Part 65

2.3K 104 2
                                    

Pinggan yang masih bersisa nasi dan sambal ayam dikuis-kuis. Hanya tinggal lagi satu suapan tetapi tak mampu dia nak habiskan. Affan kerling lagi telefon pintar yang masih lagi dalam keadaan gelap. Setiap kali nasi disumbat ke dalam mulut, beberapa kali dia asyik menjeling telefon itu. Bibir mengeluh kecil. Tidak mahu membazir, Affan sumbat juga lebihan nasi tadi ke dalam mulut. Kerusi plastik itu ditolak ke belakang sebelum Affan bangun untuk membasuh tangan. Setelah beberapa minit, dia kembali semula melabuhkan punggung di situ. Belakang badan disandar sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata naik merenung Khairil yang masih lagi tunduk menyuap nasi ke dalam mulut. Hampir 15 minit mereka di sini, makanan dalam pinggan Khairil masih lagi berbaki separuh.

Lamunan terhenti apabila telefon kembali menyala. Tertera saja notification di skrin wajah Affan yang tadinya mendung bertukar ceria. Khairil yang mencuri pandang menggeleng kecil. Sejak mereka selesaikan kerja di kedai tadi lelaki itu meminta izin nak balik ke rumah. Nak jenguk isteri. Tetapi, disebabkan mereka sudah berjanji terpaksalah Affan mengalah. 

Affan mengajak dia untuk membuka car boot coffee pula. Katanya sudah jumpa port yang sesuai untuk mereka memulakan jualan. Cafe pula dibiarkan tutup untuk sementara. 

"Assalamualaikum, ustaz Affan." Terasa bahu disentuh lembut, Affan berpaling ke arah belakang. Kepala didongak memandang gerangan yang menyapa. Segera telefon disimpan semula. Huluran tangan bersambut.

"Wa'alaikumussalam, ya saya." Balas Affan. Dahi sedikit berkerut memikirkan siapa gerangan yang menegur itu.

"Saya Luth. Luth Adib. Boleh saya join kamu berdua? Meja yang lain dah penuh." Mata Affan turut meliarkan ke arah bahagian dalam kedai. Waktu tengah hari, memang wajar kedai makan akan dipenuhi dengan pelanggan.

Khairil yang sedang menunduk makan mengangkat wajah. Dia mengangguk.

"Duduklah." Luth menarik nafas lega. Kerusi ditarik berhadapan Affan. Sempat dia menarik senyuman sebaik saja berpandangan dengan Khairil di sebelah. Pinggan berisi lauk diletakkan di atas meja. Dengan lafaz Bismillah, nasi disuap ke dalam mulut. Affan hanya diam memerhati.

Hampir 10 minit berlalu, kedua-dua lelaki itu juga mula bangun menandakan mereka sudah selesai makan. Affan hanya memerhati mereka berdua menuju ke arah singki untuk membasuh tangan sebelum kembali ke meja semula. Berkira-kira Affan hendak bangun suara Luth Adib mencelah membantutkan perbuatan dia.

"Kalau ustaz tak keberatan boleh saya ambik masa sedikit?" Affan tegakkan tubuh. Kening terjungkit membenarkan. Khairil di sebelah hanya diam.

Luth Adib menarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan. Tangan naik menggaru kening yang tidak gatal. Gerun pula dengan pandangan Affan sejak dia duduk makan tadi. Terlupa seketika perkara apa yang nak dicakap.

Melihat wajah resah Luth Adib, perlahan-lahan bibir Affan mengoyak senyuman tipis. "Muka saya ni menakutkan sangat ke yang awak terlupa habis apa nak cakap tu?"

Luth Adib senyum lagi. "Macam ni ustaz..."

"Affan." Pintas Affan laju.

"Macam ni Affan. Saya ni duda anak seorang. Isteri saya pula meninggal akibat kanser. Tahun ni genap 4 tahun pemergian isteri. Dan kebetulan anak saya Harazz bersekolah di tempat isteri Affan bekerja. Dia selalu bercerita tentang isteri Affan. Sampai dia pasang angan-angan nak isteri Affan jadi ibu dia. Saya minta maaf sangat-sangat Affan. Budak kecil lagi mana tahu yang teacher Afaf tu dah berpunya. Lagipun, Harraz pernah cakap dengan saya yang dia tak pernah nampak siapapun yang ambik teacher dia. Jadi, mungkin dia rasa teacher dia belum berpunya." Berhati-hati Luth Adib menyusun ayat. Takut andai Affan salah faham.

Affan diam lagi. Dia hanya menunggu bicara dari Luth Adib. Melihat dari riak wajah itu, ada lagi yang ingin diperkatakan lelaki itu. "Kalau saya hidup seorang tanpa isteri, saya tak kisah sangat. Nak hidup seorang diri sampai ke tua pun tak kisah. Tapi, saya ni ada anak, terkadang mengeluh juga nak membesarkan seorang anak tanpa isteri di sisi. Sampai sekarang saya masih lagi teringatkan isteri saya. Saya cintakan isteri saya mana mungkin saya mencari pengganti yang lain. Anak saya pula dahagakan kasih sayang seorang ibu. Saya bukan tidak mencari tetapi nak memilih yang menerima anak saya sebagai anak kandung itu susah. Berapa ramai yang dekati saya hanya sebab saya ada harta. Sedangkan apa yang saya punya titik peluh saya dalam membesarkan anak saya." Jeda seketika. Luth Adib menunduk sambil bermain dengan jari sendiri. Teringatkan Harraz, setitik demi setitik air mata gugur. Saban malam anaknya itu bercerita mengenai kawan-kawan di sekolah yang ibubapa mereka datang mengambil di sekolah. Sedangkan Harraz, hanya dia yang menjemput. Terkadang kalau dia sibuk, ada Puan Habibah yang menjemput.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now