Part 52

2.6K 108 0
                                    

Terbuka luas mata Affan ketika mana tubuhnya terasa dihempap sesuatu. Tidur pula meniarap. Bila dia tidak bergerak, jemari halus itu naik menguis pinggang dan menjalar di bahagian belakang. Tidak cukup dengan itu, terasa baju pagoda yang dipakai terasa ditarik geram. Jam di kepala katil di kerling. Baru pukul 4 pagi. Affan menghiraukan saja. Namun, tidak sampai beberapa minit, makin berat pula tubuh dia dihimpit. Nafas hangat menampar cuping telinga.

"Abang...oh abang..." Suara halus itu mula berbunyi. Tengah malam mai mood nak bermanja. Tak boleh tidur, jadi kacau Affanlah kerjanya.

"Abang mengantuk, sayang..."

"Bagi abang bernyawa sekejap Adra." Segera dia membalikkan tubuh. Hampir nak terkeluar jantung dia apabila Afaf dengan rambut yang panjang mengurai hampir menutup sebahagian wajah merenungnya tajam.

"Kenapa abang rahsiakan dari Adra?" Berkerut kening Affan. Dia kembali duduk menyandar di kepala katil. Kepala yang sedikit berdenyut akibat bangun secara mengejut diurut lembut.

"Rahsia apa sayang?" Tahu soalan apa yang Afaf tanya. Sebab itu dia tidur meniarap. Afaf kalau sekali teruja, memang tak boleh nak sorok. Dia pula yang malu. Ah, cukup berfikir Affan.

"Tu, parut tu kenapa tak pernah cerita dengan Adra? Mana abang dapat parut tu?" Afaf menghalakan jari telunjuk ke arah bahagian perut sehingga dada Affan yang ditutupi baju. Dari samar cahaya yang hanya diterangi lampu tidur, Afaf perasan wajah Affan menunduk sambil mengurut batang leher. Affan malu?

Affan membuang pandang ke arah lain. Dia berdehem untuk beberapa kali. Bila Afaf dah nampak dan mula menyoal haruslah dia menceritakan hal sebenar. Selama ini, puas dia sorokkan dari pandangan Afaf.

Bibir bawah digigit kemudian Afaf menggaru kening. Salah tanya erk? Melihat Affan yang mendiamkan diri, lambat-lambat Afaf ingin membaringkan tubuh semula namun perbuatan dia terbantut apabila Affan laju melelar lengannya.

Afaf tekup mulut untuk menahan diri dari ketawanya meletus. Mudah sungguh Affan jatuh kasihan dengan lakonan dia. "Kalau abang tak nak cerita, Adra faham."

"Sini, abang nak peluk kesayangan abang dulu." Laju Afaf sendengkan tubuh. Orang dah buka peluang, kenapa perlu sia-siakan. Dia mencari kedudukan yang selesa. Rambut Afaf yang serabai itu Affan betulkan dengan jari jemarinya. Getah rambut yang terlilit di pergelangan tangan ditarik kemudian rambut Afaf dicekak sebelum diikat sanggul.

"Dah selesa?" Afaf mengangguk. Tenang hatinya mendengar detak jantung Affan yang bersatu dengan tubuhnya.

"Sama macam kes Adralah. Abang dapat parut ni masa insiden dengan adik abang dulu. Masa tu abang duduk di belakang tengah pangku Anggun. Adik ipar abang yang bawa kereta. Malam tu pula hujan, abang dah minta nak tukar pemandu sebab adik ipar abang tak berehat lagi. Tak lama lepas tu, abang pun terlelap. Sekelip mata saja bila tiba-tiba kereta yang kami naik tu mengelak sesuatu dan menghentam belakang kereta Adra. Mereka berdua meninggal masa dalam perjalanan ke hospital. Tubuh Anggun terlepas dari pegangan abang. Mujur Anggun cedera kecil saja, tak serius. Abang pula terkena serpihan kaca tingkap. Kalau ikutkan keadaan kereta memang teruk, kami pun mungkin takkkan selamat. Tapi, tak sangka Allah masih panjangkan umur abang dan Anggun." Terang Affan panjang lebar.

"Sebab itu abang malu nak tayang dekat Adra. Abang pun tak sempurna, sayang." Membulat mata Afaf mendengar pengakuan Affan. Sempurna elok bentuk tubuh Affan, setakat parut yang segan silu terlakar di bahagian perut sehingga dada itu Affan malu nak tunjuk. Sepatutnya lelaki bangga kalau dapat tayang tubuh berotot. Berlainan pula dengan Affan. Pada mulanya pelik juga apabila Affan sering menukar pakaian di dalam bilik air. Kini, teka teki dia terjawab. Dia pula yang jadi tak tahu malu nak tengok.

"Tapi, parut abang tu tak nampak jelas sangat pun. Bukan macam Adra, nampak lagi buruk, hodoh." Gumam Afaf.

"Shhh... Sayang abang ni cantik. Kalau tak cantik, tak adalah abang tergila-gilakan Adra." Affan cuit hidung Afaf.

Ringkas namun cukup membuatkan hati Afaf berbunga-bunga.

Affan membetulkan peti suara.

Buah kedondong di atas para,

Dicuri oleh Pak Yahya,

Janganlah risau kesayangan saya,

Affan Adry hanya milik Afaf Adra.

"Muahh..." Pipi Afaf dicekup dan dia labuhkan ciuman di situ. Bertalu-talu biar Afaf rimas. Siap pakej berbunyi lagi.

Ditegah pagi bilik itu kembali bergema dengan suara ketawa dari Afaf. Afaf menekan-nekan perut akibat senak kerana terlalu banyak ketawa yang terhambur. Affan picit batang hidung sambil mengukir senyuman kecil. Janji dia dapat membuatkan Afaf lupa tengtang hal itu. Tahu yang Afaf mudah sangat tersentuh hati.

"Boleh abang tidur sekarang, sayang?" Bila berdekatan dengan Afaf, cepat saja mata dia berat semula. Helaian rambut Afaf yang menutup mata, diselitkan di belakang telinga. Affan tunduk tidak sampai sesaat dia mengangkat wajah semula. Telinga kembali merah dengan tindakan dia sebentar tadi.

"Hah?" Aikk, awat sat sangat. Fikiran Afaf masih memproses kejadian tadi. Afaf berbalas pandang dengan mata Affan yang kembali layu.

Affan jentik lembut dahi Afaf. "Tiada siaran ulangan. Tidur!" Affan mengusap ubun-ubun Afaf. Dengan berhati-hati dia menurunkan tubuh dengan Afaf masih di dalam pangkuan dia.

"Abang....."

"Dah, tidur. Abang dodoikan. Budak kecik tak elok berjaga." Afaf menepuk lengan Affan sebaik saja kepala dia dikepit di bawah ketiak Affan. Terkekeh kecil Affan. Tak dengar cakap, itu makan dia.

"Tapi Adra tak mengantuk lagi." Afaf bersuara tidak puas hati.

"Abang minta maaf sayang. Esok kita berbual lagi, ya? Abang perlukan rehat yang panjang supaya abang boleh layan Adra bersembang setiap malam. Boleh, kan sayang?" Pujuk Affan lembut.

"Hmm..." Kesian pula tengok Affan. Nampak penat sangat muka tu.

"Janji?" Afaf suakan jari kelingking.

"Janji, sayang." Affan satukan jari kelingking mereka. Setelah berpuas hati, Afaf melepaskan tautan mereka.

Affan tarik kembali selimut menutup tubuh mereka. Bibir Affan mula mengalunkan selawat di telinga Afaf. Sempat dilayangkan ciuman kasih di dahi Afaf sebelum dia kembali menutup mata.

"Terima kasih sayang sebab percayakan abang." Samar-samar suara garau Affan kedengaran.

Afaf tersengih lebar. Rahang tajam Affan dimainkan. Tidak lama dengkuran Affan kedengaran. Afaf melayangkan tangan di hadapan muka Affan. Takut andai lena Affan terganggu kerana Affan mudah terjaga kalau terasa pergerakan kecil darinya. Setelah memastikan Affan lena, Afaf menarik keluar buku kecil dari bawah bantal. Dia tidak sempat meneroka habis lagi isi hati Affan kerana Affan mencurahkan segala keluh kesah di dalam buku ini. Bila dia rasa bersalah dengan Affan, setiap kali buku inilah dia akan belek kerana Affan jarang bercerita. Bukan dia tidak cakna, cumanya dia belum bersedia. Mujur Affan memahami. Diselak-selak sehingga satu helaian yang dia sudah siap tandakan dia buka semula.

081119 - Nama si dia bertebaran di atas langit sana.

{ Tolong jagakan dia untuk aku.
Aku terlalu sayang dan cintakan dia}

081124 - Aku bertemu dengan dia semula.

{Terima kasih jagakan dia untuk aku. Kini, dia milik aku seutuhya}

Tarikh pertama itu dia diselamatkan oleh Affan dari tangan Kamal. Mana mungkin dia lupa kerana Affanlah dia masih bernyawa dan hidup sehigga kini. Dan Allah hadirkan lelaki itu sekali lagi yang kini menjadi suaminya.

Tarikh kedua, tarikh mereka disatukan sebagai suami isteri. Afaf rasa terharu. Jarang kalau suami ingat tarikh penting begini. Namun, Affan tetap usahakan dengan menulis tarikh penting mereka berdua. Afaf mengusap pipi Affan yang sedang lena itu. Wajah didekatkan dan dahi Affan dicium lembut. "Terima kasih abang sebab terima diri Adra seadanya."

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now