah umi dulu." Afaf hanya mengangguk saja. Memang ketika itu Affan ada letak ulam-ulaman, dia tak sentuh langsung.

"Affan tak makan sekali?" Affan menggeleng saja.

Affan merenung wajah Afaf yang sedang menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Bukan main gembira lagi mood isterinya itu.

Bibir mengoyak senyuman tipis. Tidak lama dia bangun lalu berdiri di sisi peti sejuk. Niat nak ambilkan susu kotak buat Afaf. Namun, dia terkaku di situ. Tubir mata terasa panas  tiba-tiba saat dia ingat kejadian semalam.

Afaf tak sedar tapi dia saksi gadis itu meracau malam tadi.

Lagipula dia juga mengalami nasib yang sama sejak pertemuan dengan gadis itu, bayangan itu muncul semula. Hampir setiap malam dia tidak cukup tidur kerana terjaga. Sehingga sekarang tubuh Afaf yang dia temui ketika itu masih segar dalam ingatan.

"Fan,sakit..."

"Afaf tak bunuh..."

"Le...lepas.... Sakit.. tolong..."

Dia terjaga saat tubuh itu tiba-tiba merontak dalam pelukan dia. Isterinya itu bertindak menendang berkali-kali dan kedua tangan juga turut bekerja menolak tubuhnya. Mujur dia pantas menahan.

Dengan tiba-tiba mata berkaca si isteri menyapa pandangannya. Pipi itu kembali basah dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Affan tercengang saat Afaf berkata sesuatu.

"Kakak,maafkan adik. Bukan salah adik, kan kakak mati?"

"Adik janji lepas ni kita duduk rumah saja. Tak payah pergi mana-mana."

"Kakak tak tinggalkan adik, kan?"

"Kakak, adik sayang kakak. Sangat-sangat..." Afaf kembali meraung. Ditumbuk-tumbuk dada yang terdapat kesan torehan itu.

"Kakak, sakit sangat... Tolong adik.." Afaf selak sedikit leher baju tersebut ke arah Affan yang disangkakan adalah Ardina.

Terkelu bibir Affan untuk berkata-kata saat kesan torehan panjang dari klavikel sehingga ke bahagian dada itu jelas di pandangannya. Jadi, dari situlah datangnya darah yang dia pernah lihat sebelum ini? Namun, dia pasti ada lagi kesan darah yang dia lihat tetapi dia tidak berapa ingat dari mana.

"Kakak, tolong adik. Dia cekik adik kakak. Dia tuduh adik bunuh kakak..." Afaf genggam baju Affan erat.

Mengogoi Afaf dalam pelukan Affan. Mengigil tubuhnya. Dada terasa sesak dan sempit. 

Affan tarik kembali tubuh Afaf. Dipeluk rapat tubuh kecil itu. Berapa lama agaknya Afaf meracau begini.

"Shhh....Affan ada ni, sayang..."

"Adra tak bunuh sayang.."

"Adra good girl.."

Pujuk Affan lembut sambil tangan menepuk lembut belakang tubuh itu mendodoikan  isteri. Dia turut mengalunkan ayat-ayat suci di telinga Afaf. Dia mengulang lagi sehingga dia pastikan tubuh Afaf kembali tenang.

Dia saat dia rapuh, gadis itu juga sama.

"Er, Fan. Adra dah siap makan." Adra tepuk bahu Affan dari belakang. Hairan dia bila mana Affan masih berdiri kaku di tepi peti ais.

Dia tidak perasaan langsung bila Affan bangun sebab dia terlalu lapar tadi. Hanya nampak makanan saja. Lagi-lagi masakan Affan memang sedap.

Affan cepat-cepat seka sisa air mata. Dia menghalakan tubuh dan bibir memekar dengan senyuman saat berlaga dengan wajah polos itu.

"Makan habis tak? Sedap Affan masak?"
Affan berlalu pergi dan menghampiri meja makan. Bibir tersenyum lagi bila lihat pinggan itu lincin.

"Sedap. Nanti masak lagi kat Adra." Ceria suara Afaf. Dia turut mengikut Affan.

"Untuk cinta hati Affan semua boleh sayang..." Meleret-leret suara Affan

Erkkk....

Afaf rasa darah naik ke muka. Affan tengah sweet-sweet dengan dia ke tengah pagi-pagi buta ni.

"Hah? Okay." Afaf blur sekejap.

"Dah, shuuuhh..pergi naik atas. Tinggal semua ni dekat Affan. Affan kemas nanti." Affan tolak tubuh Afaf lembut keluar daripada dapur.

Membulat mata Afaf. Sampai hati di shuuhnya kita..

Bergaduh kecil jugalah mereka bila Afaf berdegil nak kemas juga. Ada pula lelaki itu masak, lelaki itu juga yang kemas. Habis itu, apa guna Afaf sebagai isteri kalau tak saling membantu.

"Aip, nak Affan marah ke ni tak dengar cakap?" Affan bercekak pinggang.

"Affan cari isteri untuk buat isteri. Bukan untuk buat orang gaji. Kalau Affan minta tolong, baru Adra buat. Sekarang, Affan nak Adra naik bilik."

Sudahnya, Afaf pasrah saja.

Tadi bukan main ayat manis. Sekarang jadi beku balik.



AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now