Part 7

3.4K 153 2
                                    

Jam tujuh pagi kawasan sekitar itu dipenuhi dengan beberapa buah kenderaan dan ibu bapa yang menghantar anak mereka. Tidak terkecuali juga gerai Afaf yang terletak beberapa meter dari pagar sekolah juga turut dipenuhi pelajar-pelajar sekolah dan kaum ibu yang sedang membeli. Agak kalut sedikit Afaf pagi itu kerana tiada Puan Hajar yang membantu. Mujur Afaf sudah biasa. Dan kebetulan pagi itu gerai yang lain tidak buka hanya menumpukan di gerai Afaf saja.

"Kakak manis." Afaf angkat wajah saat terdengar suara orang memanggilnya. Bibir telakar senyuman lebar bila susuk tubuh Anggun menyapa pandangan.

"Cantik Anggun hari ini. Rambut tu cantik, kemas jaa kakak tengok." 

"Kan, kakak. Walid tolong buatkan."

Anggun Mikayla. Baru berusia 6 tahun. Tubuh badan kecik tapi tinggi lampai tak padan dengan usia. Percakapan pula macam orang dewasa. Afaf kenal pun sebab Anggun selalu beli nasi lemaknya. Senang kata menjadi salah seorang pelanggan tetapnya. Selain dari seorang lagi yang juga penggemar nasi lemaknya.

Afaf suruh dia panggil nama, tapi Anggun yang tidak mahu. Kata Anggun, senyuman Afaf manis itu yang melekat nama 'kakak manis'.

"Assalamualaikum, pakcik." Affan tunduk hormat pada Encik Fathi yang sentiasa menemani Anggun. Dia kenal Encik Fathi, imam di masjid taman perumahan mereka. Isteri dan anak-anak Encik Fathi tidak pula dia kenal sebab dia jarang bergaul dengan orang.

"Wa'alaikumussalam. Hari ini Afaf seorang?" Soal Encik Fathi. Sedikit sebanyak dia kenal gadis ini daripada Anggun. Sejuk mata dia memandang gadis itu. 

"Ha'ah pakcik. Ibu hari ini tak berapa sihat."

Tidak jadi Encik Fathi bertanya lebih bila suara Anggun mencelah.

"Kakak manis, hari ni Anggun dah terkantoi dengan walid." Mujur ketika itu pelanggan hampir berkurang dapatlah dia mendengar celoteh Anggun.

"Kamu buat apa pula Anggun?" Afaf lap tangannya yang bersambal di sapu tangan yang terletak di bahu lalu menghampiri Anggun. Afaf tak kenal siapa walid Anggun sebab sepanjang dia berniaga di sini Anggun selalu datang dengan Encik Fathi.

"Walid nak hantar Anggun tapi Anggun tak nak sebab Anggunkan selalu beli nasi lemak kakak. Walid tu suka membebel tahu." Afaf ketawa kecil melihat perilaku Anggun.

"Anggun tak takut gemuk ke sebab makan nasi lemak hari-hari?" Soal Afaf sekadar mengusik.

"Siapa suruh kakak masak sedap." Afaf mati kata. Tidak tahu nak balas apa. Kan dia kata Anggun ni cerdik.

"Assalamualaikum, pakcik." Datang lagi seorang penggemar nasi lemak Afaf. Baru saja disebut tadi, panjang umur.

"Hai, Afaf." Afaf angkat muka. Wajah Khairil sedang tersengih memandang dia.

"Selamat pagi, abang Ril." Anggun bergerak pula mendekati Khairil. Tangan Khairil disalam. Anggun sudah diajar dari kecil untuk bersalam dengan sesiapa saja yang berdekatan.

Afaf capai semula senduk nasi, plastik dan kertas untuk membungkus nasi lemak. "Hari ini macam biasa ke encik?"

"Hari ini saya nak nasi lemak sotong." Afaf hanya mengangguk lalu laju saja tangan membungkus nasi lemak sotong.

"Ya Allah pakcik, lupa saya nak tanya. Dari tadi sembang dengan Anggun. Pakcik dengan Anggun nak nasi apa?"

"Tokbaba dah makan tadi dekat rumah dengan walid. Anggun nak nasi sambal ayam."

"Ril, kamu tak kerja hari ni?" Encik Fathi menyoal sementara menunggu Afaf membungkus nasi lemak untuk Anggun. Anggun juga seperti biasa menolong Afaf. Kebetulan ada dua tiga orang pelanggan.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now