Part 48

2.7K 109 5
                                    

"Ketika sedang bahagia engkau akan pergi kepada orang yang paling engkau cintai, dan ketika sedang sedih engkau pergi kepada orang yang paling mencintaimu. Betapa indahnya saat dua waktu tadi adalah orang yang sama."

[ Habib Umar bin Hafidz]

Sawah padi yang terbentang luas itu menjadi tempat sepasang suami isteri itu berdating. Langit yang cerah serta angin sepoi-sepoi bahasa makin menghangatkan lagi suasana.

Genggaman tangan tidak dilepaskan sebaliknya semakin erat bertaut. Affan menyengih lebar. Puas hati dapat berbuat begitu. Si isteri di sebelah hanya merengus tidak puas hati. Hampir 15 minit mereka berkeadaan begitu. Masing-masing masih mendiamkan diri.

Affan hulk. Afaf singa jadian. Bila bergabung boleh bergegar satu rumah. Jadi, dia ambik pendekatan selamat, ikat dua-dua terus dekat pokok. Mood masing-masing dah cool down barulah dia lepaskan mereka, kira acilah, kan. Nak buat lebih-lebih pun, siang lagi. Affan gelak jahat dalam hati.

Dia seorang yang berpegang pada janji.

Afaf pula hanya menjeling geram. Nampak kelibat Affan sampai rumah tengah hari tadi, laju dia masuk ke dalam rumah. Bukan dia tidak cuba melarikan diri. Tetapi baru saja nak tutup pintu bilik, tiba-tiba Affan angkut dia dan pergi ke belakang rumah. Puas dia meronta lepaskan diri Affan boleh buat muka toya.

Kurang asam punya Affan. Macam tahu-tahu saja Afaf nak buat perangai.

"Jangan usik Affan, sayang." Afaf kemam bibir rapat. Itu yang Affan bisik pada dia malam itu. Affan bukan boleh tengok dia pakai kain batik. Malah, perkara yang Affan larang juga dia langgar.

Seperti kata Nek Minah, Affan menempel dekat dia macam ulat beluncas. Merenyam. Naik seram bila Afaf fikir.

"Affan, sampai hati ikat Adra dekat pokok." Afaf ingatkan Affan main-main rupanya sungguh. Afaf kerling tangan dia yang tenggelam dalam genggaman tangan Affan. Mata diliarkan ke arah pokok pisang di sebelah Affan. Kelihatan tali rafia bewarna pink terikat di pokok itu dan bersambung dengan pergelangan tangan Affan dan dia. Hendak melepaskan diri pun tak boleh.

"Aihh, mana ada Affan ikat Adra betul-betul pun. Affan tunaikan janji je sayang." Affan mengenyit mata. Terhambur ketawa besar melihat wajah cemberut Afaf. Tangan naik mencubit pipi Afaf. Kira baguslah dia join sekali. Kalau dia tak buat begini, Afaf akan kunci pintu bilik. Merajuk. Dia pula tidak betah kalau Afaf tidak bercakap dengan dia.

Kes terkantoi pagi tadi dengan Nek Minah dan Tok Aki pun belum habis lagi. Afaf bukannya sedar. Dia yang kena tanggung malu. Ada pulak tengah pagi buta, minta bukan-bukan. Sekarang, dia nak Afaf bertanggungjawab.

Tetapi, kalau dah dua-dua blur susah nak faham, macam mana pula?

"Affan, apa yang kamu buat dekat cucu aku tu?" Laung Nek Minah dari dalam rumah. Balik dari masjid bukannya nak makan ke apa dulu. Pi terpa bini dulu. Yang lain hanya mampu menggeleng melihat drama pukul 3 petang suami isteri itu.

"Alah, Nek. Affan tengah denda budak kecik yang nakal ni je." Laung Affan juga tidak mahu kalah.

Afaf membuntang mata. Laju tangan naik ingin mencubit perut Affan, tetapi pantas suaminya itu menggengam tangan dia. "Aipps, tangan tu bukan main laju ye nak kutey orang. Affan bukan kenal Adra sehari dua, sayang."

"Eeee.." Afaf merengus geram. Dijeling saja Affan di sebelah.

"Affan tak sayang Adra..." Itu sajalah modal setiap kali mereka tidak sehaluan. Affan pula dah naik lali. Tetapi, dia punya seribu cara nak jinakkan singa jadian yang sedang mengaum sebelah dia ini.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now