Part 55

2.6K 114 1
                                    

Masjid An-Nur

Tiba di sana, kawasan masjid itu sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan. Seperti biasa setiap kali hujung minggu terutamanya pada malam sabtu, luar biasa kawasan itu dibanjiri dengan para jemaah yang pelbagai peringkat umur kerana akan ada penceramah kegemaran yang akan datang. Dan hampir sebahagian jemaah adalah anak-anak muda juga. Petak kosong di bahagian imam masjid juga sudah dikosongkan dari awal memandangkan dia menjadi imam sekaligus penceramah di sini. Bukan tidak ditegah untuk membiarkan dia parking di luar saja namun pihak yang menganjurkan yang tidak membenarkan. Sudahnya, dia ikutkan saja.

"Sayang.." Affan membalikkan tubuh sebaik saja brek tangan ditarik. Mulut Afaf kemain muncung namun makanan tetap juga disumbat ke dalam mulut. Affan melirik pula pada tangan Afaf yang memegang satu bekas tuppaware berisi spageheti aglio olio yang dimasak oleh Affan. Anggun pula tadi Affan hantarkan di rumah Puan Aida memandangkan uminya lama tidak berjumpa dengan cucu yang seorang itu.

"Marah dengan abang lagi ke ni, hmmm?" Afaf yang sedang menyuap makanan menjeling tajam apabila berpandangan dengan Affan.

"Abang minta maaf sayang tak cakap awal-awal dengan Adra."

Afaf diam lagi sambil meneruskan suapan ke dalam mulut. Masih marah dengan Affan yang bersetuju tanpa bertanya kepada dia terlebih dahulu. Sudahlah pukul 6 lebih baru dia tahu yang Affan dijemput untuk hadir sebagai penceramah. Dia pula tiada mood nak keluar ke mana-mana. Namun setelah dipujuk Affan dengan makanan, barulah dia mahu mengikut.

"Sayang risaukan abang, ya?" Soalan Affan hanya mendapat dengusan dari Afaf. Bibir Affan dikemam untuk tidak melepaskan tawa.

"Jangan risau, Sayang. Abang okay aje. Kalau abang tengok wajah Adra terus hilang sakit abang." Ujar Affan dengan yakin.

"Main-main abang ni. Sekarang ni sihatlah. Sekejap lagi mana tahu pengsan pula. Kenapa tak cakap aje dengan AJK masjlis yang abang tak sihat?" Membebel juga tetapi pada masa yang sama lincin makanan Afaf.

"Kesian pula banyak kali abang tunda. InsyaAllah abang okay. Jangan risaulah sayang." Afaf tidak membalas selepas itu. Dia membuka dashboard kereta, tisu dicapai dan mulut yang terdapat sisa makanan itu dilap sehingga bersih. Afaf duduk bersandar seketika. Megah bila makan terlalu cepat. Namun, sedikit lega juga apabila bahagian belakang disokong oleh bantal yang telah disiapkan dari awal oleh Affan.

"Sayang dah kenyang?" Soal Affan lagi. Mata tidak lepas dari memandang Afaf yang kini elok bersandar itu.

"Hmmm.. terima kasih." Afaf membalas malas. Dia berpeluk tubuh sambil menyelesakan baringan. Perut kenyang mulalah mata nak layu.

Affan melebar senyuman, langsung tidak terasa dengan nada Afaf. Lagi dia geram adalah dengan bibir itu muncung dari tadi. Affan membelek jam di pergelangan tangan. Jarum pendek pada jam menunjukkan ke angka pukul 7.20 malam. Lagi 15 minit nak masuk waktu magrib.

"Sayang, hensem tak suami awak?" Tubuh yang tersarung jubah hitam beserta kopiah putih di atas kepala dibelek Affan. Dikemaskan kemudian Affan menyendeng ke arah Afaf yang cantik memakai jubah dan tudung senadanya dengannya. Walaupun hanya bertudung sarung tetapi aura Afaf tetap menyerlah. Semakin hari semakin comel dan cantik pula isterinya itu. Kalau diikutkan hatinya ingin saja dicubit pipi tembam itu namun memandangkan mereka sudah ada wudhuk, dia membatalkan saja.

Afaf mencelik mata. Hampir terbeliak mata apabila wangian Affan menerobos rongga hidung. Kedudukan mereka agak rapat. Affan ni nak memujuk pun waktu magrib begini. Aduh, tahu tak yang Afaf ni mudah goyah.

"Bolehlah." Sedangkan dalam hati memuji kehenseman Affan. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia kurung Affan di dalam rumah sebaik saja dia nampak kelibat Affan memakai jubah tadi. Affan pakai baju pagoda pun dia merenyam, tambah pula tubuh tegap Affan bersarung jubah. Berganda-ganda merenyam dia boleh jadi.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now