Part 26

3.2K 134 0
                                    

"Amboi, dua beranak ni sembang apalah yang seronok sangat ni?" Encik Fathi melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan Affan dan Puan Aida.

"Isteri along mana? Tak ajak sekali ke?" Soal Encik Fathi.

Affan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menyiku Puan Aida di sebelah. "Menantu abang tu tak sihat. Dia rehat dalam bilik."

Encik Fathi mengganguk faham.

"Abang nak minum air ke? Ida boleh buatkan?" Soal Puan Aida lembut.

"Tak perlu Ida. Nantilah abang buat sendiri." Encik Fathi menolak lembut.

Affan hanya menjadi pemerhati. Dia rasa sudah sampai masa untuk beritahu perkara sebenar.

"Abah... umi..." Seru Affan.

"Masih ingat lagi tak kemalangan 6 tahun lepas?" Wajah kedua-duanya tercengang namun mereka mengganguk perlahan. Wajah Affan kembali serius.

"Kalau umi dan abah nak tahu, Orang yang kami terlanggar 6 tahun lepas..."

Affan jeda seketika. Nafas dihela dalam dan dilepaskan perlahan.

"Salah seorang mangsa itu Afaf?" Soal Encik Fathi.

Affan angguk lagi.

"Allahuakbar.." Mengucap panjang Encik Fathi dan Puan Aida. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum menatap semula wajah Affan.

"Along tak tahu mulanya Afaf adalah salah seorang mangsa yang terlibat sehinggalah along tergerak hati nak jumpa sendiri dengan jururawat yang rawat Afaf. Selepas along tahu perkara sebenar, sejak itu along rasa bersalah. Along berharap sangat dapat jumpa Afaf sebab nak minta maaf atas kecuaian kita sehingga menyebabkan Afaf hilang keluarga." Jelas Affan panjang lebar.

"Jadi, along kahwin dengan Afaf sebab rasa kasihan? Along kahwin dengan Afaf semata-mata nak jaga dia? Bukan sebab Along sayangkan dia?" Jelas nada kecewa Puan Aida. Patutlah beria-ia benar Affan ingin mereka masuk meminang Afaf. Rupanya Affan hanya ingin tebus kesilapan 6 tahun lepas.

"Along, kamu jangan main-main dengan abah. Kalau dengar di telinga Afaf, tak ke sedih dia? Abah tak pernah ajar along mainkan anak orang macam ni. Salah along kahwin semata-mata nak balas budi dan rasa bersalah. Mana abah nak letak muka kalau Puan Hajar tahu pasal ni?" Ujar Encik Fathi. Andai sebab itulah Affan berkahwin dengan Afaf, dia rasa kecewa.

Tetapi, kenapa wajah Affan nampak bersinar bila lelaki itu bercakap berkaitan Afaf? Atau mereka tertipu?

"Along, terus terang dengan umi. Kenapa along sanggup buat Afaf macam itu?" Tanya Puan Aida lagi.

Affan diam lagi. Dia tunduk seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk menjelaskan kepada orang tuanya. Biarlah malam ini selesai semuanya.

Affan ketawa kecil selepas itu.

Makin hairan Puan Aida dan Encik Fathi. Orang tengah serius, boleh pula dia ketawa.

Affan mengusap batang leher dengan lembut. Entah kenapa dia segan pula. Namun, sudah terlepas cakap kenalah teruskan.

Dia panggung semula memandang wajah serius Encik Fathi. "Abah ingat tak along pernah cerita dengan abah seseorang yang along pernah selamatkan dulu?"

Encik Fathi berkerut kening. Tidak lama, dia lambat-lambat mengangguk.

"Afaf itulah orangnya."

Encik Fathi menghembus nafas lega. "Main-mainkan abah ya, along ni."

Kedua-dua beranak itu ketawa besar selepas itu.

Affan pandang wajah Puan Aida yang berkerut hairan.

Seingat dia, masa itu umur dia 28 tahun bermakna 6 tahun lepas selepas beberapa minggu kejadian itu berlaku.

Dia hanya menceritakan yang dia pernah selamatkan seorang gadis kepada Encik Fathi. Dia ingin tahu kenapa dia rasa lain sejak dia selamatkan gadis itu. Setiap kali dia teringatkan gadis itu, bukan lagi perasaan bersalah yang bercambah dalam hati, tetapi rasa lain yang sukar untuk dia jelaskan. Sedangkan dia hanya kenal nama saja. Wajah Afaf pula dia ingat-ingat lupa.

Dan setelah diselidik, tidak disangka ia berkait rapat dengan kemalangan itu.

Sebab itulah dia tergerak hati untuk tinggalkan sticky note buat Afaf. Dia nak Afaf teruskan hidup sehingga mereka berjumpa kembali andai diizinkan olehNya.

Dan asbab pertemuan mereka kali pertama itulah, jantung dia kembali berentak tidak normal.

Hebatnya kuasa Allah.

Menyatukan dua jiwa pada waktu yang tepat dengan caraNya.

Menyatukan dua jiwa di saat masing-masing saling memperbaiki diri.

Encik Fathi hanya memandang wajah Affan yang tenggelam dalam perasaan.

Anaknya itu memang terlalu sayang dan cintakan Afaf Adra.

Siapa sangka begitu perjalanan hidup yang disusun cantik oleh Yang Maha Mentadbir.

Bibir Affan mengoyak senyuman tipis saat pesanan Encik Fathi menerjah fikiran.

"Hati manusia ini sifatnya berbolak-balik. Sebab hati kita bukan milik kita. Tapi, milik Allah. Jadi, apa-apa hal berkait rapat dengan soal hati, kenalah minta petunjuk kepada pemilikNya."

Berkerut sedikit dahi Affan.

"Okay. Abah nak tanya along. Kalau along teringatkan dia along rasa apa?" Soalan Encik Fathi straight to the point. Affan pula malu nak menjawab. Sebab dia sendiri pun tak tahu rasa apa.

Sedangkan waktu itu dia rasakan umur dia masih muda. Dia perlu fokuskan diri dan Anggun dulu. Berkenaan soal hati dia tak nak terlalu terburu-buru.

Andai dia menemui pasangan hidup, biarlah hubungan itu terus ke alam perkahwinan. Dia tidak suka untuk meletakkan harapan dalam hubungan yang belum pasti.

Encik Fathi ketawa kecil melihat wajah kelat Affan. Dia pernah lalui juga situasi macam Affan. "Rasa berdebar dan jantung berdegup kencang, kan?"

Lambat-lambat Affan mengangguk sambil tersenyum malu.

Encik Fathi senyum lagi. Kini, dia faham kenapa Affan masih bersendiri. Rupanya dia sedang menunggu seseorang.

"Allah itu punya banyak cara untuk hadirkan rasa cinta sebab fitrah manusia untuk jatuh cinta. Kalau yakin rasa cinta itu untuk dia, minta Allah jaga dia. Sampai satu saat, InsyaAllah Allah akan temukan along dengan dia semula." Ujar Encik Fathi. Dia tahu anak lelakinya itu kalau bab cinta-cintun ini lemah sedikit.

"Ya Allah, abang, along. Dari tadi ketawa. Tak nampak ke Ida dekat sini?" Puan Aida menampar geram paha Affan sehingga Affan tersedar dari lamunan.

Affan ketawa lagi dengan memek muka Puan Aida. "Along minta maaf umi."

"Kamu ni along peliklah. Kalau macam inilah boleh sakit jantung umi layan kerenah kamu. Soalan umi pun tak berjawab lagi." Bebel Puan Aida.

"Umi, takkanlah tak kenal lagi dengan anak umi. Along kahwin dengan Afaf bukan sebab balas budi atau nak tebus kesalahan 6 tahun lepas. Tapi, memang along nak Afaf jadi isteri along." Jelas Affan lagi.

"Umi lupa ya taqliq yang along lafaz siang tadi? Along tak berani umi nak langgar suka hati. Bukan semua tau lelaki yang faham lafaz itu. Afaf itu amanah yang along akan jaga sampai akhir hayat along." Usai berkata begitu, Affan meminta untuk naik ke bilik.

"Jangan risau Ida. Anak awak tu memang betul sayangkan menantu awak. Afaf memang berada di tangan yang tepat." Encik Fathi mengusap tangan puan Aida lembut.


AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now