Part 58

2.5K 104 2
                                    

Affan duduk bersila sambil bersandar tubuh di tiang gazebo. Ketika ini dia berada di cafe miliknya pula. Jam tangan dikerling sekilas. Jarum pendek menunjukkan ke angka 1.00 pagi. Tidak pernah dibuat orang melepak di sini tengah-tengah pagi begini. Jalan raya juga sunyi, hanya selang beberapa minit dua buah kenderaan saja yang lalu lalang. Namun, demi isteri tercinta dia turutkan juga.

"Yang duduk tercongat lagi buat apa? Makan. Aku bukan suruh kau tenung aku macam gitu. Kena sampuk ke apa tengah-tengah pagi terbeliak pandang aku." Sudah dia kata makanan yang tidak habis dimakan Afaf, dia akan suruh orang habiskan. Tetapi, ada juga beberapa jenis lauk dia pesan yang baru. Dia nak habiskan pun dah kenyang sebab dia jarang makan malam. Jaga badan itu lebih penting. Di rumah pun, kalau Afaf lapar tengah malam pun, dia akan masak cukup seorang makan saja. Itupun Afaf tidak dapat habiskan. Afaf cepat lapar, cepat juga kenyang. Tadi pun hanya beberapa suap saja Afaf makan.

"Aku baru aje nak tidur tau, Fan. Penat jaga cafe kau pun tak hilang lagi." Jelas nada Khairil tidak puas hati. Dia baru saja tutup cafe beberapa jam yang lalu. Ada hari dia sibuk, memang tidak menang tangan dibuatnya. Affan pula tidak membantu. Terkadang, akibat kepenatan dia balik rumah terus tidur. Makan pun tidak menentu.

Mata Khairil jatuh kepada beberapa bekas plastik berisi makanan. Melihat dari pada makanan tersebut, Khairil pasti itu daripada kedai makan. Tetapi, bukan selalunya mereka bungkus dalam plastik ke? Ini siap letak dalam bekas plastik pakai buang. Uishh, kedai makan mana yang menyediakan bekas plastik begini.

"Aku minta maaf, Ril. Aku bukan tak nak tolong, tapi kau fahamlah-fahamlah. Jadi, untuk tebus kesalahan aku, kau makanlah erk?" Affan terlebih mengerti. Namun dia nak buat macam mana lagi. Nak suruh Khairil tutup cafe untuk sementara waktu, hanya itu sumber pendapatan Khairil. Kerja lain pula, mereka lebih selesa untuk melakukan bersama-sama.

"Tahu, aku faham. Sajalah aku nak meluah. By the way, terima kasih. Macam tahu-tahu saja aku lapar juga ni. Selalu aku balik rumah terus tidur aje." Bekas plastik yang terisi nasi putih Khairil buka. Lauk pauk yang ada, diletakkan di atas nasi. Dengan lafaz bismillah, Khairil suap nasi ke dalam mulut. Rezeki orang bagi, jangan ditolak.

"Kamu laparkan, Anas? Makan bagi lincin. Nanti puan besar mai buat spotcheck bukan korang yang kena, saya juga nak menghadap." Biar Khairil tidak kesunyian, maka dia angkut sekali Anas untuk mengikut. Sementara Afaf sedang makan tadi, dia meminta Anas mengambil beberapa bekas plastik di dalam kereta memandangkan kedai itu juga hampir tutup. Mereka pula pelanggan yang terakhir sekali. Jadi, tiada masalah untuk dia menggunakan khidmat Anas dan Anas pun tidak ada masalah untuk membantu. Kerana Affan tahu hal ini akan berlaku, why not dia sediakan payung sebelum hujan. Namun sebelum itu, dia sudah asingkan sesiap bahagian yang masih belum terusik. Nak bagi dekat orang lain pun, kenalah memberi bahagian yang elok juga. Afaf pun tidak banyak bunyi. Bahagian yang tidak habis, Affan yang akan habiskan.

Anas garu kening. Kedai makan tempat dia bekerja tadi tutup pukul 12 malam. Sedang dia berkemas-kemas untuk pulang, tiba-tiba Affan mengajak dia lepak sekali. Kata lelaki itu, isterinya yang suruh Anas ikut sekali sebagai balas budi kerana makanan yang terhidang tadi. Berkali-kali juga dia menolak, tetapi apabila jelingan Afaf menyapa pandangan terpaksa jugalah dia setuju.

Lambat-lambat Anas mengambil juga bekas berisi nasi putih yang dihulur Affan. Tanpa banyak bunyi, Anas juga makan. Jarang juga dia makan di restoran itu kerana tidak sempat. Bukan pemilik restoran itu tidak memberi mereka makan, cuma dia segan. Pemilik di situ teramat baik dan amat menjaga kebajikan pekerja, cuma dia tidak mahulah mengambil kesempatan.

Bibir Affan tersenyum lebar apabila melihat mereka berdua begitu berselera menjamah makanan.

Poket jubah diseluk mencari telefon pintar. Affan godek memeriksa andai ada mesej dari Afaf, namun tiada pula. Setelah itu, note dibuka. Sebelah tangan naik memicit batang hidung sendiri membaca setiap patah yang ditulis. Arhh, ini dia tulis selepas mengorat Afaf pakai sticky note dulu. Membahang panas wajah Affan.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now