Part 22

3.3K 155 1
                                    

Perkarangan masjid An-Nur mula dipenuhi dengan kereta dan hanya beberapa ahli keluarga sahaja yang dijemput

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perkarangan masjid An-Nur mula dipenuhi dengan kereta dan hanya beberapa ahli keluarga sahaja yang dijemput.

Affan segak berbaju melayu dengan samping dan bersongkok hitam. Dia diapit oleh kawan lelakinya, Khairil yang juga bertindak sebagai salah seorang saksi.

Manakala, Afaf tiba dengan diapit oleh tiga wanita yang tercinta iaitu Puan Hajar, Puan Aida dan juga Anggun.

Affan bergerak masuk terlebih dahulu diikuti Afaf di belakang. Namun, masing-masing belum bertemu.

Affan mengambil tempat di hadapan lelaki separuh umur itu. Jurunikah yang akan menikahkan mereka sebentar lagi.

Afaf pula duduk bersimpuh membelakangi Affan namun masih dalam jarak yang dekat.

"Boleh kita mula?" Soal tok kadi serius.

Affan mengangguk yakin. Debaran di dada sukar untuk diceritakan.

"Affan Adry bin Mohd Fathi."

"Saya."

"Aku nikahkan kau dengan Afaf Adra binti Mohd Azhar yang berwakil walikan aku, dengan mas kahwinya seutas rantai tangan tunai." Tangan Affan yang djabat digenggam erat.

Affan menarik nafas panjang setelah itu dia melepaskan perlahan. Tangan yang digoncang tok kadi disambut tanpa gentar.

"Aku terima nikahnya Afaf Adra binti Mohd Azhar dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan tunai." Lancar bibir Affan menuturkan itu.

Sah

Sah

Sah

Affan tunduk sebaik saja para saksi setuju. Kedua tangan ditadah mengaminkan. Bibir tidak putus mengucapkan rasa syukur. Dada diserbu rasa yang sukar untuk dia mengerti. Rasa lega namun pada masa yang sama dia sedang menggalas amanah yang besar dan berat.

"Alhamdulillah..." Ujar mereka yang berada di dalam masjid tersebut.

"Tahniah, Fan. Kau dah jadi suami orang." Khairil yang sedari tadi setia di sisi menepuk bahu Affan. Tidak disangka akhirnya lelaki itu kini bergelar suami.

Affan berpeluk seketika dengan Khairil. "Terima kasih, Ril."

Puan Aida, Puan Hajar dan Anggun terus memeluk Afaf. Bibir Afaf mengoyak senyuman tipis sambil membalas pelukan mereka bertiga.

"Officially you be my ibu." Anggun cium kedua-dua belah pipi Afaf. Kata-kata Anggun mengundang ketawa mereka bertiga.

"Abah..." Tubuh Encik Fathi dipeluk erat.

"Along, ini pesanan abah mewakili Afaf."

Encik Fathi menepuk bahu Affan sebaik saja pelukan dileraikan. Encik Fathi tersenyum lega.

"Along adalah suami dan along ada tanggungjawab yang berat untuk along pikul. Afaf adalah amanah daripada Allah untuk along jaga. Dia tiada ayah, jadi sayangi dia selayaknya sebagai isteri. Andai along tidak mahukan dia, pulangkan dia semula dengan cara baik. Andai Afaf tersilap, tegurlah dia dengan cara yang baik. Jangan dibengkokkan lagi tulang yang sedia bengkok."

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now