Part 43

2.7K 122 5
                                    

"Affan, Adra keluar sat nah." Afaf bercakap seolah-olah Affan ada di depan dia. Dengan perlahan, pintu bilik dikuak lalu kepala dijengulkan keluar. Setelah memastikan line clear, dia keluar dari bilik. Suasana riuh di dapur kedengaran namun yang lebih menarik minatnya adalah ruang tamu di depan sana. Dengan kaki yang terjengket-jengket Afaf membawa langkah ke ruang tamu.

Masih Afaf ingat perbualan Affan dengan Tok Aki beberapa minggu lepas. Berat lelaki itu nak setuju apabila Tok Aki bercadang untuk mengadakan kenduri di kampung pula. Kata Affan, cukup sekadar meraikan mereka di bandar saja. Semasa akad nikah mereka, Tok Aki dan Nek Minah tidak dapat hadir atas masalah kesihatan. Tetapi, Tok Aki berkeras juga memandangkan Affan adalah cucu sulung, orang kampung ternanti-nanti cucu sulung itu mendirikan rumah tangga. Ramai yang bertanya bila Affan hendak menamatkan zaman bujang. Sedangkan sepupu-sepupu yang lain sudah selamat beranak pinak.

Sementara menunggu mua untuk make upkan dia, dia ingat nak keluar ambik angin sekejap. Duduk lama-lama dalam bilik tanpa berbuat apa-apa bosan juga. Maka, dia mengambil kesempatan untuk menjenguk di luar untuk seketika. Sempat ditebarkan pandangan ke arah ruang tamu yang kini dihiasi dengan pelamin dan beberapa dulang hantaran yang telah siap digubah oleh sepupu-sepupu Affan tadi. Dia nak membantu, dari awal lagi Affan menegah. Katanya serik dengan kejadian yang menimpa dia semalam.

Affan memang suka over sedangkan pinggang dia hanya lebam sedikit saja. Kerana seorang Hani yang buat masalah, semua sepupu Affan palau. Lelaki itu siap bagi amaran lagi jangan disuruh langsung Afaf buat kerja.

Kelihatan juga diluar dua buah khemah yang telah siap dipasang dan ada penduduk kampung yang sedang menyiapkan juadah untuk dihidangkan tengah hari nanti. Turut juga kelihatan beberapa khemah kecil yang turut menyediakan beberapa pencuci mulut. Meriah sungguh. Begini rupanya suasana kenduri di kampung. Affan pula, dia sedang bersiap di bilik tetamu. Bila dia suruh Affan bersiap di dalam bilik saja, lelaki itu katanya malu.

"Jangan macam-macam Adra. Cukup Adra buat perangai pagi tadi. Affan tak cukup oksigen bukan Adra nak ubatkan pun. Malaih dah Affan asyik kena ghosting."

"Ibu." Segera Afaf menoleh. Tergeleng dia melihat langkah kaki Anggun laju ke arahnya.

"Rindunya Anggun dengan ibu." Segera tubuh Anggun disauk ke dalam pelukan. Dia juga rindu dengan Anggun.

"Rugi Anggun tak ikut ibu balik kampung awal." Afaf melepaskan pelukan lalu ubun-ubun Anggun diusap lembut.

"Anggun nak ikut walid balik kampung sekali dengan ibu, walid tak bagi. Walid kata nanti kacau walid nak bercinta dengan ibu." Anggun membuat memek muka tak puas hati.

Afaf melepas ketawa kecil. Affan itu memang, sejak-sejak dia berkawan rapat dengan Anggun, lelaki itu pantang sungguh. Nak juga menempel dengan dia. Macam dia jaga dua baby pula. Masing-masing lapar perhatian.

"Lama ibu tak nampak Anggun. Makin bulat ya Anggun ibu tengok." Ujar Afaf sambil membelek tubuh Anggun. Dengan memakai gaun labuh seperti princess, rambut pula diikat tocang saja. Comel.

"Eeee.. ibu macam walid juga suka kata Anggun gemuk. Anggun mana ada gemuk."

"Assalamualaikum."

"Walid, umi eh ibu pun datang sekali." Laju langkah Afaf menuju ke arah tiga figura yang baru saja memasuki rumah. Ketiga-tiga mereka itu Afaf salam.

"Kamu belum siap lagi Afaf?" Soal Encik Fathi.

"Tengah tunggu mua sat. Abah nak jumpa Affan ke? Dia tengah bersiap dekat bilik tetamu."

"Sekejap lagilah abah jumpa dia. Abah masuk ni nak tengok menantu abah." Afaf tunduk segan.

"Kamu okay ke duduk sini?" Afaf tidak segera menjawab. Encik Fathi berpandangan seketika dengan Puan Aida. Melihat kebisuan Afaf, tahulah mereka bagaimana keadaan di sini.

AFFAN_ADRAWhere stories live. Discover now