Part 84

1.1K 96 20
                                    

Suara sayup-sayup seseorang membaca ayat-ayat suci Al-Quran kedengaran membuatkan Afaf terpisat-pisat bangun. Mata ditenyeh perlahan untuk menghilangkan rasa kantuk. Sebaik saja Afaf duduk bersila di atas katil, matanya disapa oleh susuk tubuh Affan yang sedang membaca Al-Quran. Di pangkuan Affan ada Aariz yang sedang bermain dengan janggut sejemput Affan. Sesekali kekehan kecil terserlah di wajah Aariz apabila pipi bulat itu disonggol dengan janggut Affan.

Pemandangan yang Afaf tidak menyangka akan dapat merasainya.

Seminggu lepas dia berpantang di kampung, Affan mengambil alih tugas menjaga dia pula. Bukan Puan Hajar dan Puan Aida tidak menghulurkan bantuan, tetapi Affan yang tidak mahu. Katanya tidak mahu menyusahkan mereka pula. Lelaki itu lebih suka jika Afaf sambung berpantang di rumah mereka saja.

Sepanjang tempoh itu, memang lelaki itu langsung tidak membiarkan dia buat semua sendiri. Dari menguruskan Aariz sehingga pemakanan dia pun Affan yang sediakan. Lelaki itu siap buat jadual pemakanan lagi. Setiap hari akan terhidang lauk yang berlainan. Kalau boleh dia nak mandi pun, Affan nak uruskan. Katanya takut Afaf pengsan dalam bilk air. Puan Hajar dan Puan Aida ada juga datang bergilir-gilir untuk bermalam dua atau tiga hari menguruskan mereka anak beranak kalau Affan bekerja. Kalau mereka tidak dapat datang, Affan akan balik waktu tengah hari untuk menyiapkan keperluan mereka.

"Abang minta maaf terpaksa kejutkan sayang. Abang cari susu dalam freeze lupa dah habis."

"Sayang cicah biskut kering dengan milo panas dulu, boleh? Bagi abang 10 minit, abang masakkan makanan yang lain untuk Adra. Aariz sekarang kuat betul menyusu, mesti sayang cepat lapar. "

"Sayang berehatlah. Biar abang yang tidurkan Aariz. Seharian dah sayang jaga Aariz. Mesti sayang penat, kan? Kalau Adra perlukan apa-apa, let me know, okay?"

Tersenyum sendiri Afaf mengingatkan semua itu. Memang dia tidak stress langsung. Rasa bahagia dia dilayan sebegitu sekali oleh Affan.

"Riz sayang Walid."

"Riz walid punya."

"Bukan umi punya."

"Walid, nak kawan dengan Aariz tak?"

Bukan main petah lagi bibir itu berceloteh. Terkadang Afaf rasa cemburu juga. Aariz lebih rapat berbanding dengan dia. Selalu orang cakap anak perempuan yang rapat dengan ayah, ini terbalik pula. Aariz akan dengan dia bila mereka nak bersiap untuk keluar saja. Sebab Afaf kalau bab menyiapkan anak-anak memang kena cantik dan segak. Anggun pun lebih kurang juga. Sudah ada adik, Afaf terus dilupakan. Takkan Afaf nak kena ada geng sorang lagi kot? Eh?

Afaf segera menghapuskan bayangan pelik itu.

Cepat saja masa berlalu. Usia Aariz Aryan kini sudah menginjak angka 2 tahun lebih. Anak kecil itu bukan main petah bercakap. Tiada pelat. Affan sudah terbiasa bercakap dengan Aariz. Affan kata kena cakap dengan anak selalu, jadi anak akan cepat belajar.

"Ayangg...."

"Dah bangun."

"Meh sini, meh. Abang nak peluk ayang."

Afaf pekup bibir dengan tangan. Elok pula anak dia menyendeng kepala sambil tersengih memandang dia. Siap meniru lagi percakapan Affan. Lelaki itu selalu menyapa dia dengan panggilan itu. Mahunya anak tidak terikut sekali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 20 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now